Hi, how can we help?

[Pemindahan Luar Negara] Penerimaan Dana - Kaedah Terima melalui MTCN dengan E-Wallet ShopeePay

Bahasa Malaysia | English 
 
1. Jika saya adalah penerima Pemindahan Dana Ke Luar Negara dari negara lain (selain Malaysia), bagaimanakah dana akan dikreditkan ke dalam e-wallet ShopeePay saya? 

Dana akan dikreditkan ke dalam e-wallet ShopeePay anda dengan segera dengan mengikuti langkah-langkah berikut: 
 
ad09efb6184e4a3cbb6bfa1b4397b367.gif

Langkah 1: Klik pada butang ShopeePay e-wallet di halaman utama Shopee.
Langkah 2: Klik Sini
Langkah 3: Log masuk ke halaman utama Pindahan Luar Negara
Langkah 4: Klik pada Terima Wang
Langkah 5: Masukkan Butiran berikut dan klik Seterusnya:

  • Western Union MTCN
  • Jumlah yang diterima
  • Hubungan dengan Penghantar
  • Tujuan pemindahan

Langkah 6: Terima Terma & Syarat dengan menandakan kotak semak dan klik Seterusnya
 
⚠️ Nota:

  • Jika anda pengguna baharu Pemindahan Luar Negara, anda perlu memasukkan maklumat peribadi tambahan sebagai pendaftaran sekali sahaja.
 
2. Jika saya adalah penerima pemindahan Western Union dari negara lain (selain Malaysia), adakah saya akan dikenakan sebarang kos tambahan dengan memilih untuk menerima ke dalam e-wallet ShopeePay saya? 

Anda akan menerima jumlah seperti yang dinyatakan di bawah Jumlah yang perlu diterima pada resit MTCN Western Union dalam nilai MYR yang setara, semua kos transaksi Western Union ditanggung oleh pengirim anda. 
    
3. Apakah yang boleh saya lakukan dengan dana selepas ia dikreditkan ke dalam e-wallet ShopeePay saya? 

Jumlah yang diterima akan dikreditkan ke dalam e-dompet ShopeePay anda melalui kaedah di atas. Anda kemudiannya boleh menggunakan jumlah yang diterima untuk membuat pembayaran dengan ShopeePay apabila 
 
  • Berbelanja di mana-mana kedai runcit yang menerima DuitNow QR 
  • Berbelanja di pasar raya Shopee
    
4. Apakah yang boleh saya lakukan jika pemindahan dana ditolak melalui kaedah Terima di atas? 

Anda boleh menghubungi talian bantuan ShopeePay untuk isu berkaitan Pemindahan Dana Ke Luar Negara melalui chat atau panggilan, dan ejen Sokongan Pelanggan kami akan menghubungi anda tidak lama kemudian. Anda juga boleh menghubungi talian bebas tol Western Union di 1800-81-3399 jika anda menghadapi sebarang masalah berkaitan perkara ini. 
Was this article helpful?
Yes
No