Hi, how can we help?

[Bayaran Tunai] Bagaimanakah cara untuk membuat pembayaran tunai di 99 Speedmart?

Bahasa Malaysia | English
 
Pembayaran Tunai di 99 Speedmart ialah kaedah pembayaran Shopee yang bertujuan untuk menyediakan pilihan pembayaran tambahan yang mudah, senang, dan pantas kepada pembeli. Buat masa ini, jumlah minimum bagi setiap transaksi ialah RM1.10 manakala jumlah maksimum ialah RM1,500.00. Pembeli dikehendaki melengkapkan pembayaran dalam tempoh 48 jam selepas pembayaran untuk mengelakkan sebarang pembatalan pesanan. 
 
Berikut adalah panduan untuk membuat pembayaran melalui Bayaran Tunai di 99 Speedmart: 
 
44f2686cddf54a688333943127438128.gif  
Langkah 1: Klik pada Pilihan Pembayaran di halaman Semak Keluar
Langkah 2: Pilih Pembayaran Tunai di 99 Speedmart
Langkah 3: Klik SAH
Langkah 4: Klik Membuat pesanan
Langkah 5: Klik OK
 
Pergi ke mana-mana cawangan 99 Speedmart terdekat, tunjukkan kod bar dan bayar dengan tunai di kaunter. Juruwang akan menyediakan terminal seperti di bawah untuk anda meneruskan pembayaran: 
f1b7b5fcb60b4e15970e6bdbc6548aed.png⚠️ Nota:
 
  • Juruwang mungkin memilih pilihan seperti Fiuu untuk meneruskan transaksi. 
 
Ikuti langkah di bawah untuk mendapatkan kod bar dari aplikasi Shopee: 
  
5c8e208fbd274d8680766f20a2a4fbfb.gif 
 
Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada bahagian Untuk Dibayar di bawah Pembelian Saya
Langkah 3: Klik Bayar Sekarang
Langkah 4: Tunjukkan Kod Bar yang dijana di kaunter
 
⚠️ Nota: 
  
  • Jumlah minimum yang boleh dibayar ialah RM1.10 dan jumlah maksimum ialah RM1,500.00 menggunakan kaedah pembayaran ini.
  • Sila lengkapkan pembayaran dalam tempoh 48 jam.
  •  Pelajari cara untuk menukar kaedah pembayaran atau lokasi pembayaran ke kedai serbaneka lain di sini.
 
Untuk bantuan lanjut, sila hubungi kami melalui saluran yang terdapat di bahagian bawah halaman. 
Was this article helpful?
Yes
No