Jika anda mengesyaki terdapat sebarang transaksi tidak sah atau penipuan dalam akaun SPayLater anda, sila ikuti langkah-langkah berikut dengan segera:
1. Aktifkan fungsi Kill Switch ShopeePay – Ini akan membekukan akaun ShopeePay anda buat sementara waktu dan menghalang sebarang transaksi atau aktiviti, termasuk bayaran luar talian SPayLater dan pembayaran yang dipautkan. Sila rujuk langkah-langkah di bawah:
Melalui Aplikasi ShopeePay:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya
Langkah 2: Klik Akaun dan Keselematan
Langkah 3: Pilih Kill Switch
Langkah 4: Pilih Sebab dan klik Sahkan
Langkah 5: Klik Sahkan sekali lagi
Melalui Aplikasi Shopee:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya dan klik ShopeePay
Langkah 2: Klik Saya untuk masuk ke halaman Saya ShopeePay
Langkah 3: Klik Tetapan
Langkah 4: Pilih Kill Switch
Langkah 5: Pilih sebab dan klik Sahkan
Langkah 6: Klik Sahkan sekali lagi
Nota: Mengaktifkan fungsi Kill Switch ShopeePay akan menyekat transaksi SPayLater di luar aplikasi Shopee. Walau bagaimanapun, anda masih boleh membuat pembayaran menggunakan SPayLater dalam aplikasi Shopee.
2. Laporkan insiden dan hantar permohonan nyahaktif Kill Switch – Hantar permohonan melalui borang web kami untuk pengesahan keselamatan, termasuk butiran mengenai insiden tersebut. Sila rujuk langkah-langkah di bawah: Melalui Aplikasi DShopeePay:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya
Langkah 2: Klik Akaun dan Keselematan
Langkah 3: Pilih Kill Switch
Langkah 4: Pilih Aktifkan Semula Akaun ShopeePay. Anda akan diarahkan ke borang web yang selamat.
Langkah 5: Isi maklumat yang diperlukan dan hantar borang
Melalui Aplikasi Shopee:
Langkah 1: Pergi ke halaman Saya dan klik ShopeePay
Langkah 2: Klik Saya untuk masuk ke halaman Saya ShopeePay
Langkah 3: Klik Tetapan
Langkah 4: Pilih Aktifkan Semula Akaun ShopeePay. Anda akan diarahkan ke borang web yang selamat.
Langkah 5: Isi maklumat yang diperlukan dan hantar borang
Nota: Setelah anda menghantar borang tersebut, pasukan kami akan menyemak maklumat anda untuk memastikan akaun anda selamat. Kami hanya akan menyahaktifkan Kill Switch setelah kami mengesahkan bahawa tiada risiko keselamatan terhadap akaun anda.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai ciri Kill Switch, sila rujuk artikel Pusat Bantuan ini.
SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).