Bahasa Malaysia | English1. Bilakah saya boleh mengambil pesanan saya?
Selepas pesanan dihantar oleh penjual, anda boleh mengambil pesanan anda di lokasi pengambilan yang telah dipersetujui. Anda akan menerima notifikasi yang memaklumkan bahawa pesanan anda telah dihantar oleh penjual melalui Pengambilan di Kedai. Ini bermakna pesanan anda sudah sedia untuk diambil di lokasi yang telah ditetapkan.

Selain itu, penjual juga mungkin akan memaklumkan kepada anda bahawa pesanan sudah sedia untuk diambil.2. Di manakah saya boleh mengambil pesanan saya?Untuk mengetahui lokasi pengambilan yang tersedia, sila hubungi penjual melalui Shopee Chat sebelum membuat pesanan. Anda juga boleh menyemak maklumat tersebut di halaman produk penjual.Selepas anda membuat pesanan, penjual akan mengesahkan maklumat berikut dengan anda melalui Shopee Chat:- Lokasi pengambilan
- Nama penuh penerima seperti dalam Kad Pengenalan (IC)
- Nombor telefon penerima
3. Apakah yang perlu saya lakukan apabila mengambil pesanan?
Sebaik sahaja penjual menghantar pesanan anda dan anda menerima notifikasi pengesahan melalui aplikasi Shopee, sila pastikan anda mengambil pesanan tersebut dalam tempoh lima belas (15) hari kalendar (tidak termasuk cuti umum).
4. Apakah yang perlu saya bawa semasa mengambil pesanan di kedai penjual?
Apabila anda mengunjungi lokasi pengambilan yang telah dipersetujui, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Tunjukkan Kad Pengenalan (IC)/Pasport (untuk bukan warganegara) dan ID pesanan kepada pembantu kedai.
Langkah 2: Buka bungkusan dan uji produk anda.
Langkah 3: Sebelum meninggalkan kedai, klik Pesanan Diterima di aplikasi Shopee jika anda berpuas hati dengan produk tersebut.
5. Bolehkah orang lain mengambil pesanan bagi pihak saya?
Ya. Sila maklumkan kepada penjual mengenai pengaturan ini dan berikan maklumat yang diperlukan (nama penuh seperti dalam IC dan nombor telefon) bagi individu yang akan mengambil pesanan tersebut bagi pihak anda. Penjual berhak untuk menolak permintaan pengambilan sekiranya maklumat tersebut tidak diberikan terlebih dahulu.