Hi, how can we help?

[Servis Pemasangan] Pengenalan kepada Saluran Daftar Keluar Perkhidmatan Servis Pemasangan di Bengkel Shopee

Bahasa Malaysia | English
 
⚠️ Nota:

  • Saluran daftar keluar Perkhidmatan Pemasangan di Bengkel Shopee kini tersedia untuk penjual dan produk terpilih sahaja. Ketahui lebih lanjut dengan melayari Microsite Servis Pemasangan

1. Bagaimana saya tahu jika produk layak untuk Perkhidmatan Penghantaran dengan Pemasangan?

Sila ikuti langkah-langkah di bawah:
 
97183cf19e0b4a55a166686717a2a011.png
Langkah 1: Klik ikon Kos pada halaman butiran produk.
Langkah 2: Lihat pilihan penghantaran yang layak di bawah maklumat Kos Penghantaran.

2. Bagaimana untuk memilih Perkhidmatan Pemasangan di Bengkel sebagai Pilihan Penghantaran?
 
c583257549994afbaa8ceb96bee40ccc.png   5e5e507431fd43ac83786e5683cb9da9.png

Tambah produk ke dalam Troli atau teruskan ke pembayaran. Pilih Perkhidmatan Servis Pemasangan di Bengkel sebagai pilihan penghantaran.

3. Berapakah kos untuk perkhidmatan servis pemasangan?

Kos berbeza mengikut jenis produk yang dipilih.

4. Bolehkah saya menukar pilihan penghantaran selepas pesanan dihantar?

Pembeli dibenarkan untuk membatalkan pesanan dan menukar pilihan penghantaran pada bila-bila masa sebelum penjual mengesahkan temu janji perkhidmatan pemasangan dengan pembeli.
Setelah status pesanan berubah daripada Untuk Dihantar kepada Untuk Diterima, pembeli tidak lagi dibenarkan untuk membatalkan pesanan kecuali jika penjual bersetuju melalui Shopee Chat.

5. Bolehkah pembeli memulangkan dan mendapatkan bayaran balik sebelum pemasangan?

Tidak. Tiada produk atau perkhidmatan dihantar kepada pembeli sebelum temu janji pemasangan dijadualkan.

6. Bolehkah pembeli memulangkan dan mendapatkan bayaran balik selepas pemasangan?

Jika produk didapati rosak atau tidak berfungsi dengan baik selepas pemasangan, pembeli perlu menghubungi penjual.

⚠️ Nota:
 
  • Sekiranya produk rosak semasa pemasangan, penjual akan bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kerosakan tersebut.

7. Di mana saya boleh menyemak kemas kini penghantaran bagi pesanan saya?

Untuk menyemak kemas kini penghantaran pesanan anda:
 
Langkah 1: Pergi ke tab Saya di aplikasi Shopee 
Langkah 2: Klik pada Untuk Dihantar atau Untuk Diterima di bawah Pembelian Saya 
Langkah 3: Klik Status Penghantaran Pesanan anda 
Langkah 4: Lihat semua kemas kini penghantaran 
 
1f7750c95bda4e658e4c44577cff8bf8.png   f83b74516ee74bf8bd787edc280caba5.png
 
e22d570e4de34508ac5833711db83c8e.png
Was this article helpful?
Yes
No