Hi, how can we help?

[ShopeeFood] Bagaimana untuk membuat pesanan berkumpulan

Bahasa Malaysia | English 
 

Merancang jamuan makan bersama rakan-rakan, keluarga, atau rakan sekerja? Ciri Pesanan Kumpulan ShopeeFood memudahkan anda membuat satu pesanan gabungan sambil membenarkan setiap individu menambah item mereka sendiri ke dalam troli. Seorang individu (host) akan membuat pesanan dan boleh memilih untuk membahagikan bil di antara kumpulan tersebut.


Apakah Pesanan Kumpulan? 
  • Beberapa pembeli boleh menambah item makanan ke dalam troli yang dikongsi pada masa yang sama.

  • Hanya seorang pembeli (host) akan menghantar dan membayar pesanan akhir.

  • Host boleh membahagikan bil dan mengutip bayaran daripada ahli kumpulan secara manual.

👤 Panduan Host

Langkah 1: Mewujudkan Pesanan Kumpulan
Pergi ke Aplikasi Shopee > Halaman Butiran Kedai dan ketik ikon Pesanan Kumpulan (kanan atas).

Langkah 2: Tambah Item ke dalam Troli
Anda akan memasuki Mod Pesanan Kumpulan, di mana anda boleh melihat status ahli: 

  • Memesan (masih menambah item)

  •  
  • Disahkan (sedia untuk pembayaran)
    Anda hanya boleh mengedit item anda sendiri.

Langkah 3: Menjemput Ahli
Kongsi pautan jemputan (sah selama 24 jam) untuk membenarkan orang lain menyertai pesanan kumpulan anda.

Langkah 4: Menghantar Pesanan
Pergi ke Pembayaran > Butiran Pesanan, kemudian ketik Pembayaran setelah semua ahli telah mengesahkan. Jika belum semua ahli bersedia, tetingkap pop-up akan memberitahu anda.
Setelah dihantar, status akan berubah kepada Pesanan Kumpulan Dihantar.

👥 Panduan Ahli

1: Menyertai & Menambah Item
Ketik pautan Pesanan Kumpulan dan sahkan untuk menyertai.
Anda akan dibawa ke Halaman Butiran Kedai dalam Mod Pesanan Kumpulan.
Tambah item anda—promosi adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Langkah 2: Mengesahkan Item Anda
Ketik Sahkan untuk mengunci pesanan anda.
Anda masih boleh menambah item, keluar, atau menyertai semula melalui pautan yang sama (sah selama 24 jam).

Langkah 3: Menjejaki Pesanan
Anda boleh menyemak status pesanan setelah host menghantarnya dengan pergi ke Halaman Butiran Pesanan Kumpulan atau menggunakan pautan tersebut.

Pembahagian Bil (Host Sahaja)

Langkah 1: Pilih Kaedah Pembahagian bayaran
Pergi ke Pesanan Saya > Butiran Pesanan > Bahagikan Bil.
Pilih sama ada: 

  • Bahagi Mengikut Individu (berdasarkan item)

  • Bahagi Sama Rata (jumlah yang sama setiap individu)
    Ketik tooltip untuk cara ia dikira.

Langkah 2: Kongsi Bil
Ketik Jana dan Hantar Bil untuk berkongsi melalui aplikasi sosial.
Gunakan halaman Butiran Bil untuk mengingatkan ahli yang belum membayar (sehingga 4 kali).

Langkah 3: Menjejaki Pembayaran
Tandakan ahli sebagai Dibayar jika mereka membayar di luar talian atau melalui kaedah lain. Anda akan mendapat pemberitahuan apabila semua pembayaran selesai.

Ahli: Membuat Pembayaran kepada host 

Langkah 1: Mendapat pemberitahuan
Anda akan menerima pemberitahuan pembayaran melalui NotifikasiShopee > Halaman Bil Pesanan Kumpulan.

Langkah 2: Membuat Pembayaran Pergi ke Halaman ShopeePay dan ikut arahan pembayaran host.

⚠️ Nota:
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi kami melalui Khidmat Pelanggan Langsung ShopeeFood atau sebagai alternatif, anda boleh mengisi borang di SINI.

Was this article helpful?
Yes
No