Google Pay (GPay) merupakan sebahagian daripada aplikasi Google Wallet®, yang berfungsi seperti dompet digital di telefon anda. ShopeePay telah bekerjasama dengan GPay untuk menyediakan pengalaman daftar keluar dalam talian yang inovatif kepada pengguna.
2. Bagaimanakah cara menggunakan ShopeePay melalui GPay di Malaysia?
Untuk menggunakan e-dompet ShopeePay anda melalui GPay, anda perlu pautkan akaun ShopeePay anda ke Google Play dalam aplikasi Shopee/ShopeePay melalui peranti Android.
Daripada Aplikasi ShopeePay
Langkah 1: Klik pada Lebih Lagi Langkah 2: Klik pada Pautkan ke Google Play Langkah 3: Klik pada Teruskan Langkah 4: Klik pada Saya Setuju Langkah 5: Klik pada Seterusnya Langkah 6: Berjaya dipautkan ke Google Play
Daripada Google Play Store
Langkah 1: Klik Ikon Profil anda Langkah 2: Klik pada Pembayaran dan langganan Langkah 3: Klik pada Kaedah Pembayaran Langkah 4: Klik pada Tambah ShopeePay Langkah 5: Klik pada Teruskan Langkah 6: Klik pada Saya Setuju Langkah 7: Klik pada Seterusnya Langkah 8: Berjaya dipautkan ke ShopeePay
Setelah disetkan, anda boleh membuat pembayaran menggunakan e-dompet ShopeePay melalui butang GPay pada telefon Android anda di halaman transaksi dalam talian pedagang.
3. Bagaimanakah cara untuk aktifkan dan pautkan akaun ShopeePay saya ke GPay?
Buat masa ini, ciri GPay ini hanya tersedia pada pelayar Google Chrome. Jika anda menggunakan ShopeePay sebagai kaedah pembayaran untuk GPay, berikut adalah cara ia berfungsi:
Pembayaran Kali Pertama dengan ShopeePay
Apabila anda menggunakan GPay buat kali pertama pada peranti, anda perlu melalui proses persediaan ringkas yang dipanggil Device Binding untuk memautkan peranti anda dengan selamat. Berikut adalah langkahnya:
Langkah 1: Pilih GPay sebagai kaedah pembayaran anda semasa daftar keluar Langkah 2: Klik pada Teruskan Langkah 3: Klik pada Teruskan dan Bayar Langkah 4: Masukkan PIN ShopeePay anda apabila diarahkan ke halaman ShopeePay Langkah 5: Sahkan Identiti anda dengan Google melalui Biometrik (cap jari/ID wajah) Langkah 6: Pembayaran berjaya
Pembayaran Seterusnya
Setelah akaun ShopeePay anda dipautkan, pembayaran seterusnya akan menjadi lebih pantas:
Langkah 1: Pilih GPay sebagai kaedah pembayaran anda semasa daftar keluar Langkah 2: Klik pada Teruskan Langkah 3: Sahkan Identiti anda dengan Google melalui Biometrik (cap jari/ID wajah) Langkah 4: Pembayaran berjaya
Tetapan ini menjadikan pembayaran lebih pantas, selamat dan mudah!
4. Bilakah ShopeePay akan tersedia secara langsung di GPay?
Bermula 5 Mac 2025, GPay secara rasmi menerima e-dompet ShopeePay sebagai salah satu kaedah pembayaran. Integrasi ini membolehkan pengguna ShopeePay membuat pembayaran dengan mudah menggunakan dana dalam e-dompet ShopeePay mereka, sekaligus memudahkan transaksi yang pantas dan selamat di pelbagai pedagang dalam talian yang menerima GPay.