In-app Chat ialah platform pemesejan dalam aplikasi Shopee yang membolehkan pengguna berkomunikasi secara langsung dengan penjual, khidmat pelanggan Shopee, dan pemandu penghantaran (kini hanya tersedia untuk pemandu SPX sahaja, dan akan diperluaskan pada masa hadapan). Bermula 21 April 2025, komunikasi berkaitan penghantaran antara pengguna dan pemandu penghantaran akan beralih secara berperingkat kepada In-app Chat. Penambahbaikan ini bertujuan untuk memudahkan interaksi dan meningkatkan pengalaman penjejakan pesanan anda.
⚠️ Makluman Penting: Sila aktifkan notifikasi aplikasi Shopee untuk kekal mendapat makluman terkini tentang penghantaran anda.

Langkah 1: Pergi ke tab SayaLangkah 2: Klik pad ikon TetapanLangkah 3: Klik pada Tetapan PemberitahuanLangkah 4: Klik pada NotifikasiLangkah 5: Aktifkan Notifikasi yang berkaitan
Cara Mengakses In-app Chat
Ikuti langkah-langkah berikut untuk menggunakan In-app Chat:
Halaman Utama Aplikasi
Langkah 1: Klik ikon Mesej
Langkah 2: Lihat Log Sembang
Halaman Penghantaran Pesanan
Langkah 1: Klik tab Saya
Langkah 2: Klik tab Untuk Diterima
Langkah 3: Pilih pesanan
Langkah 4: Klik pada Maklumat Penghantaran
Langkah 5: Klik ikon Mesej
Perbualan dengan pemandu penghantaran akan dilabel sebagai “Pemandu Penghantaran” untuk mengelakkan kekeliruan.
Cara Berbual dengan Pemandu Penghantaran melalui In-app Chat
Langkah 1: Pilih Penghantar yang mengendalikan pesanan anda
Langkah 2: Klik pada Taip mesej
Langkah 3: Masukkan Mesej anda dan tekan Hantar
Tip Komunikasi
- Pastikan mesej anda ringkas dan jelas.
- Elakkan perbualan panjang—pemandu penghantaran biasanya sedang memandu.
- Pastikan permintaan anda adalah munasabah.
✅ Permintaan Munasabah:
- "Sila tinggalkan bungkusan di hadapan pintu saya."
- "Sila hubungi saya apabila sampai."
❌ Permintaan Tidak Munasabah:
- "Hantar tepat jam 3:15 petang."
- "Tukar alamat penghantaran saya sekarang."
- "Belikan kopi ais untuk saya, terima kasih."
Etika Berbalas Mesej: Apa yang Sesuai & Tidak Sesuai
Situasi | Maklum Balas Baik✅ | Maklum Balas Tidak Sesuai ❌ |
Penghantaran sedang dalam perjalanan | · "OK, baik" · “Sila tolong serahkan kepada jiran saya, terima kasih” · “Pukul berapa anda akan sampai?” | · Menyoal kasar tentang lokasi bungkusan, contoh: “Walao, mana parcel saya?” · Soalan berulang / Balasan kasar, contoh: “Kenapa lambat sangat ni?” |
Memberi arahan awal | · "Letak di depan pagar atau di pondok pengawal saya" · "Boleh tak pastikan bungkusan saya dihantar hari ini, saya perlukan segera?" | · Arahan penghantaran terlalu spesifik yang memberi tekanan tambahan kepada penghantar · Contoh: “Hantar ke rumah kawan saya pukul 3:15 ptg” · Contoh: “Bang beli kopi ais satu bagi saya, tq tq” |
Bungkusan telah dihantar | N/A | · Arahan diberikan kepada penghantar selepas bungkusan dihantar · Contoh: “Sila hantar bungkusan saya ke pejabat saya sahaja, terima kasih” · Meminta Bukti Penghantaran tambahan dihantar melalui ruangan chat, contoh: “Hantar bukti penghantaran dalam chat ini” |
Bungkusan dihantar ke lokasi yang betul, tetapi terdapat masalah | Sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee dan bukan menghubungi penghantar/pemandu secara terus. |
⚠️ Key Information for Buyers:
Komunikasi adalah dengan Pemandu Penghantaran yang Ditetapkan
Tanggungjawab terhadap Kandungan dan Tatakelakuan Komunikasi
- Pemandu penghantaran dan pembeli bertanggungjawab sepenuhnya terhadap kandungan, bahasa, nada serta tatakelakuan semasa berkomunikasi (sama ada melalui mesej atau panggilan). Shopee menyediakan fungsi Chat dalam aplikasi untuk memudahkan komunikasi berkaitan status penghantaran sahaja dan tidak bertanggungjawab terhadap sebarang komunikasi antara pemandu penghantaran dan pembeli dalam saluran tersebut.
- Sekiranya terdapat salah laku oleh pemandu penghantaran, pembeli digalakkan untuk melaporkan isu tersebut melalui Borang Maklum Balas & Cadangan, dan Shopee akan mengemukakan isu berkenaan kepada rakan logistik yang berkaitan untuk siasatan lanjut.
Sejarah Chat Boleh Diakses oleh Shopee dan Rakan Logistik yang Dilantik
- Bagi tujuan pemantauan kualiti perkhidmatan, penyelesaian aduan dan penambahbaikan operasi, semua sejarah perbualan dalam fungsi Chat dalam aplikasi boleh diakses oleh rakan logistik dan pihak Shopee. Rujuk Polisi Privasi Shopee dan polisi privasi rakan logistik yang berkaitan untuk maklumat lanjut mengenai pengumpulan, penggunaan, pendedahan dan pemprosesan data anda.
Aduan: Bungkusan Hilang atau Penghantar Biadab Untuk pengesahan penghantaran, anda boleh pelajari cara menyemak Proof of Delivery (POD). Jika POD tidak jelas, buat aduan melalui Borang Pertanyaan Pick Up / Drop Off. Untuk bahasa kasar atau tingkah laku tidak sopan, laporkan melalui Borang Maklum Balas & Cadangan.⚠️ Peringatan Penting:🚨 Semak Pemberitahuan Anda: Pastikan pemberitahuan aplikasi Shopee anda DIBUKA.📌 Komunikasi Berhemah: Hormati penghantar dan jangan kongsi maklumat peribadi sensitif.💡 IAC Hanya untuk Isu Penghantaran: Untuk isu lain (cth: pesanan, bayaran), hubungi Khidmat Pelanggan Shopee.