Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[SPayLater] Apakah yang berlaku jika saya memohon bayaran balik selepas membayar bil SPayLater saya?

Bahasa Malaysia | English

Jika anda telah membayar bil SPayLater dan permohonan bayaran balik anda diluluskan, semak sama ada anda mempunyai bil SPayLater yang akan datang di laman utama SPayLater anda:

Situasi 1: Anda mempunyai bil SPayLater yang akan datang

Jumlah bayaran balik akan ditolak secara automatik daripada bil SPayLater anda yang seterusnya.

 

Contoh Senario

  • 25 Jan 2025: Anda membuat pembelian RM90 menggunakan SPayLater 3 bulan.

  • 28 Jan 2025: Anda menerima pesanan anda.

  • Ansuran pertama RM30 muncul dalam bil Februari anda (bil pada 1 Feb 2025, tarikh akhir 10 Feb 2025).

  • 31 Jan 2025: Anda membuat permintaan bayaran balik separa RM10.

  • 2 Feb 2025: Anda membayar bil Februari anda (termasuk ansuran pertama).

  • 3 Feb 2025: Bayaran balik separa RM10 anda diluluskan.

 

Selepas bayaran balik anda diluluskan, ansuran anda akan disesuaikan secara automatik. Sebarang jumlah lebihan yang telah anda bayar sebelum ini akan ditolak daripada ansuran seterusnya, jadi anda akan membayar lebih rendah pada bulan-bulan berikutnya.

 

 

Sebelum Bayaran Balik

Selepas Bayaran Balik Separa RM10

Jumlah pesanan

RM90

RM80

Pelan Ansuran

3 bulan

3 bulan

Jumlah ansuran

RM90/3 = RM30

RM80/3 = RM26.66

Bil Feb 2025 (Ansuran 1)

RM30

RM30 (sudah bayar)

Lebihan bayaran dari  Feb 2025

RM3.34

Bil Mar 2025 (Ansuran 2)

RM30

RM23.32 (RM26.66 – RM3.34)

Bil Apr 2025 (Ansuran 3)

RM30

RM26.68

 
Situasi 2: Anda tidak mempunyai bil SPayLater yang akan datang

Jumlah bayaran balik akan dikreditkan semula secara automatik ke dalam dompet ShopeePay anda. Sila pastikan dompet ShopeePay anda memenuhi semua kriteria di bawah:

  • Dompet ShopeePay anda telah diaktifkan.
  • Maklumat peribadi anda sepadan dengan akaun ShopeePay dan SPayLater.
  • Jumlah bayaran balik tidak melebihi had pegangan dompet ShopeePay anda.

Jika akaun anda tidak memenuhi kriteria di atas, sila hubungi kami melalui panggilan internet/ live chat untuk mengatur bayaran balik ke akaun bank anda.

Bagaimana untuk menyemak jumlah bayaran balik keseluruhan yang tersedia?
 
 
 
Langkah 1: Klik ikon Tanda Soal ⍰ di laman utama SPayLater
Langkah 2: Lihat Mesej Pop-Up yang memaparkan Jumlah Bayaran Terlebih

Sebagai alternatif, anda juga boleh melihat butiran transaksi dan status bayaran balik melalui:

Transaksi
 
 
Langkah 1: Klik pada Transaksi di laman utama SPayLater
Langkah 2: Klik pada Semua Transaksi
Langkah 3: Klik pada Bayaran Balik
Langkah 4: Lihat Transaksi yang Telah Dibayar Balik

Bil
 

Langkah 1: Klik pada Bil Saya
Langkah 2: Klik pada tab yang Telah Dibilkan
Langkah 3: Pilih Bulan Bil
Langkah 4: Cari Pesanan yang Telah Dibayar Balik di bawah bahagian Ansuran
Langkah 5: Klik pada Pesanan Ansuran yang Telah Dibayar Balik
Langkah 6: Lihat Butiran Ansuran

Di halaman butiran ansuran:

  • Bayaran terlebih dikreditkan merujuk kepada jumlah bil yang telah dibayar (termasuk caj pemprosesan) sebelum permohonan bayaran balik dibuat. Jumlah ini akan dibayar balik kepada anda jika permohonan diluluskan.
  • Bil dikreditkan merujuk kepada bayaran ansuran berikutnya yang dikecualikan secara automatik hasil daripada permohonan bayaran balik yang berjaya.

SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).
Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati