Bahasa Malaysia | English1. Bagaimanakah untuk mendaftar ShopeePay Invest?Pastikan anda memenuhi kriteria kelayakan yang dinyatakan dalam bahagian Umum Soalan Lazim (FAQ), "Soalan No. 7: Siapakah yang layak untuk melabur?".Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mendaftar ShopeePay Invest:

Langkah 1: Pergi ke halaman Saya > Pilih Dompet Saya > Pilih ShopeePayLangkah 2: Pilih ShopeePay InvestLangkah 3: Pilih Labur Sekarang > Anda akan diarahkan untuk mendaftar akaun ShopeePay InvestLangkah 4: Isikan maklumat yang diperlukan untuk melengkapkan pendaftaran akaun andaLangkah 5: Setelah pendaftaran selesai, anda akan diminta untuk menetapkan Profil Risiko anda Sebagai sebahagian daripada proses pembukaan akaun pelaburan, anda perlu melengkapkan perkara berikut, jika berkenaan:(i) Penciptaan e-dompet ShopeePay(ii) eKYC(iii) Pengisian maklumat tambahan(iv) Soal selidik risikoAnda mesti membaca dan bersetuju dengan [Terma Perkhidmatan Platform E-Perkhidmatan ShopeePay dan Terma & Syarat Akaun Pelaburan oleh iFAST Capital Sdn Bhd], bersetuju untuk menerima bahan pemasaran daripada ShopeePay dan iFAST, serta mengesahkan bahawa anda tidak melabur bagi pihak mana-mana individu lain.
2. Berapa lama masa yang diambil untuk membuka akaun?
Jika eKYC anda telah diluluskan, penciptaan akaun dijangka berlaku serta-merta selepas pengisian maklumat tambahan. Untuk penciptaan akaun yang tidak serta-merta, anda akan dimaklumkan tentang keputusan permohonan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.