Bahasa Malaysia | English
Mengapa pesanan saya dibatalkan?
Anda tidak melengkapkan pembayaran dalam tempoh masa yang ditetapkan selepas membuat pesanan
Penjual tidak mematuhi tarikh akhir penghantaran yang ditetapkan untuk produk mereka
Barang rosak atau hilang semasa dalam penghantaran
Terdapat keabnormalan yang dikesan dalam pesanan anda
Garis Panduan Tempoh Penghantaran
Penjual perlu menghantar pesanan dalam tempoh Days to Ship (DTS) mereka, tidak termasuk hujung minggu dan cuti umum:
Barang sedia ada (ready stock): Perlu dihantar dalam masa 1 hari dari tarikh pembayaran
Barang pra-pesanan (pre-order): Perlu dihantar dalam tempoh 7 hingga 30 hari, bergantung kepada anggaran masa penghantaran produk
Proses Pemulangan Wang Selepas Pembatalan
Setelah pesanan anda dibatalkan, bayaran akan dipulangkan ke kaedah pembayaran asal anda.
Untuk maklumat lanjut, sila rujuk artikel ini: [Pembatalan Pesanan] Mengapa pesanan saya dibatalkan secara automatik oleh Shopee?
Pembatalan Disebabkan Aktiviti Tidak Normal
Jika pesanan anda dibatalkan kerana keabnormalan, ia mungkin berkaitan dengan:
Pelanggaran Polisi Shopee atau Terma Baucar Shopee
Contoh pelanggaran:
Penyalahgunaan baucar dan/atau promosi
Menjana pesanan palsu
Aktiviti mencurigakan atau penipuan lain
Untuk mengelakkan pembatalan, sila rujuk:
Sediakan dokumen berikut sekiranya diminta oleh ejen:
Gambar jelas MyKad (Penduduk Tempatan/Pemegang PR) / Pasport (Bukan Penduduk) menggunakan kamera telefon bimbit anda
Gambar selfie anda yang memegang MyKad/Pasport
⚠️ Nota:
Pastikan anda memilih Akaun dan Keselamatan sebagai jenis pertanyaan untuk diarahkan ke ejen live chat Shopee
Selepas menghantar pertanyaan, anda akan menerima maklum balas melalui e-mel dalam masa 3–5 hari bekerja