Hai, bagaimana kami boleh membantu?

[ShopeePay Invest] Tukar Dana (Switching)

Bahasa Malaysia | English

1. Apakah itu Tukar Dana (switching)?

Penukaran bermaksud menjual daripada dana yang telah dilaburkan dan kemudian melabur ke dalam dana lain. Ia lazimnya hanya dibenarkan sekiranya kedua-dua dana tersebut diuruskan oleh Syarikat Pengurusan Aset yang sama.

 

 

2. Apakah caj yang dikenakan untuk penukaran?

 

Caj penukaran akan dikenakan berdasarkan perbezaan antara caj jualan dana masuk (switch-in) dan dana keluar (switch-out).

  • Jika caj jualan dana masuk lebih tinggi, anda hanya perlu membayar perbezaan antara caj jualan kedua-dua dana.

  • Jika caj jualan dana masuk lebih rendah, tiada caj akan dikenakan untuk penukaran.

  • Jika caj jualan kedua-dua dana adalah sama, tiada caj akan dikenakan.

 

3. Bagaimanakah cara untuk membuat penukaran?

Anda hanya boleh membuat penukaran daripada dana yang anda sedang pegang. Jumlah minimum untuk penukaran ialah RM10. Sila ikut langkah di bawah untuk membuat penukaran:

7cdcedf767534c61b8de910461947780.gif

Langkah 1: Pergi ke halaman Saya > Dompet Saya > Pilih ShopeePay
Langkah 2: Pilih ShopeePay Invest
Langkah 3: Anda akan diarahkan ke Halaman ShopeePay Invest
Langkah 4: Dari Halaman Pegangan, pilih dana untuk ditukar
Langkah 5: Masukkan Unit untuk ditukar kepada Dana Sasaran yang dipilih > Tandakan pada kotak T&C
Langkah 6: Masukkan PIN 6-digit anda
Langkah 7: Transaksi sedang diproses

 

4. Berapa lama masa yang diambil untuk penukaran?

Jika transaksi dibuat sebelum jam 2:00 petang pada Hari Perniagaan, transaksi akan diproses pada hari yang sama menggunakan Nilai Aset Bersih (NAV) seunit untuk Hari Perniagaan tersebut.

Jika transaksi dibuat selepas jam 2:00 petang pada Hari Perniagaan, transaksi akan diproses pada Hari Perniagaan berikutnya menggunakan NAV seunit pada hari tersebut.

Transaksi penukaran dijangka selesai dalam tempoh 5 Hari Perniagaan

 

5. Bolehkah saya menukar antara mana-mana dana?

Anda hanya boleh menukar antara dana yang diuruskan oleh Pengurus Dana yang sama.


Adakah anda berpuas hati dengan artikel ini?
Berpuas hati
Tidak berpuas hati