Tempoh bertenang ialah enam (6) hari bekerja dari tarikh penerimaan transaksi Beli pertama anda dalam sesuatu dana.
Semasa tempoh bertenang, anda berhak untuk meminta bayaran balik bagi transaksi Beli pertama anda.
Tempoh bertenang tidak lagi terpakai sekiranya terdapat transaksi langganan (subscription), penebusan (redemption), atau pertukaran (switch) yang berlaku selepasnya, walaupun masih dalam tempoh bertenang.
Jumlah bayaran balik apabila anda menggunakan hak tempoh bertenang adalah bayaran Caj Jualan yang telah dibayar, ditambah dengan:
jika NAB (Nilai Aset Bersih) asal pada masa langganan lebih tinggi daripada NAB ketika anda menggunakan hak tempoh bertenang — bayaran balik akan berdasarkan NAB pada masa anda menggunakan hak tersebut. Oleh itu, sila ambil perhatian bahawa jumlah bayaran balik mungkin lebih rendah daripada jumlah pelaburan asal anda; atau
jika NAB asal pada masa langganan lebih rendah daripada NAB ketika anda menggunakan hak tempoh bertenang — bayaran balik akan berdasarkan NAB asal pada masa langganan.
Pelabur di platform ShopeePay Invest yang melabur dalam sesuatu dana buat pertama kali adalah layak untuk menggunakan hak tempoh bertenang bagi pelaburan pertama mereka dalam dana tersebut.
Walau bagaimanapun, pengecualian terpakai, seperti kepada kakitangan iFAST Capital Sdn Bhd atau individu yang berdaftar dengan badan yang diluluskan oleh SC (Suruhanjaya Sekuriti) untuk mengendalikan unit amanah.
Jika pelabur membuat langganan tambahan, penebusan, atau pertukaran dalam tempoh bertenang, mereka tidak lagi layak untuk menggunakan hak tempoh bertenang bagi pelaburan dalam dana tersebut.
3. Bagaimanakah cara untuk menggunakan hak tempoh bertenang?
Untuk menggunakan hak tempoh bertenang anda, sila muat turun dan isi Borang Tempoh Bertenang di bawah. Sebagai alternatif, sekiranya anda tidak dapat mengakses Borang Tempoh Bertenang tersebut, anda perlu menghubungi Khidmat Pelanggan Shopee melalui chat untuk mendapatkan borang tersebut.
de20f5df930445529ab330e08beb0ecb.pdf
Kemudian, anda perlu menghantar borang yang telah lengkap kepada iFAST melalui e-mel di (ops.external.my@ifastfinancial.com).

Langkah 1: Pergi ke Halaman Saya
Langkah 2: Pada Bahagian Sokongan, pilih Sembang dengan Shopee
Langkah 3: Minta Borang Bertenang daripada perkhidmatan pelanggan
Langkah 4: Contoh Borang Bertenang
Langkah 5: Hantar e-mel kepada iFAST di ops.external.my@ifastfinancial.com selepas mengisi borang.
4. Bilakah saya akan menerima bayaran balik saya daripada melaksanakan hak bertenang?
Jika permohonan anda memenuhi kriteria yang layak untuk melaksanakan hak bertenang, kami akan membayar Amaun Bayaran Balik termasuk Caj Jualan (jika ada) kepada anda dalam tempoh 10 Hari Berniaga dari hari menerima dokumentasi lengkap.
5. Adakah saya layak mendapat hak bertenang untuk pelaburan seterusnya?
Tidak, hak bertenang hanya layak untuk transaksi pelaburan pertama anda ke dalam dana tertentu melalui Platform ShopeePay Invest.
6. Saya mempunyai akaun pelaburan dengan iFAST Capital Sdn Bhd, adakah saya masih layak untuk menggunakan hak bertenang untuk pelaburan pertama saya di ShopeePay Invest?
Ya.