Hi, how can we help?

[Promosi] Soalan Lazim YouTube Shopping

Bahasa Malaysia | English

 Apa itu YouTube Shopping?

Cara mudah untuk membeli-belah dalam talian sambil menonton video daripada pencipta kandungan YouTube kegemaran anda. Dengan hanya beberapa langkah mudah, anda boleh menikmati promosi eksklusif Shopee apabila membeli melalui YouTube.

Cara membeli dari Video dan Shorts YouTube 
b0ec2a7ca0d142be9733f794fbb35245.png

Soalan Lazim (FAQ) :

 
SoalanJawapan
1. Adakah semua pengguna layak untuk baucar YouTube Shopping?Ya. Semua pengguna Shopee layak untuk baucar YouTube Shopping.
2. Bolehkah saya menggunakan baucar YouTube Shopping bersama baucar lain?Ya! Baucar YouTube Shopping boleh digunakan bersama baucar Penjual atau Diskaun Penghantaran Percuma semasa checkout.
3. Adakah selamat untuk klik pada tag produk Shopee dalam video YouTube?Ya. Klik pada produk Shopee yang ditag dalam video YouTube adalah selamat dan terjamin.
4. Bagaimana cara checkout menggunakan baucar YouTube Shopping?Semasa checkout, pergi ke bahagian “Baucar Platform” dan pilih baucar YouTube Shopping sebelum melengkapkan pembelian anda.
5. Adakah saya akan dikenakan caj tambahan jika membeli melalui pautan YouTube?Tidak. Tiada caj tambahan untuk pembelian melalui pautan YouTube.
6. Bolehkah saya checkout dari mana-mana kandungan YouTube dengan baucar YouTube Shopping?Tidak, baucar YouTube Shopping hanya boleh digunakan untuk produk daripada pencipta kandungan YouTube kami yang mempunyai tag YouTube Shopping*. 🚫 Tidak terpakai untuk produk yang ditambah ke troli atau checkout dari pautan di bahagian deskripsi video dan ruangan komen.
7. Bolehkah saya menyokong YouTuber kegemaran saya dengan membeli melalui pautan yang ditag?Ya! Pembelian melalui pautan produk yang ditag akan terus menyokong pencipta kandungan tersebut.
8. Bolehkah saya memulangkan barang yang dibeli melalui pautan YouTube Shopping?Ya. Semua polisi pemulangan dan bayaran balik standard Shopee terpakai untuk pembelian melalui pautan YouTube Shopping.
9. Adakah baucar YouTube Shopping saya akan dipulangkan jika pesanan saya dibatalkan atau dipulangkan dalam tempoh sah baucar?Ya. Jika pesanan anda dibatalkan atau dipulangkan dalam tempoh sah baucar, baucar YouTube Shopping akan dipulangkan ke akaun anda dalam tempoh sah baucar tersebut.

Ketahui lebih lanjut mengenai YouTube Shopping dengan menyemak Di Sini.
 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied