| Jenis Fi | Amaun | Bila fi akan dikenakan? |
|---|---|---|
| Duti Setem | Seperti yang dinyatakan dalam Akta Setem 1949 (Disemak 1989). Bermula 1 Januari 2025, duti setem adalah sebanyak 0.5% daripada jumlah pinjaman (dibundarkan ke ribu terdekat) ATAU minimum RM10, mengikut mana yang lebih tinggi. Ilustrasi: • Jika jumlah pinjaman ialah RM8,000, duti setem = RM8,000*0.5% = RM40. • Jika jumlah pinjaman ialah RM8,001 - RM9,000, maka duti setem ialah = RM9,000*0.5% = RM45. • Jika jumlah pinjaman ialah RM20,000, maka duti setem ialah = RM20,000*0.5% = RM100. | Fi ini akan ditolak secara terus daripada jumlah pengeluaran pinjaman. |
| Fi Pengesahan | RM5 bagi setiap pengeluaran pinjaman (RM5.40 selepas 8% SST) Bermula 1 September 2025, Cukai Jualan & Perkhidmatan (SST) sebanyak 8% akan dikenakan ke atas yuran pengesahan sebanyak RM5. | Fi ini akan ditolak secara terus daripada jumlah pengeluaran pinjaman. |
| Kadar Faedah | Dari 0.75% sebulan atau 9% setahun | Fi ini akan dikenakan semasa pembayaran semula. |
| Caj Lewat Bayar | 8% setahun ke atas ansuran bulanan tertunggak, dicaj setiap hari | Fi ini akan dikenakan semasa pembayaran semula sekiranya berlaku pembayaran lewat. |