Tawaran pinjaman SLoan Xtra hanya sah selama 7 hari dari tarikh kelulusan. Jika tawaran ini tidak diterima dalam tempoh tersebut, ia akan luput secara automatik.
Jika anda memerlukan pinjaman berjangka yang lain, anda boleh membuat permohonan baharu dengan mengikuti langkah-langkah di sini.
SLoan Xtra ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).