Hi, how can we help?

[SLoan Xtra] Bilakah tarikh pembayaran ansuran SLoan Xtra?

Bahasa Malaysia | English 
 
Tarikh bayaran ansuran pertama adalah 30 hari selepas anda menandatangani Perjanjian Pinjaman. Jika anda masih menunggu pembayaran pinjaman, sila ambil maklum bahawa tarikh bayaran balik tetap bermula dari tarikh anda memasukkan PIN atau OTP untuk menandatangani Perjanjian Pinjaman, dan bukan dari tarikh anda menerima pembayaran pinjaman tersebut. 
 
Tarikh bayaran balik bulanan akan jatuh pada hari yang sama setiap bulan. Contohnya, jika anda mempunyai pinjaman bertempoh 12 bulan dan tarikh bayaran ansuran pertama adalah pada 17 Julai, semua bayaran seterusnya akan jatuh pada 17 haribulan setiap bulan. 
 
Namun, jika tarikh bayaran pertama anda adalah pada 31 Januari, tarikh bayaran berikutnya akan jatuh pada hari terakhir setiap bulan berikutnya. Contohnya, pada 28 atau 29 Februari, atau 30 April. Jika tarikh bayaran anda jatuh pada hujung minggu, ia akan secara automatik ditangguhkan ke hari Isnin berikutnya. 
 
Tarikh bayaran sebenar akan dikemas kini secara automatik dan dipaparkan di Laman Utama SLoan Xtra. Sila semak tarikh bayaran secara berkala dan buat bayaran tepat pada masanya bagi mengelakkan caj bayaran lewat. 
 
SLoan Xtra ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.). 
 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied