Bahasa Malaysia | EnglishSila ikuti langkah (steps) di bawah untuk melihat dan menerima tawaran pinjaman (loan offer) anda:
Langkah 1: Pada Halaman Utama (Homepage) SLoan Xtra, klik butang Withdraw (Pengeluaran)
Langkah 2: Klik Withdraw Now (Keluarkan Sekarang)
Langkah 3: Sahkan maklumat Tawaran Pinjaman (Loan Offer)
Langkah 4: Klik Continue to Sign Contract (Teruskan untuk Tandatangan Kontrak)
Langkah 5: Tonton Video Akuan (Attestation Video)
Langkah 6: Klik Sign Contract (Tandatangan Kontrak) untuk menandatangani Perjanjian Pemberi Pinjam Wang (Moneylending Agreement) dan bersetuju dengan Terma Perkhidmatan (Terms of Service) serta Dasar Privasi (Privacy Policy)
Langkah 7: Masukkan PIN Dompet ShopeePay (ShopeePay Wallet PIN) atau kod pengesahan (OTP - One Time Password) untuk mengesahkan permintaan anda

⚠️ Note:
Tawaran pinjaman SLoan Xtra (SLoan Xtra loan offer) hanya sah selama 7 hari (7 days) dari tarikh kelulusan. Jika tawaran pinjaman tidak diterima dalam tempoh sah tersebut, ia akan luput secara automatik. Jika anda memerlukan pinjaman berjangka (term loan) yang lain, anda boleh membuat permohonan baru dengan mengikuti langkah di sini.
SLoan Xtra adalah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).