[SLoan Xtra] Bolehkah saya mengubah jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman saya?
Bahasa Malaysia | English Ya, anda boleh mengubah jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman pada tawaran pinjaman sebelum menandatangani Perjanjian Pinjaman. Setelah Perjanjian Pinjaman ditandatangani, semua terma dan syarat pinjaman akan menjadi muktamad sepanjang tempoh pinjaman. Sila ambil maklum bahawa anda hanya boleh mengurangkan jumlah pinjaman daripada jumlah asal yang ditawarkan. Untuk mengubah jumlah pinjaman dan tempoh pinjaman, sila ikut langkah-langkah berikut: Langkah 1: Pergi ke tab Saya dan klik Pembiayaan Peribadi (Personal Financing) Langkah 2: Klik pada tab SLoan Xtra dan klik Pengeluaran (Withdraw) Langkah 3: Klik pada ikon maklumat (tooltip) untuk mengubah jumlah dan tempoh pinjaman Langkah 4: Klik Sahkan (Confirm)
SLoan Xtra ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).