1. Apa itu e-Invois (e-Invoice)?
e-Invois ialah perwakilan digital bagi urus niaga antara pembekal dan pembeli yang mengandungi semua medan data yang diperlukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM). e-Invois akan menggantikan dokumen bercetak atau elektronik seperti invois, nota kredit dan nota debit.
2. Apakah e-Invois yang disahkan?
e-Invois yang disahkan ialah e-Invois yang telah disemak dan disahkan oleh LHDNM. LHDNM akan menjana kod QR, yang boleh digunakan untuk mengesahkan kewujudan dan status e-Invois melalui Portal MYInvois LHDNM.
3. Apakah maksud paparan visual?
Paparan visual merujuk kepada format paparan e-Invois yang telah disahkan, seperti dalam bentuk PDF, untuk rujukan pengguna.
4. Bagaimana untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan e-Invois dalam aplikasi Shopee?
Langkah 1: Pergi ke Halaman Utama (Homepage) SLoan Xtra dan klik butang Tetapan (Settings)
Langkah 2: Pilih e-Invois (e-Invoice)
Langkah 3: Pilih untuk mengaktifkan atau menyahaktifkan butang Terima e-Invois (Receive e-Invoices)
Langkah 4: Selepas mengaktifkan butang Terima e-Invois (Receive e-Invoices), pengguna akan mula menerima paparan visual e-Invois untuk bil (bill) seterusnya
6. Adakah e-Invois dijana secara automatik untuk setiap pinjaman?
Pengguna boleh memohon e-Invois dengan mengaktifkan butang Terima e-Invois (Receive e-Invoice). Jika pengguna telah memohon untuk menerima e-Invois, paparan visual akan dikongsi dengan pengguna pada setiap tarikh pengebilan, mengikut proses biasa pinjaman/produk. Selain itu, sebarang e-Invois untuk caj lewat akan dijana setiap kali bayaran balik dibuat.
Sekiranya pengguna tidak memohon untuk menerima e-Invois, mereka tidak akan menerima sebarang e-Invois. Jika pengguna memohon e-Invois pada masa hadapan, e-Invois untuk transaksi terdahulu tidak akan dijana semula.
7. Bagaimanakah e-Invois berfungsi untuk SLoan Xtra?
Untuk perjanjian pinjaman selama 12 bulan, e-Invois dijana berdasarkan komponen tertentu dalam pinjaman. Berikut adalah pecahan e-Invois yang akan diterima:
Fi pengesahan (Attestation fee) – Dibilkan secara berasingan sebagai Invois 1.
Faedah untuk bulan pertama (Interest fee for month 1) – Invois 2 akan merangkumi faedah untuk bulan pertama sahaja.
Faedah untuk bulan kedua (Interest fee for month 2) – Invois 3 akan merangkumi faedah untuk bulan kedua.
Faedah untuk bulan ketiga (Interest fee for month 3) – Invois 4 akan merangkumi faedah untuk bulan ketiga.
Sekiranya terdapat caj lewat, satu invois tambahan akan dijana selepas bayaran balik dibuat.
8. Berapa lama e-Invois akan disimpan?
e-Invois yang dijana boleh diakses dalam aplikasi selama 12 bulan dari tarikh pengeluaran.
9. Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tidak menerima e-Invois selepas mengaktifkannya?
Jika anda menerima notifikasi atau mesej sepanduk pada halaman tetapan e-Invois yang memaklumkan bahawa permintaan e-Invois anda tidak dapat diproses disebabkan maklumat peribadi yang tidak tepat, sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee melalui sembang langsung (live agent chat) dalam aplikasi atau ciri Panggilan Internet untuk mengemas kini maklumat anda.
10. Siapakah yang perlu saya hubungi jika terdapat pertanyaan atau isu berkaitan e-Invois?
Anda boleh menghubungi Khidmat Pelanggan Shopee melalui sembang langsung (live agent chat) dalam aplikasi atau ciri Panggilan Internet. Sebagai alternatif, anda boleh merujuk Laman Web LHDNM (IRBM Website) untuk maklumat lanjut.
SLoan Xtra ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).