Sila ambil maklum bahawa kadar faedah masih akan dikenakan, tetapi tiada caj penyelesaian awal akan dikenakan. Ikuti langkah di bawah untuk membuat bayaran awal:
Langkah 1: Pergi ke tab Saya (Me) dan klik pada Pembiayaan Peribadi (Personal Financing)
Langkah 2: Klik pada tab SLoan Xtra dan klik Bayar Sekarang (Pay Now)
Langkah 3: Pilih Semua (All) kemudian klik Bayar (Pay) untuk membuat bayaran awal penuh, atau tandakan tempoh pembayaran yang diinginkan dan klik Bayar (Pay) untuk membuat bayaran awal sebahagian
Langkah 4: Pilih pilihan pembayaran (payment option) yang diinginkan
Langkah 5: Klik Bayar (Pay) untuk melengkapkan pembayaran
SLoan Xtra ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.)..