Hi, how can we help?

[ShopeePay Peniaga] Mengapa status perkhidmatan ShopeePay saya tidak aktif?

Bahasa Malaysia | English 
 
S1: Mengapa akaun ShopeePay saya ditetapkan sebagai tidak aktif?
 
J1: Akaun anda ditetapkan sebagai tidak aktif kerana tiada transaksi ShopeePay yang dilakukan dalam tempoh 12 bulan yang lalu. Langkah ini diambil bagi memastikan platform kami kekal aktif dan selamat untuk semua pengguna. 
 
S2: Apa yang perlu saya lakukan sekiranya ingin mengaktifkan semula akaun peniaga saya? / Siapa yang perlu saya hubungi jika mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan?
 
J2: Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau memerlukan bantuan, sila hubungi pasukan sokongan kami. Anda boleh melayari Pusat Bantuan atau bersembang dengan kami melalui aplikasi (Isnin–Jumaat, 9 pagi – 10 malam). 
 
S3: Berapa lamakah tempoh proses pengaktifan semula akaun?
 
J3: Proses pengaktifan semula biasanya mengambil masa 14 hari bekerja, bergantung kepada jumlah permintaan dan proses pengesahan. Pasukan sokongan kami akan membimbing anda melalui langkah-langkah yang diperlukan. 
 
S4: Adakah perkhidmatan ShopeeFood saya akan terjejas akibat perubahan ini?
 
J4: Tidak, perubahan ini hanya melibatkan perkhidmatan ShopeePay anda. Perkhidmatan ShopeeFood anda tidak akan terjejas. 
 
S5: Adakah saya perlu menghantar semula dokumen saya?
 
J5: Ya, anda mungkin perlu menghantar semula dokumen anda semasa proses pengaktifan semula bagi memastikan semua maklumat adalah terkini. 
 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied