Bahasa Malaysia | English
Bermula 4 Ogos 2025, Shopee akan memperkenalkan sistem kuota pemulangan bagi semua pembeli untuk alasan pemulangan “Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka” sebagai langkah untuk menggalakkan tingkah laku pemulangan yang bertanggungjawab dan penggunaan pemulangan yang adil dalam kalangan pembeli.
Anda perlu membayar Kos Penghantaran Pemulangan (RSF) sekiranya anda melebihi kuota pemulangan yang ditetapkan di bawah alasan “Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka”.
1. Bagaimanakah sistem kuota ini berfungsi?
Pembeli Platinum layak membuat sehingga tiga (3), dan pembeli bukan Platinum sehingga dua (2), permintaan “Ingin memulangkan barang dalam keadaan asal/masih belum dibuka” setiap bulan tanpa perlu membayar Kos Penghantaran Pemulangan.
Setelah kuota ini melebihi had, anda akan dikenakan kos penghantaran pemulangan (RSF) bagi setiap permintaan tambahan di bawah alasan yang sama.
Shopee menyediakan beberapa pilihan kaedah penghantaran pemulangan. Jumlah bayaran akan dipaparkan apabila anda memilih kaedah penghantaran pemulangan.
Tahap Keahlian Program Loyalti Shopee | Kuota Bulanan untuk Pemulangan Barang dalam Keadaan Asal/Masih Belum Dibuka |
Platinum | 3 |
Non-Platinum | 2 |
⚠️ Nota
Pembeli digalakkan untuk memilih alasan pemulangan yang betul bagi mengelakkan kelewatan dalam proses bayaran balik.
Permintaan pemulangan yang masih menunggu kelulusan akan dikira dalam kuota, tetapi jika permintaan tersebut tidak berjaya, kuota akan dikembalikan.
2. Bagaimanakah saya akan dikenakan bayaran untuk Kos Penghantaran Pemulangan?
Kos Penghantaran Pemulangan akan ditolak daripada jumlah bayaran balik akhir setelah anda berjaya menghantar bungkusan pemulangan dan permintaan bayaran balik diluluskan.
⚠️ Nota
Sekiranya jumlah bayaran balik adalah kurang daripada Kos Penghantaran Pemulangan, tiada bayaran balik akan dikeluarkan walaupun anda telah memulangkan barang tersebut.
Shopee berhak untuk menolak jumlah Kos Penghantaran Pemulangan daripada amaun bayaran balik akhir setelah anda bersetuju dengan jumlah tersebut semasa proses penghantaran pemulangan.
3. Bagaimanakah saya boleh tahu sama ada saya perlu membayar Kos Penghantaran Pemulangan dan jumlahnya?
Selepas permintaan pemulangan anda diluluskan, anda akan diminta untuk memilih kaedah penghantaran pemulangan. Kos penghantaran pemulangan akan dipaparkan berdasarkan kuota pemulangan anda.
Jika masih dalam kuota:
Kos penghantaran akan dipaparkan sebagai "percuma" dalam pilihan penghantaran pemulangan.
Kos penghantaran akan dipaparkan mengikut kadar kos penghantaran seperti yang tertera untuk setiap pilihan penghantaran.
Anda boleh klik pada "Lihat Butiran" untuk mengetahui pecahan jumlah bayaran balik berdasarkan pilihan penghantaran pemulangan yang dipilih.
Untuk meneruskan proses pemulangan, klik "Sahkan". Sila ambil maklum bahawa dengan menekan butang ini, anda bersetuju untuk membayar Kos Penghantaran Pemulangan, yang akan ditolak daripada jumlah bayaran balik akhir (jika ada).