Jangan risau, tanpa PIN ShopeePay anda, tiada sesiapa boleh membuat pembelian atau mengeluarkan baki ShopeePay anda. Sila tukar kata laluan akaun Shopee anda dengan segera. Untuk melindungi akaun ShopeePay anda, sila ikuti langkah-langkah berikut:
Langkah 1: Hubungi Khidmat Pelanggan kami dengan segera.
Hubungi pasukan Khidmat Pelanggan untuk menyekat akaun Shopee anda buat sementara waktu. Anda mungkin diminta untuk berkongsi sebab permintaan penyekatan akaun.
Setelah pengesahan identiti berjaya dilakukan oleh pasukan Khidmat Pelanggan, Shopee akan menyekat akaun anda buat sementara waktu.
Anda perlu menghubungi semula pasukan Khidmat Pelanggan Shopee untuk mengaktifkan semula akaun anda.
Langkah 2: Hubungi penyedia perkhidmatan mudah alih anda.
Hubungi penyedia perkhidmatan anda untuk menyekat kad SIM dengan segera bagi mengelakkan sebarang permintaan OTP untuk menetapkan semula PIN anda.
Ada soalan lain? Maklumkan kepada kami melalui saluran di bawah. Anda juga boleh klik pada subkategori di bawah untuk melihat topik berkaitan yang lain.