Pada masa ini, Penghantaran Segera membolehkan anda menerima pesanan yang layak dalam tempoh 5 jam selepas pembayaran dibuat antara 10:00 pagi hingga 3:00 petang. Perkhidmatan ini tersedia untuk produk, penjual dan lokasi terpilih.
Hanya tersedia untuk produk dan penjual terpilih
Penghantaran dalam tempoh 5 jam selepas pembayaran dibuat antara 10.00 pagi – 3.00 petang
Pesanan yang dibayar selepas 3.00 petang akan dihantar pada hari berikutnya
Waktu penghantaran terakhir ialah sebelum 9.00 malam
Instant Delivery mengikuti liputan ShopeeFood dan tersedia di semua negeri kecuali Perlis dan Kelantan.
Jika anda tidak melihat pilihan Instant Delivery semasa pembayaran, alamat anda mungkin berada di luar kawasan liputan atau melebihi 30 km dari penjual.
3) Kelayakan produk
Hanya produk yang memenuhi semua syarat berikut layak menggunakan Penghantaran Segera:
Berat Maksimum: 10 kg
Dimensi maksimum: 30 cm (L) × 30 cm (W) × 30 cm (H)
Produk halal dan stok tersedia (ready stock) sahaja

Langkah 1: Klik pada butang Saring
Langkah 2: Pilih Instant Delivery
Langkah 3: Klik pada Gunakan
Langkah 4: Klik pada Beli Sekarang
Langkah 5: Pilih pilihan penghantaran Instant Delivery pada halaman Semak Keluar
5) Soalan Lazim (FAQ)
(a) Mengapakah saya tidak melihat pilihan Penghantaran Segera semasa pembayaran?
Item anda mungkin tidak layak atau alamat anda berada di luar kawasan liputan / melebihi 30 km dari penjual.
(b) Apakah yang berlaku jika tiada penerima semasa penghantaran dibuat?
Penghantaran akan gagal dan bungkusan akan dipulangkan kepada penjual. Tiada caj dikenakan kepada anda.
(c) Adakah terdapat item yang dilarang?
Ya. Senarai item yang dilarang tidak layak untuk Penghantaran Segera. Rujuk jadual di bawah:
Barang Larangan | Penerangan |
Senjata Api dan Senjata | Senjata api, senjata seperti penyembur lada, pistol renjatan elektrik, dan lain-lain, serta tiruan senjata (apa-apa yang menyerupai atau bertujuan untuk memberikan gambaran sebagai senjata, sama ada ia boleh melepaskan tembakan, peluru, peluru berpandu, cecair beracun, gas atau benda lain, atau tidak). |
Dadah Terlarang | Bahan haram, termasuk tetapi tidak terhad kepada bahan yang menyerupai dadah dan peralatan berkaitan. Untuk maklumat lanjut, sila klik di sini. |
Dokumen Sulit Negara | Dokumen sulit negara termasuk tetapi tidak terhad kepada visa, pasport, kad pengenalan, lesen memandu, permit kediaman, permit kerja, sijil halal atau sebarang sijil/dokumen rasmi kerajaan lain yang tidak disebut di atas. |
Mata Wang / Kredit | Mata wang atau kredit termasuk, tetapi tidak terhad kepada, mata wang atau kredit digital serta kad nilai tersimpan. |
Barang Berbahaya | Bahan berbahaya, letupan, mudah terbakar, beracun, radioaktif dan menghakis. |
Hidupan | Haiwan, produk hidupan liar, anggota atau jasad manusia, dan tumbuhan. |
Bahan Lucah atau Dewasa | Bahan pornografi, penerbitan berkaitan ajaran sesat. |
Barang Berpotensi Melanggar Hak | Barang termasuk tetapi tidak terhad kepada replika, barangan tiruan, dan salinan tidak sah yang mungkin melanggar hak cipta, tanda dagangan, atau hak harta intelek pihak ketiga. |
Barang Kemas dan Batu Berharga | Batu berharga atau bernilai tinggi seperti berlian, nilam, delima, dan barang kemas yang diperbuat daripada unsur kimia seperti emas putih/kuning, perak/perak sterling. |
Bateri | Bateri ion litium boleh tanggal yang berisiko meletup. |
Barang Sejuk Beku | Barangan yang memerlukan peralatan khas (contohnya barangan suhu terkawal). |
Bahan & Artifak Keagamaan | Buku agama dan patung seperti Al-Quran, Bible, dan lain-lain, serta artifak dan peninggalan (objek yang mempunyai kepentingan agama, budaya atau peribadi). |
Tidak Halal | Daging, alkohol, produk haiwan, dan produk tenusu yang tidak mematuhi garis panduan pemakanan Islam. |
(d) Bolehkah saya menjejak pergerakan penghantar bagi pesanan Penghantaran Segera secara masa nyata?
Ya, anda boleh menjejak pesanan secara masa nyata setelah penghantar mengambil bungkusan anda daripada penjual.
Langkah 1: Pergi ke tab Saya (Me)
Langkah 2: Klik Untuk diterima (To Receive)
Langkah 3: Pilih pesanan Penghantaran Segera anda
Langkah 4: Klik Track Driver Location
Langkah 5: Lihat maklumat penghantaran