Bagaimana untuk mencari nama pengguna Shopee anda?
1. Di Aplikasi Mudah Alih Shopee
- Pergi ke tab Saya.
- Nama pengguna Shopee anda akan dipaparkan pada banner di bahagian atas.
2. Di Laman Web Shopee - Log masuk ke akaun anda.
- Nama pengguna Shopee anda akan dipaparkan di penjuru kanan atas halaman.
Bolehkah saya menukar nama pengguna saya?
Ya, tetapi anda hanya boleh menukar nama pengguna Shopee sekali sahaja.
Berikut cara untuk menukarnya melalui Aplikasi Shopee:
- Buka tab Saya
- Ketik ikon Tetapan ⚙
- Pilih tab Akaun & Keselamatan
- Ketik pada Nama Pengguna
- Masukkan nama pengguna baharu yang anda inginkan
- Klik Simpan
⚠️ Nota:
Jika nama pengguna anda dijana secara automatik semasa pendaftaran (contohnya gabungan huruf dan nombor rawak), ia tidak dikira sebagai pertukaran sekali sahaja. Anda masih boleh mengemas kini nama pengguna anda kemudian.
Jika anda mencipta nama pengguna sendiri semasa pendaftaran, ia dikira sebagai satu-satunya peluang pertukaran yang dibenarkan. Selepas dikemas kini, anda tidak boleh menukarnya lagi.