Hi, how can we help?

[SPayLater Motorcycle] Apakah caj yang berkaitan dengan SPayLater Motorcycle?

Bahasa Malaysia | English

Jenis Caj

Definisi

Bila Caj Ini Dikenakan?

Jumlah Caj

Kadar Keuntungan

Kadar Keuntungan Nominal (NPR):

Ini merujuk kepada kadar yang dikenakan bagi penyediaan perkhidmatan SPayLater Motorcycle (sebelum ini dirujuk sebagai "Yuran Pemprosesan"), seperti yang diperincikan dalam Terma Perkhidmatan kami.
 
Kadar Keuntungan Efektif (EPR):

Merujuk kepada kos sebenar bil SPayLater anda dengan mengambil kira pengurangan baki tertunggak secara beransur-ansur apabila pembayaran bil dibuat. Kadar ini dikira berdasarkan baki tertunggak anda pada setiap tarikh bil.

 

Nota: Kedua-dua istilah ini merujuk kepada kadar keuntungan yang sama. Anda tidak dikenakan caj sebanyak dua kali.

Kadar Keuntungan dikenakan dalam jumlah bayaran ansuran bulanan.

Kadar keuntungan Nominal adalah berdasarkan pelan bayaran dan jumlah transaksi yang dipilih: 

·12 Bulan -  0.92% sebulan / 11%

·24 Bulan -  0.92% sebulan / 22%

·36 Bulan -  0.92% sebulan / 33%

·48 Bulan -  0.92% sebulan / 44%

·60 Months -  0.92% sebulan / 55%

 

Caj Lewat Bayar

Merujuk kepada penalti yang dikenakan sekiranya pengguna tidak membuat bayaran bil SPayLater Motorcycle mereka sebelum tarikh akhir. Monee akan membekukan akaun SPayLater pengguna sekiranya bayaran lewat dibuat.

 

Sila rujuk di sini untuk maklumat lanjut

Caj Lewat Bayar dikenakan apabila pengguna tidak menjelaskan bil SPayLater Motosikal selepas tarikh akhir bayaran..

RM10


Apakah perbezaan antara Kadar Keuntungan Nominal dengan Kadar Keuntungan Efektif?

 

Kadar Keuntungan Nominal (NPR)Kadar Keuntungan Efektif (EPR)
Kadar tetap sebanyak 0.92% sebulan, yang dikenakan berdasarkan jumlah prinsipal penuh sepanjang tempoh pembiayaan.Kos sebenar tahunan bagi pelan tersebut.
Digunakan sebagai penanda aras mudah untuk mengira jumlah ansuran bulanan yang perlu dibayar oleh pengguna.Kadar pembiayaan sebenar yang dikira berdasarkan ansuran bulanan, dengan mengambil kira pengurangan baki tertunggak secara beransur-ansur apabila pembayaran bil bulanan dibuat.
Sama bagi setiap tempoh pembiayaan.Berbeza mengikut tempoh pembiayaan.

 

Contoh Pengiraan Kadar Keuntungan


Pelan Bayaran

12 Bulan

24 Bulan

36 Bulan

48 Bulan

60 Bulan

Kadar Keuntungan Efektif (tahunan)

19.79%

19.94%

19.63%

19.25%

18.87%

Kadar Keuntungan Nominal  (Bulanan)

0.92%

0.92%

0.92%

0.92%

0.92%

Jumlah Kadar keuntungan Nominal

0.92% * 12M
= 11%

0.92% * 24M
= 22%

0.92% * 36M
= 33%

0.92% * 48M
= 44%

0.92% * 60M
= 55%

Contoh jumlah transaksi SPayLater Motorcycle = RM10,000

Jumlah keuntungan

RM10,000 * 11%
= RM1,100

RM10,000 * 22%
= RM2,200

RM10,000 * 33%
= RM3,300

RM10,000 * 44%
= RM4,400

RM10,000 * 55%
= RM5,500

Jumlah Harga Dibayar (Jumlah Transaksi + Keuntungan)

RM10,000 + RM1,100
= RM11,100

RM10,000 + RM2,200
= RM12,200

RM10,000 + RM3,300
= RM13,300

RM10,000 + RM4,400
= RM14,400

RM10,000 + RM5,500
= RM15,500

Ansuran Bulanan

RM11,100 /12M
= RM925

RM12,200 /24M
= RM508.33

RM13,300 /36M
= RM369.44

RM14,400 /48M
= RM300

RM15,500 /60M
= RM258.33


SPayLater Motorcycle ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied