Hi, how can we help?

[SPayLater Motorcycle] Cara Mengaktifkan SPayLater Motorcycle

Bahasa Malaysia | English
 
Sila ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengaktifkan SPayLater Motorcycle:
 
Langkah 1: Dalam aplikasi Shopee, pergi ke tab Saya (Me) dan klik pada Halaman Utama SPayLater
Langkah 2: Pilih SPayLater Motorcycle
Langkah 3: Klik pada Semak Kelayakan Secara Percuma 
Langkah 4: Sahkan Kad Pengenalan (IC)
Langkah 5: Isikan Maklumat Tambahan
Langkah 6: Muat naik Dokumen Pendapatan seperti yang diperlukan
Langkah 7: Lakukan Pengesahan Wajah 
Langkah 8: Permohonan Dihantar
 
 
Kami akan menyemak permohonan anda dalam tempoh dua (2) hari bekerja (tidak termasuk hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum).
 
Pengguna terpilih mungkin dikehendaki mengaktifkan lokasi GPS semasa pengaktifan SPayLater. Langkah ini bertujuan untuk memastikan akaun anda kekal selamat. Untuk mengaktifkan lokasi GPS, sila ikuti langkah-langkah di bawah:
 
Untuk peranti iOS:
Langkah 1: Pada tetingkap pop-up, klik Tetapan
Langkah 2: Pergi ke Privasi & Keselamatan dan klik Perkhidmatan Lokasi
Langkah 3: Aktifkan Perkhidmatan Lokasi anda
Langkah 4: Tatal ke bawah dan cari aplikasi Shopee
Langkah 5: Klik Benarkan Akses Lokasi untuk aplikasi Shopee
 
Untuk peranti Android:
Langkah 1: Pada tetingkap pop-up, klik Tetapan
Langkah 2: Pergi ke Lokasi dan aktifkan lokasi anda
Langkah 3: Pilih Kebenaran Aplikasi, kemudian cari aplikasi Shopee
Langkah 4: Tatal ke bawah dan klik Benarkan Akses Lokasi untuk aplikasi Shopee

⚠️ Nota:
SPayLater Motorcycle kini tersedia untuk pengguna terpilih sahaja. Kami sedang meluaskan perkhidmatan ini kepada lebih ramai pengguna dalam masa terdekat. Nantikan kemas kini seterusnya!

SPayLater Motorcycle ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).
 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied