Hi, how can we help?

[SPayLater Motorcycle] Bolehkah saya gabungkan had SPayLater saya dengan had SPayLater Motorcycle?

Bahasa Malaysia | English

Selepas pengaktifan SPayLater Motorcycle berjaya, anda akan diberikan satu had berasingan khusus untuk pembelian motosikal. Semasa membuat pembelian motosikal, gabungan Had Umum SPayLater (SPayLater General Limit) dan Had SPayLater Motorcycle yang tersedia akan digunakan.

Apabila had digabungkan, kadar keuntungan akan mengikut kadar transaksi SPayLater Motorcycle iaitu 0.92% sebulan.

 

⚠️ Nota:

  • Sebagai alternatif, anda boleh memilih untuk meningkatkan jumlah bayaran pendahuluan (down payment) kepada pengedar bagi mengurangkan jumlah ansuran keseluruhan.

  • Jumlah ansuran minimum RM3,000 diperlukan untuk penggunaan SPayLater Motorcycle.

  • Jika had SPayLater Motorcycle yang diberikan tidak digunakan sepenuhnya, baki yang tinggal tidak boleh digunakan untuk transaksi lain atau pembelian akan datang.
  • Harga motosikal atas jalan (On the Road Price) termasuk cukai jalan dan insurans motosikal.

 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied