Jika gabungan Had SPayLater Motorcycle dan Had Umum SPayLater (SPayLater General Limit) anda mencukupi untuk menampung harga On The Road motosikal, anda tidak perlu membuat bayaran pendahuluan.
Jika gabungan had tersebut tidak mencukupi untuk menampung harga On The Road, anda perlu membayar baki tersebut sebagai bayaran pendahuluan menggunakan kaedah pembayaran lain terus kepada pengedar (contohnya, melalui pembayaran QR atau tunai).
Anda juga boleh memilih untuk membuat bayaran pendahuluan yang lebih tinggi terus kepada pengedar bagi mengurangkan jumlah ansuran keseluruhan.
SPayLater Motorcycle ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (sebelum ini dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).