Hi, how can we help?

[ShopeePay] Bagaimanakah cara untuk mengubah had transaksi harian saya?

Bahasa Malaysia | English
 
Kini anda boleh mengubah had transaksi harian ShopeePay mengikut keperluan dan tabiat perbelanjaan anda. Ciri ini membantu anda mengawal penggunaan dompet serta mengurus risiko bagi transaksi bernilai tinggi. Had transaksi merangkumi bayaran pesanan, pemindahan kepada pengguna lain, bayaran luar talian dan pengeluaran.
 

1. Apakah had transaksi harian?

Had transaksi harian ialah jumlah maksimum yang anda boleh belanjakan atau pindahkan menggunakan ShopeePay dalam satu hari. Anda boleh menaikkan atau menurunkan had transaksi harian selepas melengkapkan pengesahan PIN. Sebarang peningkatan had transaksi harian tertakluk kepada Tempoh Bertenang selama 3 jam.

 

Tahap Dompet

Had Asal*

Minimum**

Maksimum**

Basic 

RM2,999

RM250

RM2,999

Premium 

RM4,999

RM250

RM4,999

Premium+ 

RM9,999

RM250

RM30,000***

 

* Had transaksi harian lalai adalah berdasarkan tahap dompet anda.

** Had minimum dan maksimum ialah julat yang membolehkan anda melaraskan had transaksi harian.

*** Walaupun had transaksi harian anda lebih tinggi, setiap transaksi masih dihadkan kepada maksimum RM9,999 bagi setiap transaksi.

 

馃暃 Had transaksi harian anda akan ditetapkan semula secara automatik pada jam 12:00 tengah malam setiap hari.

 

2. Bagaimanakah cara untuk melaraskan had transaksi harian?

Langkah 1: Buka Aplikasi ShopeePay
Langkah 2: Pergi ke halaman Saya > Pilih Had Transaksi
Langkah 3: Klik pada medan jumlah dan masukkan had baharu
Langkah 4: Klik Simpan untuk mengesahkan

 

09135050340e490ba07f0289a09b99d0.gif

 

 

馃斀 Menurunkan Had Transaksi Harian

Jika anda ingin menurunkan had atas sebab keselamatan:

  • Pergi ke Had Transaksi > masukkan jumlah yang lebih rendah > klik Simpan.
  • Selepas melengkapkan pengesahan PIN, had baharu yang lebih rendah akan berkuat kuasa serta-merta.
  • Sebarang transaksi seterusnya yang melebihi had baharu akan ditolak bagi baki tempoh hari tersebut.
 

Contoh:

 

1a1ba95406934ceba29390354da2f9e4.gif

 

 馃敿 Menaikkan Had Transaksi Harian

 

Apabila anda menaikkan had, Tempoh Bertenang selama 3 jam akan dikenakan atas sebab keselamatan.

  • Had baharu hanya akan berkuat kuasa selepas 3 jam.
  • Sepanjang tempoh bertenang, anda tidak boleh menukar had transaksi semula.
  • Anda masih boleh membuat transaksi dalam tempoh ini, tetapi hanya mengikut had semasa.

 

Contoh:

 

7ad958ecbe65489fb391e26c7d163f75.gif

 

 

3. Bilakah Tempoh Bertenang 3 Jam Tidak Digunakan?

Tempoh Bertenang 3 jam hanya dikenakan apabila anda menaikkan had transaksi harian.

Ia tidak dikenakan sekiranya:

  • Anda menurunkan had transaksi harian (perubahan berkuat kuasa serta-merta).

  • Had anda dinaikkan secara automatik apabila anda menaik taraf ke eKYC (Premium+).

 
Perbandingan Tempoh Bertenang 3 Jam vs. 12 Jam

Ciri

Digunakan apabila

Tempoh

Tujuan

Tempoh Bertenang 3 Jam

Anda menaikkan had transaksi harian

 

3 jam


Melindungi daripada penipuan atau akses tanpa kebenaran

Tempoh Bertenang 12 jam

Pengaktifan akaun baharu 

 

Log masuk menggunakan peranti baharu

 

12 hours

Kedua-dua ini ialah ciri berasingan yang digunakan dalam situasi yang berbeza.

鈿狅笍 Nota

  • Had maksimum RM9,999 bagi setiap transaksi dikenakan untuk semua aliran pemindahan dan bayaran (DuitNow, QR dan sebagainya).

  • Melaraskan had transaksi harian tidak akan mengubah saiz dompet anda (yang bergantung kepada tahap dompet).

 

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied