Hi, how can we help?

[ShopeePay] Soalan Lazim Kempen Bonus Money+

Bahasa Malaysia | English
 
1. Apakah kempen ini?
 
Terima pulangan indikatif sehingga 8% setahun (p.a.)* yang dikreditkan setiap hari sepanjang Tempoh Kempen (seperti yang ditakrifkan di bawah). Untuk layak, hanya tambah nilai dan kekalkan baki Money+ anda sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh (RM150) (“Amaun Minimum”).

Hanya maksimum Ringgit Malaysia Seribu (RM1,000) daripada baki Money+ layak menerima Tambah Nilai Bonus (“Had Baki Kempen”).

*Pulangan indikatif sehingga 8% p.a. merangkumi prestasi Dana Eastspring Investments Islamic E-Duit serta tambah nilai bonus promosi daripada ShopeePay. Pulangan sebenar dana mungkin berbeza dan tamban nilai bonus adalah tertakluk kepada Terma & Syarat. Sila rujuk prospektus dana untuk risiko dan yuran berkaitan.
 
2. Bilakah tempoh kempen?
 
Kempen ini berlangsung dari 24 April 2026 jam 00:00 hingga 31 Julai 2026 jam 23:59 (“Tempoh Kempen”).
 
Nota: Kempen ini menggantikan Kempen Bonus Money+ sedia ada sepanjang Tempoh Kempen. 
 
 
3.  Siapakah yang layak menyertai kempen ini?
 
Kempen bonus Money+ terbuka kepada mana-mana warganegara Malaysia yang memenuhi semua kriteria berikut:
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pengguna eDompet ShopeePay yang telah melengkapkan proses pengesahan akaun terkini (usaha wajar pelanggan standard melalui eKYC bagi status akaun “Diaktifkan”) dan mempunyai akaun ShopeePay yang telah diaktifkan sepenuhnya; dan
  • Tidak mempunyai sebarang indikasi Amerika Syarikat (“AS”) (iaitu bukan warganegara AS, bukan pemastautin cukai AS, tidak dilahirkan di AS, serta tidak mempunyai alamat surat-menyurat/kediaman tetap atau nombor telefon AS).
 
 
4. Bagaimanakah struktur pulangan indikatif sehingga 8% p.a. bagi kempen ini?
 
Pulangan indikatif sehingga 8% p.a. sepanjang Tempoh Kempen terdiri daripada dua komponen berbeza:
  • Pulangan Dana: Pulangan sebenar yang dijana daripada dana patuh Syariah asas (Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund).
  • Tambah Nilai Bonus: Ganjaran tambahan sebanyak 5% setahun yang diberikan oleh ShopeePay tanpa mengira Pulangan Dana, dan bonus ini hanya terpakai bagi baki Money+ sehingga maksimum Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000). Bonus tambah nilai ini merupakan ganjaran promosi yang ditawarkan oleh ShopeePay, dan tidak boleh dianggap atau ditafsirkan sebagai faedah atau keuntungan ke atas deposit, atau pulangan pelaburan yang dijamin. Bonus tambah nilai adalah tertakluk kepada ketersediaan berdasarkan siapa cepat dia dapat, sehingga bajet kempen digunakan sepenuhnya. Untuk mengelakkan keraguan, pengguna yang layak akan menerima bonus tambah nilai sebanyak 5% setahun, dan bonus ini tidak sah bersama bonus tambah nilai kempen lain, tawaran atau promosi lain.

Pulangan Dana akan dibundarkan ke bawah kepada empat (4) tempat perpuluhan, manakala Tambah Nilai Bonus akan dibundarkan ke bawah kepada dua (2) tempat perpuluhan terdekat.

Oleh kerana Pulangan Dana tidak dijamin dan boleh jatuh di bawah 3% setahun, jumlah pulangan anda untuk Kempen ini mungkin kurang daripada 8% setahun.
 
5. Adakah dana asas Money+ patuh Syariah?
 
Ya, dana asas tersebut adalah sepenuhnya patuh Syariah.

Dana anda dilaburkan dalam Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund, yang mematuhi prinsip pelaburan Islam dengan ketat. Ia merupakan dana pasaran wang Islam yang menjana pulangan harian dan dipaparkan dalam baki tunai anda. Dana ini diuruskan oleh Eastspring Investments Berhad, pengurus dana berlesen dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Nota: Laman web atau aplikasi ShopeePay mungkin mengandungi kandungan iklan yang belum disemak oleh SC dan tidak boleh dianggap sebagai saranan atau sokongan oleh SC untuk membeli atau menjual produk pelaburan. SC juga tidak dianggap mempunyai kaitan dengan mana-mana produk pelaburan tersebut.
 
 
6. Bagaimanakah penambahan bonus harian dikira?  
 
Tambah Nilai Bonus: (Harian Baki Money+ x 5%) / 365
 
 
7. Bagaimanakah cara untuk melayakkan diri dan menerima pulangan indikatif sehingga 8% p.a.?
 
Ikuti dua langkah mudah berikut:
  1. Aktifkan Money+: Pastikan akaun ShopeePay anda telah melengkapkan eKYC dan borang proses pengaktifan untuk Money+.
  2. Tambah Nilai: Kekalkan Amaun Minimum dalam Money+. Tambah Nilai Bonus akan dibayar setiap hari bagi baki sehingga Had Baki Kempen.
 
 
8. Bilakah pulangan harian akan dikreditkan?
 
Pulangan harian (Pulangan Dana + Tambah Nilai Bonus) akan dikreditkan ke baki Money+ anda seperti berikut:

Senario

Pulangan Dana

Tambah Nilai Bonus

Tambah nilai sebelum 2 petang (hari bekerja)

Dikreditkan hari yang sama sebelum 9 malam 

Dikreditkan hari yang sama sebelum 9 malam

Tambah nilai selepas 2 petang (hari bekerja)

Dikreditkan hari bekerja berikutnya sebelum 9 malam

Dikreditkan hari bekerja berikutnya sebelum 9 malam

Tambah nilai sebelum 2 petang pada hari Jumaat

Dikreditkan hari yang sama sebelum 9 malam

Dikreditkan hari yang sama sebelum 9 malam

Tambah nilai selepas 2 petang pada hari Jumaat

Dikreditkan hari bekerja berikutnya (Isnin) sebelum 9 malam

Dikreditkan hari bekerja berikutnya (Isnin) sebelum 9 malam

 
 
9. Bolehkah saya melihat sejarah transaksi Tambah Nilai , Pengeluaran, Pulangan Harian dan Tambah Nilai Bonus?
 
Ya. Anda boleh melihat sejarah transaksi lengkap anda terus dalam Aplikasi Shopee atau ShopeePay.

Sejarah ini boleh diakses melalui Butiran Baki pada halaman Money+ dan tersedia sehingga 90 hari.
 
Untuk melihat transaksi anda, ikuti langkah berikut:
Langkah 1: Pergi ke halaman Money+
Langkah 2: Pilih Butiran Baki
Langkah 3: Pada skrin transaksi:
  • Tab “Semua Transaksi” memaparkan Tambah Niali dan Pengeluaran
  • Tab “Pulangan” memaparkan Pulangan Harian dan Tambah Nilai Bonus
b675737ce85545599fbf60859e7b7373.gif
10. Adakah saya akan menerima Tambah Nilai Bonus jika baki Money+ melebihi RM1,000?
 
Bagi baki Money+ yang melebihi RM1,000, hanya RM1,000 yang pertama layak menerima Bonus Tambah Nilai sebanyak 5% setahun. Sebarang baki melebihi RM1,000 tidak layak menerima Bonus Tambah Nilai, namun baki tersebut mungkin menerima pulangan sebenar, jika ada, yang dijana oleh dana patuh Syariah asas (Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund).
 
Contoh untuk tujuan Ilustrasi:
 

Baki Money+ pada Tarikh Pengkreditan Pulangan

RM1,000

RM2,000

RM100

Pulangan Dana pada 3% p.a.

(Tidak dijamin, pulangan mungkin berbeza-beza, untuk tujuan ilustrasi pengiraan sahaja. Sila semak pendedahan dana untuk risiko dan yuran.)

3%

3%

3%

Tambah Nilai Bonus pada 5% p.a. 

5%

5%

Tidak Layak kerana baki minimum atau keperluan RM150 tidak dipenuhi

Pengiraan Pulangan Harian

- Pulangan Dana Harian: (RM1000 x 3%) / 365 = RM0.0821

- Tambah Nilai Bonus: (RM1000 x 5%) / 365 = RM0.1300

- Jumlah Pulangan: RM0.0821 + RM0.1300 = RM0.2121

- Pulangan Dana Harian: (RM2000 x 3%) / 365 = RM0.1643

- Tambah Nilai Bonus: (RM1000 x 5%) / 365 = RM0.1300

- Jumlah Pulangan: RM0.1643 + RM0.1300 = RM0.2943

Pulangan Dana Harian: (RM100 x 3%) / 365 = RM0.0082

Baki Money+ selepas Pengkreditan Pulangan

RM1,000.21

RM2,000.29

RM100.00

 
 
11. Adakah Tambah Nilai Bonus akan dikreditkan pada hujung minggu?
 

Bonus hanya akan dipaparkan pada hari bekerja sahaja. Jika pulangan anda (termasuk Bonus Tambah Nilai) jatuh pada hujung minggu atau hari bukan bekerja, ia tidak akan dipaparkan serta-merta. Sebaliknya, jumlah tersebut akan dikumpulkan dan dipaparkan pada hari bekerja berikutnya, seperti yang ditunjukkan dalam sejarah pulangan anda.

Menggunakan contoh di atas, berikut merupakan ilustrasi mekanisme Pulangan Dana dan Bonus Tambah Nilai sepanjang Tempoh Kempen:

 

Hari

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Isnin

Baki Permulaan Hari

RM0

RM1,000.21

RM1,000.42

RM1,000.42

RM1,000.42

Tambah Nilai

(Sebelum 2pm pada hari bekerja)

RM1,000

-

-

-

-

Pulangan Dana pada 3% p.a. (Tidak dijamin, pulangan mungkin berbeza-beza. Untuk tujuan ilustrasi pengiraan sahaja. Sila semak pendedahan dana untuk risiko dan yuran yang berkaitan.)

RM0.0821

RM0.0822

-

-

RM0.2466

Bonus Tambah Nilai pada kadar 5% setahun

RM0.1300

RM0.1300

-

-

RM0.3900

Baki Akhir Hari

RM1,000.21

RM1000.42

RM1000.42

RM1000.42

RM1001.06

 

Nota: Jika baki Money+ jatuh di bawah RM150, Tambah Nilai Bonus tidak akan diberikan bagi hari tersebut.

 

 

12. Jika Pulangan Dana melebihi 3% setahun, adakah Bonus Tambah Nilai saya akan dikurangkan bagi mengehadkan jumlah pulangan kepada 8% setahun? 

 

Jika Pulangan Dana melebihi 3% setahun, anda masih akan menerima Tambah Nilai Bonus sebanyak 5% setahun, tertakluk kepada Had Baki Kempen.

Jika Pulangan Dana kurang daripada 3% setahun, anda tidak akan menerima jumlah pulangan sebanyak 8% setahun kerana Tambah Nilai Bonus hanyalah tambahan sebanyak 5% setahun.

 

 
13. Berapa lama saya perlu mengekalkan baki Money+ untuk layak?
 
Sekiranya akaun ShopeePay anda disekat, digantung atau dibekukan, kelayakan untuk Tambah Niali Bonus akan dibatalkan, dan Tambah Nilai Bonus tidak akan dikreditkan ke akaun tersebut.
 
Tiada tempoh minimum pengekalan baki diperlukan. Pulangan Dana dan Tambah Nilai Bonus diberikan setiap hari (dikreditkan pada hari bekerja), tertakluk kepada ketersediaan peruntukan kempen.
 
 
14. Jika akaun ShopeePay saya dibekukan, adakah saya masih layak menerima Tambah nilai Bonus?
 
Sekiranya akaun ShopeePay anda disekat, digantung atau dibekukan, kelayakan untuk Tambah Nilai Bonus akan dibatalkan, dan Tambah Nilai Bonus tidak akan dikreditkan ke akaun tersebut.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied