Hi, how can we help?

[ShopeePay] Soalan Lazim Kempen Bonus Raya Money+

Bahasa Malaysia | English 
 
1. Apakah kempen ini?
 
Bagi meraikan Hari Raya, kami menawarkan Kempen Bonus Raya Money+ untuk tempoh terhad! Nikmati pulangan indikatif sehingga 8% setahun (p.a.)* yang akan dipaparkan setiap hari sepanjang Tempoh Kempen Bonus Raya (seperti yang ditakrifkan di bawah). Untuk layak, anda hanya perlu tambah nilai dan mengekalkan baki Money+ sekurang-kurangnya Ringgit Malaysia Satu Ratus Lima Puluh (RM150) (Jumlah Minimum).

Hanya maksimum Ringgit Malaysia Satu Ribu (RM1,000) dalam baki Money+ yang layak menerima Bonus Tambahan (Had Baki Kempen).

*Pulangan indikatif sehingga 8% p.a. ini merangkumi prestasi Dana Eastspring Investments Islamic E-Duit serta bonus tambahan promosi daripada ShopeePay. Pulangan sebenar dana mungkin berbeza, dan bonus tambahan tertakluk kepada Terma & Syarat. Sila rujuk prospektus dana untuk mengetahui risiko dan yuran yang berkaitan.
 
2. Bilakah tempoh kempen ini berlangsung?
 
Kempen ini berlangsung dari 23 Mac 2026, 00:00 hingga 23 April 2026, 23:59 (Tempoh Kempen Bonus Raya).

Nota: Kempen ini akan menggantikan dan menangguhkan sementara Kempen Bonus Money+ sedia ada sepanjang Tempoh Kempen. Setelah kempen ini dibatalkan atau tamat, Kempen Bonus Money+ sedia ada akan disambung semula secara automatik sehingga tamat tempoh kempen asalnya atau sehingga ia dibatalkan, yang mana lebih awal.
 
3. Siapakah yang layak menyertai kempen ini?
 
Kempen Bonus Raya Money+ terbuka kepada warganegara Malaysia yang memenuhi semua kriteria berikut:
  • Berumur 18 tahun ke atas;
  • Pengguna eWallet ShopeePay yang telah melengkapkan proses pengesahan akaun terkini (pengesahan pelanggan standard melalui eKYC seperti yang diperlukan untuk status akaun “Activated”) dan mempunyai akaun ShopeePay yang telah diaktifkan sepenuhnya; dan
  • Tidak mempunyai indikasi Amerika Syarikat (US), iaitu bukan warganegara AS, bukan pemastautin cukai AS, tidak dilahirkan di AS, serta tidak mempunyai alamat surat-menyurat/alamat tetap atau nombor telefon di AS.
 
4. Bagaimanakah struktur pulangan indikatif sehingga 8% p.a. bagi kempen ini?
 
Pulangan indikatif sehingga 8% p.a. sepanjang Tempoh Kempen Bonus Raya terdiri daripada dua komponen:
  1. Pulangan Dana: Pulangan sebenar yang dijana daripada dana patuh Syariah yang mendasari (Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund).
  2. Bonus Tambahan: Ganjaran tambahan sebanyak 5% p.a. yang diberikan oleh ShopeePay, tanpa mengira Pulangan Dana. Bonus ini hanya terpakai bagi baki Money+ sehingga maksimum RM1,000. Bonus tambahan ini merupakan ganjaran promosi daripada ShopeePay dan tidak boleh dianggap atau ditafsirkan sebagai faedah atau keuntungan ke atas deposit, atau pulangan pelaburan yang dijamin. Bonus tambahan juga tertakluk kepada ketersediaan berdasarkan siapa cepat dia dapat sehingga peruntukan kempen habis digunakan. Untuk mengelakkan keraguan, pengguna yang layak akan menerima bonus tambahan sebanyak 5% p.a., dan bonus ini tidak boleh digabungkan dengan bonus kempen, tawaran atau promosi lain.
 
Pulangan Dana akan dibundarkan ke bawah kepada empat (4) tempat perpuluhan, manakala Bonus Tambahan akan dibundarkan ke bawah kepada dua (2) tempat perpuluhan.

Memandangkan Pulangan Dana tidak dijamin dan mungkin kurang daripada 3% p.a., jumlah pulangan anda bagi kempen ini mungkin kurang daripada 8% p.a.
 
5. Adakah dana Money+ yang mendasari patuh Syariah?
 
Ya. Dana tersebut sepenuhnya patuh Syariah.

Dana anda akan dilaburkan dalam Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund, yang mematuhi prinsip pelaburan Islam sepenuhnya. Ini merupakan dana pasaran wang Islam yang menjana pulangan harian yang dipaparkan dalam baki tunai anda.

Dana ini diuruskan oleh Eastspring Investments Berhad, pengurus dana berlesen dan dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).

Nota: Laman web atau aplikasi ShopeePay mungkin mengandungi kandungan iklan yang tidak disemak oleh SC dan tidak boleh dianggap sebagai cadangan atau sokongan daripada SC untuk membeli atau menjual produk pelaburan. SC juga tidak boleh dianggap berkaitan dengan mana-mana produk pelaburan tersebut.
 
6. Bagaimanakah bonus tambahan harian dikira?
 
Bonus Tambahan = (Baki Money+ Harian × 5%) / 365
 
7. Bagaimanakah saya boleh layak dan menerima pulangan indikatif sehingga 8% p.a.?
 
Ikuti dua langkah mudah berikut:
  1. Aktifkan Money+: Pastikan akaun ShopeePay anda telah melengkapkan eKYC dan anda telah menyiapkan borang pendaftaran onboarding Money+.
  2. Tambah Nilai: Kekalkan sekurang-kurangnya Jumlah Minimum dalam Money+. Bonus tambahan akan dibayar setiap hari untuk baki sehingga Had Baki Kempen.
 
8. Bilakah pulangan harian akan dipaparkan dalam akaun Money+ saya?
 
Pulangan harian (Pulangan Dana + Bonus Tambahan) akan dipaparkan dalam baki Money+ anda berdasarkan situasi berikut:
 

Situasi

Pulangan Dana

Bonus Tambahan

Tambah nilai sebelum 2 petang (hari bekerja)

Dipaparkan pada hari bekerja yang sama sebelum 9 malam

Dipaparkan pada hari bekerja yang sama sebelum 9 malam

Tambah nilai selepas 2 petang (hari bekerja)

Dipaparkan pada hari bekerja berikutnya sebelum 9 malam

Dipaparkan pada hari bekerja berikutnya sebelum 9 malam

Tambah nilai sebelum 2 petang pada hari Jumaat (hari bekerja)

Dipaparkan pada hari bekerja yang sama sebelum 9 malam

Dipaparkan pada hari bekerja yang sama sebelum 9 malam

Tambah nilai selepas 2 petang pada hari Jumaat (hari bekerja)

Dipaparkan pada hari bekerja berikutnya (Isnin) sebelum 9 malam

Dipaparkan pada hari bekerja berikutnya (Isnin) sebelum 9 malam

 
9.  Bolehkah saya melihat sejarah transaksi Tambah Nilai, Pengeluaran, Pulangan Harian dan Bonus Tambahan?
 
Ya. Anda boleh melihat sejarah transaksi lengkap anda termasuk Tambah Nilai, Pengeluaran, Pulangan Harian dan Bonus Tambahan secara terus dalam aplikasi Shopee atau ShopeePay.

Sejarah ini boleh diakses melalui bahagian Butiran Baki pada halaman Money+ dan boleh dilihat sehingga 90 hari.

Langkah untuk melihat transaksi:
Langkah 1: Pergi ke halaman Money+.
Langkah 2: Pergi ke Butiran Baki.
Langkah 3: Pada skrin transaksi, anda boleh melihat sejarah melalui dua tab:
  • Semuya Transaksi – memaparkan sejarah Tambah Nilai dan Pengeluaran.
  • Pulangan – memaparkan Pulangan Harian dan Bonus Tambahan.
 
fceab28a062c4fd8bcb9e5887c93bac0.gif
 
10. Adakah saya akan menerima Bonus Tambahan jika baki Money+ saya melebihi RM1,000?
 
Bagi baki Money+ yang melebihi RM1,000, hanya RM1,000 pertama yang layak menerima Bonus Tambahan 3% p.a.

Sebarang baki melebihi RM1,000 tidak layak menerima Bonus Tambahan, tetapi masih boleh memperoleh pulangan sebenar (jika ada) daripada dana patuh Syariah yang mendasari (Eastspring Investments Islamic E-Duit Fund).
 
Contoh untuk tujuan ilustrasi:

Baki Money+ pada tarikh pulangan dipaparkan

RM1,000

RM2,000

RM100

Pulangan dana pada 3% p.a.
(tidak dijamin, pulangan mungkin berbeza dan hanya untuk tujuan ilustrasi pengiraan. Sila rujuk pendedahan dana untuk risiko dan yuran yang berkaitan)

3%

3%

3%

Bonus Tambahan
pada 5% p.a.

5%

5%

Tidak layak kerana baki minimum atau syarat RM150 tidak dipenuhi

Pengiraan Pulangan Harian

·Pulangan dana harian: (RM1000 x 3%) / 365 = RM0.0821

 

·Bonus tambahan: (RM1000 x 5%) / 365 = RM0.1300

 

·Jumlah pulangan: RM0.0821 + RM0.1300 = RM0.2121

 

·Pulangan dana harian: (RM2000 x 3%) / 365 = RM0.1643

 

·Bonus tambahan: (RM1000 x 5%) / 365 = RM0.1300

 

·Jumlah pulangan RM0.1643 + RM0.1300 = RM0.2943

 

·Pulangan dana harian: (RM100 x 3%) / 365 = RM0.0082

 

Baki Money+ selepas pulangan dipaparkan

RM1,000.21

RM2,000.29

RM100.00

 
11. Adakah saya akan menerima Bonus Tambahan pada hujung minggu?
 
Bonus hanya dipaparkan pada hari bekerja.

Jika pulangan anda (termasuk Bonus Tambahan) jatuh pada hujung minggu atau hari bukan bekerja, ia tidak akan dipaparkan serta-merta. Sebaliknya, jumlah tersebut akan dikumpulkan dan dipaparkan pada hari bekerja berikutnya, seperti yang ditunjukkan dalam sejarah pulangan anda.
 

Hari

Khamis

Jumaat

Sabtu

Ahad

Isnin

Baki Awal Hari

RM0

RM1,000.16

RM1,000.32

RM1,000.32

RM1,000.32

Tambah Nilai

(Sebelum 2pm pada hari bekerja) 

RM1,000

-

-

-

-

Pulangan Dana pada 3% p.a. (Tidak dijamin, pulangan mungkin berbeza. Hanya untuk tujuan ilustrasi pengiraan. Sila rujuk pendedahan dana untuk risiko dan yuran yang berkaitan)

RM0.0821

RM0.0822

-

-

RM0.2467

Bonus Tambahan pada 3% p.a. 

RM0.0800

RM0.0800

-

-

RM0.2400

Baki Akhir Hari

RM1,000.16

RM1000.32

RM1000.32

RM1000.32

RM1000.80

 
Nota: Baki pada awal hari dan akhir hari menunjukkan jumlah baki Money+, termasuk semua tambah nilai dan pengeluaran. Jika baki Money+ kurang daripada RM150, ia tidak layak menerima bonus tambahan untuk hari tersebut.
 
12. Jika Pulangan Dana melebihi 3% p.a., adakah Bonus Tambahan saya akan dikurangkan untuk mengehadkan jumlah pulangan kepada 6% p.a.?
 
Tidak. Jika Pulangan Dana melebihi 3% p.a., anda masih akan menerima Bonus Tambahan 3% p.a., tertakluk kepada Had Baki Kempen.

Jika Pulangan Dana kurang daripada 3% p.a., jumlah pulangan anda tidak akan mencapai 6% p.a. kerana Bonus Tambahan hanya memberikan tambahan 3% p.a. sahaja.
 
13. Berapa lama saya perlu mengekalkan baki dalam Money+ untuk layak menerima kempen ini?
 
Tiada tempoh minimum untuk mengekalkan baki Money+.

Anda akan menerima Pulangan Dana dan Bonus Tambahan setiap hari (dipaparkan pada hari bekerja). Bonus Tambahan tertakluk kepada ketersediaan dana sehingga peruntukan kempen habis digunakan.
 
14. Jika akaun ShopeePay saya dibekukan, adakah saya masih layak menerima Bonus Tambahan sebagai sebahagian daripada pulangan harian saya?
 
Jika akaun ShopeePay anda disekat, digantung atau dibekukan, kelayakan anda untuk menerima Bonus Tambahan akan dibatalkan.

Bonus tambahan tidak akan dipaparkan dalam akaun yang dibekukan.
 
15. Apa yang berlaku selepas Kempen Bonus Raya berakhir?
 
Setelah tempoh Kempen Bonus Raya tamat, Kempen Bonus Money+ sedia ada akan disambung semula dan baki Money+ anda akan terus memperoleh pulangan sehingga 6% setahun (p.a.)* sehingga tamat tempoh kempen asal atau sehingga ia dibatalkan, yang mana lebih awal.

*Pulangan indikatif sehingga 6% p.a. ini merangkumi prestasi Dana Eastspring Investments Islamic E-Duit serta bonus tambahan promosi 3% p.a. daripada ShopeePay, tertakluk kepada Had Baki Kempen dan Terma & Syarat. Pulangan sebenar dana mungkin berbeza.
 
 
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied