Terima pulangan indikatif sehingga 5% p.a.* yang dikemas kini setiap hari sepanjang Tempoh Kempen (seperti yang didefinisikan di bawah). Untuk layak, anda hanya perlu menambah nilai dan mengekalkan baki Money+ anda sekurang-kurangnya RM200 (“Jumlah Minimum”).
Hanya baki Money+ sehingga maksimum RM10,000 sahaja yang layak untuk Top Up Bonus (“Had Baki Kempen”).
*Pulangan indikatif sehingga 5% p.a. ini merangkumi prestasi Dana Eastspring Investments Islamic E-Duit serta top up bonus promosi daripada ShopeePay. Pulangan dana sebenar mungkin berbeza-beza, dan kempen top up bonus ini tertakluk kepada Terma & Syarat. Sila semak lembaran penyerlahan produk dan prospektus dana untuk risiko dan yuran berkaitan.
Nota: Kempen ini menggantikan Kempen Bonus Money+ terdahulu yang telah tamat pada 31 Ogos 2026.
| Situasi | Pulangan Dana | Bonus Tambah Nilai |
| Pengguna menambah nilai sebelum 2 petang (hari perniagaan) | Dicerminkan pada hari perniagaan yang sama sebelum 9 malam | Dicerminkan pada hari perniagaan yang sama sebelum 9 malam |
| Pengguna menambah nilai selepas 2 petang (hari perniagaan) | Dicerminkan pada hari perniagaan berikutnya sebelum 9 malam | Dicerminkan pada hari perniagaan berikutnya sebelum 9 malam |
| Pengguna menambah nilai sebelum 2 petang pada hari Jumaat (hari perniagaan) | Dicerminkan pada hari perniagaan yang sama sebelum 9 malam | Dicerminkan pada hari perniagaan yang sama sebelum 9 malam |
| Pengguna menambah nilai selepas 2 petang pada hari Jumaat (hari perniagaan) | Dicerminkan pada hari perniagaan berikutnya (Isnin) sebelum 9 malam | Dicerminkan pada hari perniagaan berikutnya (Isnin) sebelum 9 malam |
10. Adakah saya akan menerima Bonus Tambah Nilai jika baki Money+ saya melebihi RM10,000?| Baki Money+ pada Tarikh Pulangan Dicerminkan | RM15,000 | RM10,000 | RM100 |
| Pulangan Dana pada 3% setahun (Tidak dijamin dan pulangan mungkin berbeza. Untuk tujuan ilustrasi pengiraan sahaja. Sila rujuk pendedahan dana untuk risiko dan fi.) | 3% | 3% | 3% |
| Bonus Tambah Nilai pada 2% setahun | 2% | 2% | Tidak Layak kerana syarat baki minimum RM200 tidak dipenuhi |
| Pengiraan Pulangan Harian | Pulangan Dana Harian: (RM15,000 × 3%) / 365 = RM1.2329 Bonus Tambah Nilai: (RM10,000 × 2%) / 365 = RM0.5400 Jumlah Pulangan: RM1.2329 + RM0.54 = RM1.7729 | Pulangan Dana Harian: (RM10,000 × 3%) / 365 = RM0.8219 Bonus Tambah Nilai: (RM10,000 × 2%) / 365 = RM0.5400 Jumlah Pulangan: RM0.8219 + RM0.54 = RM1.3619 | Pulangan Dana Harian: (RM100 × 3%) / 365 = RM0.0082 |
| Baki Money+ selepas pulangan dicerminkan | RM15,001.77 | RM10,001.36 | RM100.00 |
| Hari | Khamis | Jumaat | Sabtu | Ahaf | Isnin |
| Baki Permulaan Hari | RM0 | RM1,000.13 | RM1,000.26 | RM1,000.26 | RM1,000.26 |
| Tambah Nilai (Sebelum 2 petang pada hari perniagaan) | RM1,000 | - | - | - | - |
| Pulangan Dana pada 3% setahun (Tidak dijamin, pulangan mungkin berbeza-beza. Untuk tujuan pengiraan ilustrasi sahaja. Sila semak pendedahan dana untuk risiko dan fi berkaitan) | RM0.0821 | RM0.0822 | - | - | RM0.2466 |
| Bonus Tambah Nilai pada 2% setahun | RM0.0500 | RM0.0500 | - | - | RM0.1500 |
| Baki Penutup Hari | RM1,000.13 | RM1,000.26 | RM1,000.26 | RM1,000.26 | RM1,000.66 |
Pulangan harian dikira berdasarkan perubahan Nilai Aset Bersih (NAV) antara hari perniagaan, mengikut baki akaun anda pada waktu penamat 2:00 Petang pada setiap hari perniagaan.
Pulangan harian bagi hari bukan perniagaan (Sabtu, Ahad, dan cuti umum) tidak dikira secara berasingan. Ia akan digabungkan dengan hari perniagaan berikutnya dan dicerminkan bersama-sama, berdasarkan baki anda pada waktu penamat 2:00 Petang hari tersebut.
Jika anda membuat pengeluaran sebelum 2:00 Petang pada hari perniagaan, pulangan bagi hari tersebut (termasuk mana-mana hari bukan perniagaan sebelumnya) akan dikira berdasarkan baki anda semasa waktu penamat, dan bukannya baki yang anda pegang lebih awal.
Pulangan Money+ dikira berdasarkan baki akaun anda yang layak semasa waktu penamat 2:00 Petang pada setiap hari perniagaan. Pulangan dana ditentukan berdasarkan perubahan Nilai Aset Bersih (NAV) dana antara hari perniagaan, manakala sebarang pulangan bonus yang terpakai dikira mengikut terma bonus yang berkuat kuasa.
Jika anda mengeluarkan dana sebelum 2:00 Petang pada hari perniagaan, baki anda selepas pengeluaran akan digunakan untuk mengira pulangan bagi hari perniagaan tersebut.
Jika anda mengeluarkan dana selepas 2:00 Petang pada hari perniagaan, pengeluaran tersebut tidak akan mempengaruhi baki yang digunakan untuk pengiraan pulangan hari perniagaan berkenaan, sebaliknya akan dicerminkan dalam pengiraan untuk hari perniagaan berikutnya yang terpakai.
Bagi hari bukan perniagaan (Sabtu, Ahad dan cuti umum), pulangan tidak dicerminkan secara berasingan pada hari-hari ini. Sebarang pulangan yang berkaitan dengan tempoh bukan dagangan akan dicerminkan bersama pada hari perniagaan berikutnya, berdasarkan baki layak semasa waktu penamat 2:00 Petang hari perniagaan tersebut.
Contoh – Hari perniagaan biasa:
Anda mempunyai RM10,000 pada hari Selasa. Jika anda mengeluarkan RM8,000 sebelum 2:00 Petang pada hari Rabu, pulangan hari Rabu anda akan dikira berdasarkan baki selebihnya iaitu RM2,000. Jika anda mengeluarkan RM8,000 selepas 2:00 Petang pada hari Rabu, pulangan hari Rabu anda akan dikira berdasarkan baki selebihnya iaitu RM10,000.
Contoh – Selepas hujung minggu/cuti umum:
Anda mempunyai RM10,000 pada hari Jumaat dan mengekalkannya sepanjang hujung minggu. Jika anda mengeluarkan RM8,000 pada hari Ahad iaitu sebelum 2:00 Petang pada hari Isnin, pulangan yang dicerminkan pada hari Isnin akan dikira berdasarkan baki selebihnya iaitu RM2,000 semasa waktu penamat hari Isnin. Jika anda mengeluarkan RM8,000 selepas 2:00 Petang pada hari Isnin, pulangan yang dicerminkan pada hari Isnin akan dikira berdasarkan baki selebihnya iaitu RM10,000 semasa waktu penamat hari Isnin.