Hi, how can we help?

[ShopeePay Invest] Umum - Dana Tematik

Bahasa Malaysia | English
 
1. Apakah itu Dana Tematik ShopeePay Invest?
 

ShopeePay Invest memperkenalkan Dana Tematik (Thematic Funds), di mana setiap dana mempunyai pengenal pasti (identifier) yang dipermudahkan bagi membantu anda memahami dengan mudah kandungan pelaburan utama dana tersebut, sekali gus memilih dana yang sejajar dengan matlamat pelaburan anda.

 

Setiap dana tematik merupakan dana unit amanah yang diuruskan secara profesional oleh pengurus dana yang berlesen di bawah Suruhanjaya Sekuriti (SC) mengikut prospektus dan pendedahan masing-masing, serta diedarkan oleh iFAST Capital Sdn Bhd melalui platform ShopeePay Invest.


Asia Technology: Peluang pertumbuhan dalam rantai bekalan teknologi di Asia.

Malaysia Income: Pelaburan berfokuskan pendapatan dalam syarikat-syarikat di Malaysia. 

Artificial Intelligence: Pendedahan kepada syarikat-syarikat yang memacukan infrastruktur AI. 
 

China Growth : Pertumbuhan jangka panjang daripada syarikat-syarikat patuh Syariah di China.

 

Asia Balanced Income: Sasaran pengagihan pendapatan dan pertumbuhan merentasi ekuiti, bon, dan REIT di Asia.

 
Nota: Contoh sektor atau pegangan adalah untuk tujuan ilustrasi sahaja dan boleh berubah pada bila-bila masa mengikut keputusan pengurus dana tanpa notis terlebih dahulu. Maklumat dan penggunaan pengenal pasti tematik ini bukanlah nasihat kewangan serta tidak mengambil kira matlamat individu atau profil risiko anda. Sila baca dokumen dana dan pertimbangkan keadaan anda sendiri sebelum melabur.
 
2. Adakah Dana Tematik ini dana baharu atau sedia ada?
 
Dana Tematik ini merupakan dana sedia ada yang diedarkan oleh iFAST Capital Sdn Bhd. 4 daripadanya telah pun tersedia untuk pelaburan di ShopeePay Invest, dan hanya 1 Dana Tematik baharu yang diperkenalkan ke platform ini.
 

Pengenal Pasti Dana Tematik

Dana Teras (Underlying Fund)

Pengurus Pelaburan

Sedia Ada di ShopeePay Invest?

Asia Technology

Maybank AsiaPac ex-Japan Equity-I Fund

Maybank Asset Management Sdn Bhd

Sedia Ada

Malaysia Income

Eastspring Investments Equity Income Fund 

Eastspring Investments Berhad

Sedia Ada

Artificial Intelligence

RHB i-Sustainable Future Technology Fund-MYR Hedged

RHB Islamic International Asset Management Berhad

Sedia Ada

China Growth

RHB Shariah China Focus Fund - MYR

RHB Asset Management Sdn Bhd

Sedia Ada

Asia Balanced Income

RHB Asian Income Fund - Class B

RHB Asset Management Sdn Bhd

Baharu

 
Untuk maklumat lanjut mengenai dana-dana di atas, sila rujuk Prospektus dan Lembaran Sorotan Produk untuk setiap dana dalam Aplikasi ShopeePay atau Shopee anda.
 
3. Saya seorang pelabur sedia ada dalam salah satu dana ini - adakah apa-apa yang akan berubah, atau adakah saya perlu mengambil sebarang tindakan? 
 
Sekiranya anda kini memegang unit dalam mana-mana dana ini, pelaburan anda kini akan dipaparkan dan dilabelkan menggunakan pengenal pasti dana tematik baharunya di platform ShopeePay Invest, contohnya Maybank AsiaPac ex-Japan Equity-I Fund akan dirujuk sebagai “Asia Technology”. Dana teras kekal sama sepenuhnya. Tiada sebarang tindakan yang diperlukan daripada pihak anda.
 
4. Adakah nilai pelaburan saya akan terjejas disebabkan perubahan ini?
 
Tidak, pengenal pasti dana tematik ini tidak mengubah jumlah nilai pelaburan, bilangan unit, mahupun jumlah pulangan anda. Perubahan ini hanya menjejaskan paparan nama pengenal pasti dana tersebut.
 
5. Adakah pulangan saya akan terus dikira dengan cara yang sama?
 
Pulangan, keuntungan atau kerugian, serta prestasi portfolio anda akan terus dikira berdasarkan Nilai Aset Bersih (NAV) dana teras dan jumlah unit yang anda pegang.
 
6. Adakah yuran, caj, atau prestasi dana akan berubah?
 
Yuran, caj, dan prestasi lalu bagi setiap dana tematik kekal tidak berubah.

Jumlah yuran dan caj yang dikenakan bagi setiap langganan, penebusan, pertukaran dan/atau pemindahan unit Dana untuk setiap Dana Tematik ini (sama seperti semua Dana lain yang terdapat di ShopeePay Invest) boleh didapati pada halaman “Peraturan Transaksi” untuk setiap Dana, yang mana boleh berubah dari semasa ke semasa.
 
7. Adakah pengurus dana atau strategi pelaburan saya akan berubah?
 
Tidak, pengenal pasti dana tematik tidak mengubah pengurus dana atau strategi pelaburan. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa pengurus dana boleh mengubah strategi pelaburan dan meminda syarikat-syarikat komponen dana mengikut prospektus dana tersebut.
 
8. Mengapakah saya melihat nama dana yang berbeza dalam lembaran fakta (factsheet)?English
 
Pengenal pasti dana tematik merupakan nama paparan yang dipermudahkan atau penjenamaan yang digunakan dalam ShopeePay Invest. Lembaran fakta (factsheet) dan dokumen rasmi lain, termasuk penyata akaun anda, akan memaparkan nama berdaftar rasmi bagi dana teras tersebut.
 
9. Adakah Dana Tematik ini disyorkan oleh ShopeePay?
 
Dana tematik ini adalah perubahan penjenamaan sahaja, dan bukannya syor pelaburan. Dana tematik tidak dijamin akan berprestasi lebih baik daripada dana-dana lain yang terdapat di ShopeePay Invest.

Anda hendaklah menilai setiap dana berdasarkan matlamat, toleransi risiko anda sendiri, dan maklumat dalam prospektus serta dokumen produknya sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan.

Semua pelaburan membawa risiko, termasuk risiko bahawa anda mungkin kehilangan kesemua atau sebahagian daripada pelaburan anda. Pulangan sejarah tidak menunjukkan prestasi masa hadapan. Pulangan mungkin berbeza-beza dan tidak dijamin.
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied