Hi, how can we help?

[SPayLater] Apakah Had Pembayaran Sementara SPayLater?

Bahasa Malaysia | English
 
Had Pembayaran Sementara ialah had kredit sementara yang diberikan kepada pengguna yang layak untuk transaksi pembayaran tertentu sahaja.

Apabila jumlah pesanan di halaman pembayaran melebihi jumlah had SPayLater yang tersedia, Had Pembayaran Sementara mungkin diberikan kepada pengguna yang layak supaya mereka boleh meneruskan pembayaran menggunakan SPayLater.

Di halaman pembayaran, pengguna yang layak akan melihat label “Nikmati had tambahan untuk pesanan ini”. Label ini menunjukkan bahawa Had Pembayaran Sementara telah diberikan dan digunakan untuk pembayaran pesanan tersebut. Pengguna boleh meneruskan pesanan dengan memilih SPayLater sebagai kaedah pembayaran.
 
9043960e842a4e79889500a412ace241.png   b526801290ad4f34a8c8e533a1cf5b79.png
Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied