Pengguna yang layak kini boleh menikmati Pengecualian Keuntungan dengan menjelaskan bil SPayLater lebih awal. Ciri ini kini hanya tersedia kepada pengguna terpilih dan akan diperluas secara berperingkat kepada lebih ramai pengguna dalam masa terdekat.
Pengecualian Keuntungan ialah ciri yang membolehkan anda dikecualikan daripada caj keuntungan yang masih berbaki bagi pelan ansuran SPayLater apabila anda membuat pembayaran penuh lebih awal untuk keseluruhan bil SPayLater tertunggak, termasuk semua ansuran akan datang, dalam satu pembayaran.
Pengecualian keuntungan dikira berdasarkan caj keuntungan ke atas baki prinsipal tertunggak selepas ditolak sebarang bayaran ansuran terdahulu yang telah dibuat untuk transaksi, pembelian atau pesanan anda. Baki caj keuntungan dan baki tertunggak dikira menggunakan kaedah baki berkurangan berdasarkan Kadar Keuntungan Efektif (EPR).
Untuk maklumat lanjut tentang Kadar Keuntungan, sila rujuk maklumat yang disediakan di sini.
Transaksi, pembelian atau pesanan yang disahkan pada atau selepas 22 Oktober 2026 dan memenuhi semua syarat yang dinyatakan di bawah layak untuk Pengecualian Keuntungan.
Transaksi, pembelian atau pesanan yang disahkan sebelum tarikh ini akan dikenakan caj keuntungan sepenuhnya, walaupun anda membuat pembayaran lebih awal.
Anda perlu memenuhi tiga syarat berikut:
Jelaskan semua baki ansuran bagi transaksi, pembelian atau pesanan dalam satu pembayaran. Pembayaran awal bagi sebahagian sahaja daripada baki ansuran tidak layak untuk Pengecualian Keuntungan.
Pastikan tiada bil tertunggak. Jika anda mempunyai bil tertunggak, jelaskannya terlebih dahulu.
Buat pembayaran pada atau sebelum tarikh akhir pembayaran bil terdekat anda. Pengecualian Keuntungan hanya terpakai kepada ansuran yang perlu dibayar selepas tarikh akhir pembayaran bil terdekat anda. Ansuran yang perlu dibayar pada tarikh akhir tersebut, serta ansuran daripada bil yang telah dijelaskan sebelum ini, tidak layak untuk Pengecualian Keuntungan. Rujuk Contoh 1, Senario 3 di bawah untuk maklumat lanjut.
Caj keuntungan bagi semua ansuran yang masih berbaki selepas tarikh akhir pembayaran bil terdekat anda akan dikecualikan. Caj keuntungan bagi ansuran yang perlu dibayar pada tarikh akhir pembayaran bil terdekat anda kekal dikenakan seperti biasa.
Pengecualian diberikan jika anda membuat pembayaran pada hari yang sama dengan tarikh pengesahan pesanan. Dalam keadaan ini, caj keuntungan bagi setiap ansuran akan dikecualikan. Rujuk Contoh 1, Senario 1 di bawah untuk maklumat lanjut.
Pada 5 Januari 2027, anda menggunakan SPayLater untuk membuat transaksi, pembelian atau pesanan bagi produk atau perkhidmatan bernilai RM137.65 dengan memilih tempoh ansuran selama 6 bulan.
Jumlah prinsipal (harga produk/perkhidmatan): RM137.65
Pelan ansuran: 6 bulan
Kadar Keuntungan Nominal: 1.5% sebulan
Kadar Keuntungan Efektif: 30.23% setahun
Jumlah caj keuntungan: (RM137.65 × 1.5%) × 6 bulan = RM12.35
Jumlah perlu dibayar: RM137.65 + RM12.35 = RM150
Jumlah ansuran bulanan: RM150 ÷ 6 = RM25
Andaikan tarikh bil anda ialah pada 21 haribulan setiap bulan dan tarikh akhir pembayaran ialah pada 1 haribulan bulan berikutnya. Untuk memahami tarikh bil dan tarikh akhir pembayaran anda, sila rujuk artikel ini.
Jumlah keuntungan dan baki tertunggak bagi setiap ansuran dikira seperti berikut:
Tarikh akhir pembayaran bil | Transaksi, Pembelian atau Pesanan 1 (RM150) | Jumlah Bil (RM) | ||||
Ansuran | Jumlah ansuran bulanan (RM) | Prinsipal bulanan (RM) | Caj keuntungan bulanan (RM) | Baki jumalh prinsipal (RM) | ||
1 Feb 2027 | 1 | 25.00 | 21.54 | 3.46 | 137.65 | 25.00 |
1 Mar 2027 | 2 | 25.00 | 22.08 | 2.92 | 116.11 | 25.00 |
1 Apr 2027 | 3 | 25.00 | 22.64 | 2.36 | 94.03 | 25.00 |
1 May 2027 | 4 | 25.00 | 23.21 | 1.79 | 71.39 | 25.00 |
1 Jun 2027 | 5 | 25.00 | 23.79 | 1.21 | 48.18 | 25.00 |
1 Jul 2027 | 6 | 25.00 | 24.39 | 0.61 | 24.39 | 25.00 |
Jumalh | 150.00 | 137.65 | 12.35 | 0.00 | ||
Bergantung pada masa pembayaran bil dibuat, Pengecualian Keuntungan dikira seperti berikut:
Senario | Tarikh pembayarn bil | Bil yang dibayar | Adakah Transaksi/Pembelian/Pesanan Layak untuk Pengecualian Keuntungan? | Jumlah Pengecualian Keuntungan (RM) | Jumlah Perlu Dibayar (RM) |
|---|---|---|---|---|---|
[1] Penyelesaian penuh pada tarikh pengesahan transaksi, pembelian atau pesanan | 5 Jan 2027 (Tarikh Pengesahan Pesanan) | Kesemua 6 bil (Februari hingga Julai 2027) | Ya.
Kesemua 6 ansuran layak mendapat pengecualian keuntungan sepenuhnya. | RM12.35 | RM137.65 (Prinsipal sahaja) |
[2] Penyelesaian separa pada tarikh pengesahan transaksi, pembelian atau pesanan | 5 Jan 2027 (Tarikh Pengesahan Pesanan) | 5 daripada 6 bil (Februari hingga Jun 2027) | Tidak.
Penyelesaian separa tidak layak untuk Pengecualian Keuntungan. | RM0.00 | RM125.00 (5 × RM25.00) |
[3] Penyelesaian penuh lebih awal selepas membayar 2 ansuran pertama | 28 Mac 2027 (Selepas menjelaskan bil Februari dan Mac 2027) | Kesemua 4 bil yang masih berbaki (April hingga Julai 2027) | Ya, sebahagiannya.
Hanya ansuran yang perlu dibayar dari 1 Mei hingga 1 Julai 2027 layak mendapat pengecualian. Ansuran yang perlu dibayar pada 1 April 2027 tidak layak kerana tarikh tersebut termasuk dalam kitaran bil semasa. | RM3.61 (RM1.79 + RM1.21 + RM0.61) | RM96.39 (RM100.00 − RM3.61) |
[4] Penyelesaian separa lebih awal selepas membayar 2 ansuran pertama | 28 Mac 2027 (Selepas menjelaskan bil Februari dan Mac 2027) | 3 daripada 4 bil yang masih berbaki (April hingga Jun 2027) | Tidak.
Semua ansuran yang masih berbaki mesti dijelaskan sepenuhnya untuk melayakkan anda mendapat Pengecualian Keuntungan. | RM0.00 | RM75.00 (3 × RM25.00) |
Pada 5 Januari 2027, anda juga menggunakan SPayLater untuk membuat satu lagi transaksi, pembelian atau pesanan bagi produk atau perkhidmatan bernilai RM236 dengan memilih tempoh ansuran selama 12 bulan.
Jumlah prinsipal (harga produk/perkhidmatan): RM236
Pelan ansuran: 12 bulan
Kadar Keuntungan Nominal: 1.5% sebulan
Kadar Keuntungan Efektif: 31.72% setahun
Jumlah caj keuntungan: (RM236 × 1.5%) × 12 bulan = RM42.40
Jumlah perlu dibayar: RM236 + RM42.40 = RM278.40
Jumlah ansuran bulanan: RM278.40 ÷ 12 = RM23.20
Caj keuntungan dan baki tertunggak bagi setiap ansuran, serta jumlah keseluruhan bil, dikira seperti berikut:

Bergantung pada masa pembayaran bil dibuat, Pengecualian Keuntungan dikira seperti berikut:
Senario | Tarikh pembayaran bil | Bil yang dibayar | Adakah Transaksi/Pembelian/Pesanan Layak untuk Pengecualian Keuntungan? | Jumlah Pengecualian Keuntungan (RM) | Jumlah Perlu Dibayar (RM) |
[1] Pembayaran awal bagi 6 bil pada tarikh pengesahan pesanan | 5 Jan 2027 (Tarikh Pengesahan Pesanan) | 6 bil (Februari hingga Julai 2027), merangkumi Pesanan 1 dan Pesanan 2. | Ya, Pesanan 1 sahaja.
Kesemua 6 ansuran Pesanan 1 telah dijelaskan sepenuhnya. Pesanan 2 tidak layak kerana hanya 6 daripada 12 ansuran dibayar. | RM12.35 (Pesanan 1 sahaja) | RM261.55 (RM273.90 − RM12.35) |
[2] Pembayaran awal bagi kesemua 12 bil pada tarikh pengesahan pesan | 5 Jan 2027 (Tarikh Pengesahan Pesanan) | 12 bil (Februari 2027 hingga Januari 2028), merangkumi semua baki ansuran bagi kedua-dua pesanan. | Ya, kedua-dua pesanan.
Semua baki ansuran bagi kedua-dua pesanan telah dijelaskan sepenuhnya. | RM54.75
(RM12.35 + RM42.40) | RM373.65
(RM428.40 − RM54.75) |
[3] Pembayaran awal bagi 5 bil pada tarikh pengesahan pesanan | 5 Jan 2027 (Tarikh Pengesahan Pesanan) | 5 bil (Februari hingga Jun 2027), merangkumi kedua-dua pesanan.. | Tidak.
Kedua-dua pesanan tidak dijelaskan sepenuhnya. Pesanan 1 masih mempunyai 1 ansuran berbaki, manakala Pesanan 2 masih mempunyai 7 ansuran berbaki. | RM0.00 | RM241.00 (5 × RM48.20) |
[4] Pembayaran awal bagi 4 bil selepas membayar 2 bil pertama | 28 Mar 2027, selepas menjelaskan bil Februari dan Mac 2027. | 4 bil (April hingga Julai 2027), merangkumi kedua-dua pesanan. | Ya, Pesanan 1 sahaja.
Semua baki ansuran Pesanan 1 telah dijelaskan, tetapi hanya ansuran yang perlu dibayar dari Mei hingga Julai 2027 layak mendapat pengecualian. Pesanan 2 tidak layak kerana hanya sebahagian daripada ansurannya dijelaskan. | RM3.61 (RM1.79 + RM1.21 + RM0.61) | RM189.19 (RM192.80 − RM3.61) |
[5] Pembayaran awal bagi kesemua 10 baki bil selepas membayar 2 bil pertama | 28 Mar 2027, selepas menjelaskan bil Februari dan Mac 2027. | 10 bil (April 2027 hingga Januari 2028), merangkumi semua baki ansuran bagi kedua-dua pesanan. | Ya, kedua-dua pesanan.
Semua baki ansuran telah dijelaskan. Walau bagaimanapun, hanya ansuran yang perlu dibayar mulai Mei 2027 layak mendapat Pengecualian Keuntungan. | RM28.68 (Pesanan 1: RM3.61 + Pesanan 2: RM25.07) | RM303.32 (RM332.00 − RM28.68) |
[6] Pembayaran awal bagi 3 bil selepas membayar 2 bil pertama | 28 Mar 2027, selepas menjelaskan bil Februari dan Mac 2027. | 3 bil (April hingga Jun 2027), merangkumi kedua-dua pesanan. | Tidak.
Kedua-dua pesanan tidak dijelaskan sepenuhnya dan masih mempunyai baki ansuran tertunggak. | RM0.00 | RM144.60 (3 × RM48.20) |
6. Di manakah saya boleh melihat Pengecualian Keuntungan saya?
Sebelum membuat pembayaran: Pada halaman Jumlah untuk Dibayar, di bawah bahagian Pengecualian Keuntungan.
Selepas membuat pembayaran: Pada halaman Butiran Bil, di bawah bahagian Jumlah Pengecualian (dipaparkan sebagai Pengecualian Keuntungan untuk Pembayaran Awal), dan pada halaman Butiran Ansuran bagi setiap ansuran.

SPayLater ialah perkhidmatan yang disediakan oleh Monee Capital Malaysia Sdn. Bhd. (dahulunya dikenali sebagai SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd.).