Pergi ke Saya > Pembelian Saya (Me > My Purchases).
Pesanan dikumpulkan mengikut: Untuk Dibayar (To Pay), Untuk Dihantar (To Ship), Untuk Diterima (To Receive), Selesai (Completed), Dibatalkan (Cancelled), Pulangan/Bayaran Balik (Return/Refund).

Tekan Status Penghantaran (Shipment Status) untuk melihat kemas kini penghantaran yang terperinci.

โ ๏ธ Untuk Logistik Disokong Shopee (SSL), nombor penjejakan tersedia di dalam aplikasi. Untuk pesanan Bukan SSL, sila hubungi penjual secara terus melalui Shopee Chat.
Tarikh/masa penghantaran yang spesifik tidak boleh dijadualkan.
Sila pastikan anda berada di alamat penghantaran sekitar Anggaran Tarikh Penghantaran (EDD).
Pihak kurier biasanya akan membuat cubaan penghantaran sehingga 3 kali.
Jika penghantaran tidak berjaya selepas cubaan ketiga:
(a) Pesanan Bukan SPX: Bungkusan akan dipulangkan semula kepada penjual.
(b) Pesanan SPX: Anda boleh memohon cubaan penghantaran semula melalui Chatbot Shopee kami (jika berkenaan).

Langkah 1: Melalui aplikasi Shopee, pergi ke halaman โSayaโ (Me).
Langkah 2: Tatal ke bawah dan klik pada โChat dengan Shopeeโ (Chat with Shopee).
Langkah 3: Taip โRe-deliveryโ di dalam kotak sembang.
Langkah 4: Pilih pesanan anda untuk meneruskan.
Langkah 5: Setelah memilih pesanan anda, sila teruskan dengan menekan "Sahkan" (Confirm) pada permohonan penghantaran semula anda.
๐ก Tip untuk kelancaran penghantaran:
Berikan alamat yang lengkap dan tepat.
Pastikan nombor telefon anda dikemas kini supaya pihak kurier boleh menghubungi anda.
Untuk Bayar Waktu Terima (COD), sila sediakan jumlah bayaran yang tepat.
Anda boleh menjejak atau menghubungi pihak kurier secara terus:
| Rakan Logistik | Laman Web Penjejakan | Maklumat Perhubungan |
| SPX Express | https://spxexpress.com.my/ | Sila hubungi kami melalui saluran yang tertera di bahagian bawah halaman. |
| Poslaju | https://tracking.pos.com.my/tracking | ๐ Telefon: 1300-300-300 ๐ฌ Live Chat |
| Best Cargo | https://www.best-inc.my/track | ๐ Telefon: 03-8660 0888 ๐ฌ Live Chat |
| GDEX | https://gdexpress.com/tracking | ๐ Phone: 03-6419 5003 โ๏ธ Email: helpdesk@gdexpress.com |
| City Link | https://www.citylinkexpress.com/track-your-shipment/ | ๐ Khidmat Pelanggan |
Sentiasa semak halaman penjejakan anda terlebih dahulu sebelum menghubungi khidmat sokongan.
Sebarang isu berkaitan penghantar (rider) SPX (cth: kelakuan biadab, pengendalian bungkusan yang kasar) โ sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee.
๐ Pantau bungkusan anda di dalam aplikasi, bersedia untuk menerima penghantaran, dan hubungi saluran yang betul jika anda menghadapi sebarang masalah. Kami sedia membantu anda di setiap langkah!