Hi, how can we help?

[Penjejakan Pesanan] Bagaimanakah cara untuk menjejak status pesanan dan penghantaran bungkusan saya?

English | Bahasa Melayu | Chinese
 
Kami faham betapa pentingnya untuk anda sentiasa mendapat maklumat terkini mengenai pesanan anda. Berikut adalah semua maklumat yang anda perlukan di satu tempat:
 

๐Ÿ” Jejak Status Pesanan Anda

  • Pergi ke Saya > Pembelian Saya (Me > My Purchases).

  • Pesanan dikumpulkan mengikut: Untuk Dibayar (To Pay), Untuk Dihantar (To Ship), Untuk Diterima (To Receive), Selesai (Completed), Dibatalkan (Cancelled), Pulangan/Bayaran Balik (Return/Refund).

 
75682a7d4b064eeca745719c867cfdc6.gif
 
  • Tekan Status Penghantaran (Shipment Status) untuk melihat kemas kini penghantaran yang terperinci.

 
38b09ad17e8b4fba9fd39f6bb313ffa7.gif
 

โš ๏ธ Untuk Logistik Disokong Shopee (SSL), nombor penjejakan tersedia di dalam aplikasi. Untuk pesanan Bukan SSL, sila hubungi penjual secara terus melalui Shopee Chat.

 

โฐ Penjadualan & Cubaan Penghantaran

  • Tarikh/masa penghantaran yang spesifik tidak boleh dijadualkan.

  • Sila pastikan anda berada di alamat penghantaran sekitar Anggaran Tarikh Penghantaran (EDD).

  • Pihak kurier biasanya akan membuat cubaan penghantaran sehingga 3 kali.
    Jika penghantaran tidak berjaya selepas cubaan ketiga:

    • (a) Pesanan Bukan SPX: Bungkusan akan dipulangkan semula kepada penjual.

    • (b) Pesanan SPX: Anda boleh memohon cubaan penghantaran semula melalui Chatbot Shopee kami (jika berkenaan).

  • Untuk memohon penghantaran semula, ikuti langkah-langkah berikut:
 
98fbb5cb1b964774ac8f90b089d7bc14.gif
 

Langkah 1: Melalui aplikasi Shopee, pergi ke halaman โ€œSayaโ€ (Me).

Langkah 2: Tatal ke bawah dan klik pada โ€œChat dengan Shopeeโ€ (Chat with Shopee).

Langkah 3: Taip โ€œRe-deliveryโ€ di dalam kotak sembang.

Langkah 4: Pilih pesanan anda untuk meneruskan.

Langkah 5: Setelah memilih pesanan anda, sila teruskan dengan menekan "Sahkan" (Confirm) pada permohonan penghantaran semula anda.

 

 

๐Ÿ’ก Tip untuk kelancaran penghantaran:

  • Berikan alamat yang lengkap dan tepat.

  • Pastikan nombor telefon anda dikemas kini supaya pihak kurier boleh menghubungi anda.

  • Untuk Bayar Waktu Terima (COD), sila sediakan jumlah bayaran yang tepat.

๐Ÿšš Hubungi Rakan Logistik Disokong Shopee

Anda boleh menjejak atau menghubungi pihak kurier secara terus:

 

 

Rakan LogistikLaman Web PenjejakanMaklumat Perhubungan
SPX Expresshttps://spxexpress.com.my/Sila hubungi kami melalui saluran yang tertera di bahagian bawah halaman.
Poslajuhttps://tracking.pos.com.my/tracking

๐Ÿ“ž Telefon: 1300-300-300

๐Ÿ’ฌ Live Chat

Best Cargohttps://www.best-inc.my/track

๐Ÿ“ž Telefon: 03-8660 0888

๐Ÿ’ฌ Live Chat

GDEXhttps://gdexpress.com/tracking

๐Ÿ“ž Phone: 03-6419 5003

โœ‰๏ธ Email: helpdesk@gdexpress.com 

City Linkhttps://www.citylinkexpress.com/track-your-shipment/๐ŸŒ Khidmat Pelanggan
โš ๏ธ Untuk pesanan Bukan SSL, sila hubungi penjual secara terus melalui Shopee Chat.
 

๐Ÿ’ก Peringatan Berguna

  • Sentiasa semak halaman penjejakan anda terlebih dahulu sebelum menghubungi khidmat sokongan.

  • Sebarang isu berkaitan penghantar (rider) SPX (cth: kelakuan biadab, pengendalian bungkusan yang kasar) โ†’ sila hubungi Khidmat Pelanggan Shopee.

 

๐Ÿ‘‰ Pantau bungkusan anda di dalam aplikasi, bersedia untuk menerima penghantaran, dan hubungi saluran yang betul jika anda menghadapi sebarang masalah. Kami sedia membantu anda di setiap langkah!

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied