English | Bahasa Malaysia
Perkhidmatan Logistik Disokong Shopee merujuk kepada penyedia perkhidmatan logistik pihak ketiga yang sistemnya telah disepadukan dengan Shopee. Berikut adalah Rakan Kongsi Logistik kami bagi Perkhidmatan Logistik Disokong Shopee:
SPX Express
PosLaju
GDEX
Best Cargo
ABX Express
Instant Delivery by Shopee Food
Dengan integrasi ini, anda boleh menjejak bungkusan yang dihantar oleh Rakan Kongsi Logistik kami dengan mudah terus di Shopee App. Untuk melihat kemas kini logistik bagi pesanan anda, sila ikuti langkah-langkah di bawah:

Langkah 1:Pergi ke halamanSaya
Langkah 2:Klik Untuk Diterima
Langkah 3:Pilih pesanan yang berkenaan
Langkah 4:Lihat kemas kini logistik
Jenis Perkhidmatan Standard
Di bawah Jenis Perkhidmatan Standard, pembeli boleh melihat dan memilih kaedah penghantaran berikut yang sesuai dengan keperluan mereka:
Penghantaran Segera
Lokasi Pengambilan Sendiri
Penghantaran ke Rumah Standard
Penghantaran ke Rumah Antarabangsa
Penghantaran Ekspres Antarabangsa
Penghantaran ke Rumah melalui Laut
Penghantaran ke Rumah Antarabangsa melalui Laut
Penghantaran Mel Ekonomi
Penghantaran Barang Besar
Pengambilan Sendiri di Kedai
Perkhidmatan Pemasangan
Kenderaan Penjual Sendiri (Malaysia Barat/Malaysia Timur)*
⚠️ Perhatian:
Penghantaran ke Rumah melalui Laut hanya terpakai untuk penghantaran dari Malaysia Barat ke Malaysia Timur, dan hanya untuk penjual tertentu sahaja.
Lokasi Pengambilan Sendiri hanya terpakai untuk pembeli yang membuat pengambilan sendiri dalam Lembah Klang sahaja.
Kaedah penghantaran menggunakan kenderaan penjual sendiri (Malaysia Barat/Malaysia Timur) akan dikategorikan sebagai Perkhidmatan Logistik Tidak Disokong Shopee.