Hi, how can we help?

[ShopeePay] Bagaimanakah cara untuk saya menambah nilai baki ShopeePay saya?

English | Bahasa Melayu
 

Anda boleh menambah nilai baki ShopeePay anda menggunakan kaedah pembayaran berikut:

  • Kad Kredit / Debit

  • Maybank2u

  • Pembayaran Tunai di Kedai Serbaneka

  • Perbankan Dalam Talian (Online Banking)

 

Untuk menambah nilai baki ShopeePay anda, pilih baki ShopeePay di halaman utama > Top Up (Tambah Nilai) > pilih pilihan pembayaran pilihan anda > lengkapkan pembayaran.

 

0613172afb2a4325aa50763d1adf1145.gif

 

 

Untuk menambah nilai baki ShopeePay anda, pilih baki ShopeePay di halaman utama > Top Up (Tambah Nilai) > pilih pilihan pembayaran pilihan anda > lengkapkan pembayaran.

 

Baki ShopeePay anda akan memaparkan jumlah tambah nilai serta-merta selepas pembayaran disahkan. Anda boleh menghubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman ini sekiranya baki yang ditambah nilai tidak dipaparkan dalam tempoh 1 hari.

 

Sekiranya anda menghadapi masalah semasa menambah nilai baki ShopeePay anda, berkemungkinan besar berlaku isu pembayaran. Sila hubungi kami melalui saluran di bahagian bawah halaman ini berserta ID Transaksi (Transaction ID). Anda boleh mendapatkannya dengan memilih transaksi Top up yang gagal di bawah bahagian Last Transactions (Transaksi Terakhir) > COPY (SALIN).

 

f4e1d7c67cce43379cd475b837838b03.gif

 

 

Tambah nilai automatik (Auto top-up)

 

Tetapkan tambah nilai automatik untuk memastikan anda sentiasa mempunyai baki yang mencukupi dalam akaun ShopeePay anda.

 

Untuk Aplikasi Shopee:


Pilih baki ShopeePay di halaman utama Aplikasi Shopee > Me (Saya) > Settings (Tetapan) ⚙ > Auto Top Up Settings (Tetapan Tambah Nilai Automatik) > tetapkan nilai untuk When Balance Falls Below (Apabila Baki Jatuh Di Bawah) > tetapkan nilai untuk Top Up Amount (Jumlah Tambah Nilai) > Payment Method (Kaedah Pembayaran) > pilih kad kredit/debit > Confirm (Sahkan) > SAVE (SIMPAN) > Hidupkan (Toggle On) Auto Top Up.

 

 

 
8f21603b8345412ea08e4a3b030115df.gif
 
Untuk Aplikasi ShopeePay:

Buka Aplikasi ShopeePay > Me (Saya) > Auto Top Up Settings (Tetapan Tambah Nilai Automatik) > tetapkan nilai untuk When Balance Falls Below (Apabila Baki Jatuh Di Bawah) > tetapkan nilai untuk Top Up Amount (Jumlah Tambah Nilai) > Payment Method (Kaedah Pembayaran) > pilih kad kredit/debit > Confirm (Sahkan) > SAVE (SIMPAN) > Hidupkan (Toggle On) Auto Top Up.
 
3f8d8fdf874b4f028857ef9f66793615.gif
 

Had dompet (Wallet limits)


Anda boleh menambah nilai dompet anda sehingga had yang ditetapkan berdasarkan peringkat dompet (wallet tier) anda. Had dompet untuk pengguna Basic, Premium, dan Premium+ masing-masing adalah RM2,999, RM4,999, dan RM30,000.

 

⚠️ Nota:

Sekiranya anda mendapati kaedah pembayaran kad kredit tidak aktif (greyed out), sila teruskan dengan kaedah pembayaran alternatif terlebih dahulu, atau hubungi Khidmat Pelanggan Shopee untuk menyemak isu tersebut.

Are you satisfied with the article?
Satisfied
Unsatisfied