Hi, how can we help?

General

Shopee Account
Shopee App (Android/iOS)
Shopee Desktop
Guidelines
Policies
Resources
Buying Safely
Additional Services

Dasar Privasi SeaMoney

English  |  Bahasa Malaysia

 

 

1.    PENGENALAN

 

1.1    Selamat datang ke SeaMoney (“Platform”) yang diuruskan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn. Bhd. dan syarikat-syarikat bersekutunya dan subsidiari (secara individu dan secara kolektifnya dikenali sebagai “SeaMoney” atau “kami”). SeaMoney mengambil tanggungjawabnya di bawah undang-undang dan peraturan privasi yang berkenaan (“Undang-undang Privasi”) dengan serius dan komited untuk menghormati hak privasi dan kebimbangan semua pengguna platform kami (kami merujuk kepada Platform dan perkhidmatan yang kami memberi seperti yang diterangkan di dalam Platform kami secara kolektif sebagai “Perkhidmatan”). Kami memahami kepentingan data peribadi yang anda amanahkan kepada kami dan percaya bahawa adalah tanggungjawab kami untuk mengurus, melindungi dan memproses data peribadi anda. Dasar Privasi ini (“Dasar Privasi” atau “Dasar”) direka untuk membantu anda memahami bagaimana kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi yang telah anda berikan kepada kami dan/atau kami memilki mengenai anda, sama ada sekarang atau pada masa depan, serta membantu anda dalam membuat keputusan yang termaklum sebelum memberikan kami apa-apa data peribadi anda. Sila baca Dasar Polisi ini dengan teliti. Jika anda mempunyai sebarang soalan berkenaan maklumat ini atau amalan privasi kami, sila rujuk bahagian “Soalan, Kebimbangan atau Aduan? Hubungi Kami” di hujung Dasar Privasi ini.

 

1.2    “Data Peribadi” atau “data peribadi” bermaksud data, sama ada benar atau tidak, mengenai individu yang boleh dikenalpasti daripada data itu, atau daripada data dan maklumat lain yang mana sesebuah organisasi mempunyai akses atau berkemungkinan mempunyai akses. Contoh lazim data peribadi termasuk nama, nombor kad pengenalan serta maklumat hubungan. Data peribadi termasuk data peribadi sensitif, yang termasuk tetapi tidak terhad kepada bangsa, kepercayaan agama, keadaan perubatan dan lain-lain seperti yang berkenaan.

 

1.3    Dengan menggunakan Perkhidmatan, mendaftar akaun dengan kami, melawat Platform kami, atau mengakses Perkhidmatan, anda mengakui dan bersetuju bahawa anda menerima amalan, keperluan dan/atau dasar yang dikemukakan dalam Dasar Privasi ini, dan dengan ini anda membenarkan kami untuk mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi anda (termasuk, untuk mengelakkan keraguan, data peribadi sensitif) seperti yang ditertera di sini. JIKA ANDA TIDAK BERSETUJU DENGAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA SEPERTI DIHURAIKAN DALAM DASAR PRIVASI INI, SILA JANGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI ATAU MENGAKSES PLATFORM KAMI. Sekiranya kami mengubah Dasar Privasi kami, kami akan memaparkan perubahan tersebut atau Dasar Privasi yang dipinda di Platform kami. Kami merizabkan hak untuk meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa.

 

 

2.    BILAKAH SEAMONEY MENGUMPUL DATA PERIBADI?

 

2.1    Kami akan/mungkin mengumpul data peribadi mengenai anda:

 

(a) apabila anda mendaftar dan/atau menggunakan Perkhidmatan atau Platform kami, atau membuka akaun dengan kami; 
(b) apabila anda menghantar apa-apa borang, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, borang permohonan atau borang lain yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami, sama ada atas talian atau melalui berbentuk fizikal;
(c) apabila anda memasuki perjanjian atau dokumentasi atau maklumat lain berkenaan dengan interaksi anda dengan kami, atau apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan kami;
(d) apabila anda berinteraksi dengan kami, seperti melalui panggilan telefon (yang mungkin dirakam), surat, faks, mesyuarat bersemuka, platform media sosial dan e-mel;
(e) apabila anda menggunakan perkhidmatan elektronik kami, atau berinteraksi dengan kami menerusi aplikasi atau Perkhidmatan kami di Platform kami. Ini termasuk, tanpa had, melalui “cookies” yang boleh kami gunakan apabila anda berinteraksi dengan aplikasi atau Platform kami;
(f) apabila anda melakukan transaksi melalui Perkhidmatan kami;
(g) apabila anda memberikan maklum balas atau aduan kepada kami;
(h) apabila anda mendaftar untuk pertandingan; atau
(i) apabila anda menyerahkan data peribadi anda kepada kami untuk apa-apa sebab.

 

Contoh-contoh di atas adalah tidak menyeluruh dan ia menetapkan beberapa contoh-contoh biasa apabila data peribadi tentang anda boleh dikumpulkan.

 

2.2    Apabila anda melawati, menggunakan atau berinteraksi dengan aplikasi mudah alih atau Platform kami, kami mungkin mengumpul maklumat tertentu melalui cara automatik atau pasif dengan menggunakan pelbagai teknologi, teknologi yang boleh dimuat turn ke peranti anda dan boleh menetapkan atau mengubah tetapan pada peranti anda. Maklumat yang kami mengumpul boleh merangkumi, tanpa had, alamat Protokol Internet (IP) anda, sistem operasi komputer / peranti mudah alih dan jenis pelayar, jenis peranti mudah alih, ciri-ciri peranti mudah alih, pengecam peranti unik (UDID) atau pengecam peralatan mudah alih (MEID) untuk peranti mudah alih anda, alamat laman web rujukan (jika ada), dan halaman yang anda lawati di Platform dan aplikasi mudah alih kami dan masa lawatan. Kami boleh mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses maklumat ini hanya untuk Tujuan (yang dihuraikan di bawah).

 

2.3    Platform atau aplikasi mudah alih kami mungkin mengumpulkan maklumat tepat mengenai lokasi peranti mudah alih anda menggunakan teknologi sebagai GPS, Wi-Fi, dan sebagainya. Kami mengumpulkan, menggunakan, mendedahkan dan / atau memproses maklumat ini untuk satu atau lebih Tujuan termasuk, tanpa batasan, perkhidmatan berasaskan lokasi yang anda minta atau untuk menyampaikan kandungan yang relevan kepada anda berdasarkan lokasi anda atau untuk membolehkan anda berkongsi lokasi anda kepada Pengguna lain sebagai sebahagian daripada perkhidmatan di bawah aplikasi mudah alih kami. Untuk kebanyakan peranti mudah alih, anda dapat menarik balik kebenaran anda untuk kami memperoleh maklumat ini di lokasi anda melalui tetapan peranti anda. Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tentang cara menyahaktifkan perkhidmatan lokasi peranti mudah alih anda, sila hubungi penyedia perkhidmatan peranti mudah alih atau pengeluar peranti anda.

 

 

3.    APAKAH DATA PERIBADI YANG SEAMONEY KUMPUL?

 

3.1    Data peribadi yang boleh dikumpul oleh SeaMoney termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  • nama;
  • alamat emel;
  • tarikh lahir;
  • alamat bil;
  • akaun bank dan maklumat bayaran;
  • nombor telefon;
  • jantina;
  • apa-apa maklumat lain mengenai Pengguna apabila Pengguna mendaftar untuk menggunakan Perkhidmatan atau Platform kami dan apabila Pengguna menggunakan Perkhidmatan atau Platform serta maklumat yang berkaitan dengan cara Pengguna menggunakan Perkhidmatan atau Platform; dan
  • data agregat pada kandungan yang dilibatkan oleh Pengguna.

 

3.2    Sekiranya anda tidak mahu kami mengumpul data / data peribadi seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh memilih untuk menarik diri pada bila-bila masa dengan memberitahu kami secara bertulis. Maklumat lanjut tentang memilih keluar boleh didapati di bahagian di bawah bertajuk "Bagimana anda boleh menarik balik kebenaran, meminta akses kepada atau membetulkan maklumat yang telah anda berikan kepada kami?". Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa pemilihan anda untuk menarik diri atau menarik balik kebenaran anda untuk kami mengumpul, menggunakan atau memproses data peribadi anda mungkin menjejaskan penggunaan Perkhidmatan dan Platform oleh anda. Sebagai contoh, menarik diri daripada pengumpulan maklumat lokasi akan menyebabkan ciri-ciri berdasarkan lokasi akan dimatikan.

 

 

4.    MEMBUKA AKAUN

 

Untuk menggunakan fungsi tertentu Perkhidmatan, anda perlu membuka akaun pengguna yang memerlukan anda memberi data peribadi tertentu. Apabila anda mendaftar dan membuka akaun, kami memerlukan anda memberikan kami nama dan alamat emel anda serta nama pengguna yang anda pilih. Kami juga meminta maklumat tertentu mengenai anda seperti nombor telefon, alamat emel, alamat penghantaran, pengenalan bergambar, maklumat akaun bank, umur, tarikh kelahiran, janita dan keminatan anda. Setelah mengaktifkan akaun, anda perlu memilih nama pengguna dan kata laluan. Nama pengguna dan kata laluan anda akan digunakan supaya anda boleh mengakses dan mengekalkan akaun anda dengan selamat.

 

 

5.    MELIHAT HALAMAN WEB

 

Seperti kebanyakan platform, komputer / peranti mudah alih anda menghantar maklumat yang boleh merangkumi data peribadi mengenai anda yang akan dilog oleh pelayan web apabila anda melayar halaman-halaman web melalui Platform kami. Ini biasanya termasuk tanpa had alamat IP komputer anda, sistem operasi, nama / versi pelayar, halaman web yang dirujuk, halaman web yang dipohon, masa / tarikh, dan kadang-kadang “cookie” (yang boleh dilumpuhkan melalui tetapan pelayar anda) untuk membantu Platform mengingati lawatan terakhir anda. Sekiranya anda didaftar masuk, maklumat ini dikaitkan dengan akaun peribadi anda. Maklumat tersebut juga termasuk dalam statistik tanpa nama untuk membolehkan kami memahami bagaimana pelawat menggunakan Platform kami.

 

 

6.    COOKIES

 

6.1 Kami boleh dari semasa ke semasa melaksanakan “cookies” atau ciri-ciri lain yang boleh membenarkan kami atau pihak ketiga untuk mengumpulkan atau berkongsi maklumat yang boleh membantu kami menambah baik Platform dan Perkhidmatan yang kami menawar, atau membantu kami menawarkan perkhidmatan atau ciri-ciri yang baru. “Cookies” adalah pengecam yang kami hantar ke komputer atau peranti mudah alih anda yang membenarkan kami mengenal pasti komputer atau peranti anda dan memberitahu kami bagaimana dan bila Perkhidmatan atau Platform digunakan atau dikunjungi, oleh berapa orang dan untuk menjejaki pergerakan dalam Platform kami. Kami mungkin menghubungkan maklumat cookie ke data peribadi. Cookies juga menghubungkan ke maklumat mengenai item apa yang telah anda pilih untuk pembelian dan halaman web yang telah anda lihat. Maklumat ini digunakan untuk menyimpan rekod tentang troli beli-belah anda, sebagai contoh. Cookies juga digunakan untuk menghantar kandungan khusus menurut keminatan anda dan untuk memantau penggunaan Platform anda. 

 

6.2    Anda boleh menolak penggunaan “cookies” dengan memilih tetapan yang sesuai pada pelayar web anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda berbuat demikian, anda mungkin tidak dapat menggunakan fungsi sepenuhnya Platform atau Perkhidmatan kami.

 

 

7.    MELIHAT DAN MEMUAT TURUN KANDUNGAN DAN PENGIKLANAN

 

Seperti dengan melayar halaman-halaman web, apabila anda menonton kandungan dan pengiklanan dan menggunakan perisian lain di Platform kami atau melalui Perkhidmatan, kebanyakan maklumat yang sama akan dihantar kepada kami (termasuk, tanpa had, alamat IP, sistem operasi, dan sebagainya.); tetapi, menggantikan paparan halaman, komputer anda menghantar kepada kami maklumat berkenaan kandungan, pengiklanan yang dilihat dan/atau perisian yang dipasang oleh Perkhidmatan dan Platform dan masa.

 

 

8.    MASYARAKAT & SOKONGAN

 

8.1    Kami memberi perkhidmatan sokongan pelanggan melalui e-mel, SMS dan borang maklum balas. Untuk menyediakan sokongan pelanggan, kami akan memohon untuk alamat e-mel dan nombor telefon bimbit. Kami hanya akan menggunakan maklumat yang diterima daripada permohonan sokongan pelanggan, termasuk, tanpa had, alamat-alamat e-mel, untuk perkhidmatan sokongan pelanggan dan kami tidak akan memindah atau berkongsi maklumat ini kepada mana-mana pihak ketiga.

 

8.2    Anda juga boleh menyiarkan soalan dan menjawab soalan pengguna lain di forum komuniti kami. Perkhidmatan forum dan pesanan kami membolehkan anda mengambil bahagian dalam komuniti kami; untuk berbuat demikian, kami mengekalkan maklumat, seperti ID pengguna anda, senarai kenalan dan status mesej. Di samping itu, perkhidmatan ini dan yang serupa pada masa akan datang mungkin memerlukan kami untuk mengekalkan ID pengguna dan kata laluan anda.

 

 

9.    SOAL SELIDIK

 

Dari semasa ke semasa, kami boleh memohon untuk maklumat daripada Pengguna melalui soal selidik. Penyertaan dalam kaji selidik tersebut adalah secara sukarela sepenuhnya dan anda mempunyai pilihan sama ada untuk mendedahkan maklumat anda kepada kami. Maklumat yang dipohon boleh termasuk, tanpa had, maklumat hubungan (seperti alamat e-mel anda) dan maklumat demografik (seperti keminatan atau tahap umur). Maklumat kaji selidik akan digunakan untuk tujuan pemantauan atau penambahan baik kegunaan dan kepuasan Perkhidmatan dan tidak akan dipindah ke pihak ketiga, selain daripada kontraktor kami yang membantu kami dalam menguruskan atau bertindak ke atas kaji selidik tersebut.

 

10.    BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT YANG ANDA MEMBERIKAN KEPADA KAMI?

 

10.1 Kami boleh mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan / atau memproses data peribadi anda untuk satu atau lebih daripada tujuan berikut:

 

(a) untuk mempertimbangkan dan/atau memproses permohonan/transaksi anda dengan kami atau transaksi atau komunikasi anda dengan pihak ketiga melalui Perkhidmatan;

(b) untuk mengurus, mengendali, menyediakan dan/atau mentadbir penggunaan dan/atau akses anda kepada Perkhidmatan kami dan Platform kami, serta hubungan anda dan akaun pengguna dengan kami; 

(c) untuk mengurus, mengendali, menyediakan dan memberi anda serta memudahkan penyediaan Perkhidmatan kami, termasuk, tanpa had, mengingati pilihan anda; 

(d) untuk menyesuaikan pengalaman anda melalui Perkhidmatan dengan memaparkan kandungan mengikut keminatan dan pilihan anda, bagi memberi kaedah yang lebih pantas kepada anda untuk mengakses akaun anda dan menghantar maklumat kepada kami dan membenarkan kami menghubungi anda, jika diperlukan; 

(e) untuk bertindak balas, memproses, mengurus atau menyelesaikan transaksi dan/atau untuk memenuhi permintaan anda untuk produk dan perkhidmatan tertentu dan memaklumkan anda tentang isu-isu perkhidmatan dan pergerakan akaun yang luar biasa; 

(f) untuk menguatkuasakan Syarat Perkhidmatan atau mana-mana perjanjian lesen pengguna akhir yang berkenaan;

(g) untuk melindungi keselamatan diri dan hak-hak, harta atau keselamatan orang lain; 

(h) untuk pengenalpastian dan/atau pengesahan; 

(i) untuk mengendalikan dan mentadbir sebarang kemas kini perisian dan/atau kemas kini dan sokongan lain yang diperlukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran dalam fungsi Perkhidmatan kami;

(j) untuk menangani atau memudahkan perkhidmatan pelanggan, melaksanakan arahan anda, berurusan dengan atau menjawab apa-apa pertanyaan yang diberikan oleh (atau kononnya diberikan oleh) anda atau bagi pihak anda;

(k) untuk menghubungi anda atau berkomunikasi dengan anda melalui panggilan suara, mesej teks dan/atau mesej faks, e-mel dan/atau mel pos atau sebaliknya untuk tujuan mentadbirkan dan/atau menguruskan hubungan anda dengan kami atau penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda, seperti tetapi tidak terhad kepada menyampaikan maklumat pentadbiran kepada anda berkaitan dengan Perkhidmatan kami. Anda mengakui dan bersetuju bahawa komunikasi sedemikian oleh kami mungkin akan dibuat melalui surat-menyurat, dokumen atau notis kepada anda, yang mungkin melibatkan pendedahan data peribadi tertentu mengenai anda untuk melaksanakan penghantaran yang sama kepada anda serta pada penutup luaran sampul / pakej mel; 

(l) untuk membenarkan pengguna lain untuk berkomunikasi, berhubung dengan anda pada Platform, termasuk untuk memaklumkan anda apabila Pengguna lain telah menghantar mesej peribadi kepada anda atau menyiarkan komen untuk anda di Platform;

(m) untuk menjalankan aktiviti penyelidikan, analisis dan pembangunan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, analitik data, pembangunan produk dan perkhidmatan dan/atau pemprofilan) untuk menganalisis bagaimana anda menggunakan Perkhidmatan kami, untuk meningkatkan Perkhidmatan atau produk kami dan/atau untuk meningkatkan pengalaman pelanggan anda; 

(n) untuk membolehkan audit dan kaji selidik untuk, antara lain, mengesahkan saiz dan komposisi penonton sasaran kami, dan memahami pengalaman mereka dengan Perkhidmatan SeaMoney; 

(o) di mana anda memberi kebenaran anda terlebih dahulu, untuk pemasaran dan dalam hal ini, untuk menghantar kepada anda melalui pelbagai cara komunikasi seperti mel pos, e-mel, perkhidmatan berasaskan lokasi atau sebaliknya, pemasaran dan promosi yang berkaitan dengan produk dan/atau perkhidmatan (termasuk, tanpa had, produk dan/atau perkhidmatan pihak ketiga yang SeaMoney mungkin bekerjasama atau terikat dengan) yang SeaMoney (dan/atau sekutunya atau syarikat berkaitan) mungkin menjual, memasarkan atau mempromosikan, sama ada produk atau perkhidmatan tersebut wujud sekarang atau akan dicipta pada masa hadapan;

(p) untuk bertindak balas terhadap proses perundangan atau mematuhi atau sebagaiman yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang yang terpakai, kehendak kerajaan atau pengawalsealiaan mana-mana bidang kuasa yang berkaitan, termasuk, tanpa had, memenuhi keperluaan untuk membuat penzahiran di bawah kehendak mana-mana undang-undang yang mengikat SeaMoney atau syarikat berkaitan atau sekutunya; 

(q) untuk menghasilkan statistik dan penyelidikan untuk pelaporan dalaman dan berkanun dan/atau penyimpanan rekod; 

(r) untuk menjalankan usaha wajar atau aktiviti pemeriksaan lain (termasuk, tanpa had, pemeriksaan latar belakang) selaras dengan kewajipan undang-undang atau pengawalseliaan atau prosedur pengurusan risiko kami yang mungkin diperlukan oleh undang-undang atau yang mungkin telah disediakan oleh kami; 

(s) untuk mengaudit Perkhidmatan kami atau perniagaan SeaMoney; 

(t) untuk berkongsi data anda dengan pihak ketiga untuk memenuhi transaksi anda dengan kami atau untuk bayaran balik;

(u) untuk mencegah atau menyiasat sebarang pelanggaran Syarat Perkhidmatan kami yang benar atau disyaki, penipuan, aktiviti yang menyalahi undang-undang, peninggalan atau salah laku, sama ada berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan kami oleh anda atau apa-apa perkara yang timbul daripada hubungan anda dengan kami; 

(v) untuk menyimpan, menganjurkan, menyandarkan (sama ada untuk pemulihan bencana atau sebaliknya) data peribadi anda, sama ada di dalam atau di luar bidang kuasa anda; 

(w) untuk mengendalikan dan/atau memudahkan transaksi aset perniagaan atau transaksi aset perniagaan yang berkemungkinan, di mana transaksi tersebut melibatkan SeaMoney sebagai peserta atau hanya melibatkan perbadanan atau sekutu SeaMoney sebagai peserta atau melibatkan SeaMoney dan/atau mana-mana satu atau lebih daripada satu syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitan dengan SeaMoney sebagai peserta, dan mungkin terdapat organisasi pihak ketiga yang lain yang terlibat dalam transaksi tersebut. "Urus niaga perniagaan" merujuk kepada pembelian, penjualan, pajakan, penggabungan atau sebarang pengambilalihan, pelupusan atau pembiayaan lain organisasi atau sebahagian organisasi atau mana-mana perniagaan atau aset sesuatu organisasi; 

(x) untuk mengekstrak sebarang maklumat lanjut tentang anda daripada pihak ketiga yang mungkin diperlukan untuk memudahkan pemasaran produk dan/atau perkhidmatan SeaMoney dan/atau sekutunya kepada anda; dan/atau

(y) apa-apa tujuan lain yang kami maklumkan kepada anda semasa mendapatkan persetujuan anda.

 

(secara kolektif, “Tujuan”).

 

10.2 Anda mengakui, mengizinkan dan bersetuju bahawa SeaMoney dapat mengakses, menyimpan dan mendedahkan maklumat dan Kandungan Akaun anda jika diperlukan oleh undang-undang atau menurut perintah Mahkamah atau oleh mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau pengawalseliaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas SeaMoney atau di atas dasar kepercayaan suci hati bahawa pemeliharaan atau pendedahan akses sedemikian adalah wajar untuk: (a) mematuhi proses undang-undang; (b) mematuhi permintaan dari mana-mana pihak berkuasa kerajaan atau pengawalseliaan yang mempunyai bidang kuasa ke atas SeaMoney; (c) menguatkuasakan Syarat Perkhidmatan SeaMoney atau Dasar Privasi ini; (d) bertindak balas terhadap tuntutan yang diancam atau sebenar yang diajukan terhadap SeaMoney atau tuntutan lain bahawa mana-mana Kandungan melanggar hak pihak ketiga; (e) menjawab permintaan anda untuk perkhidmatan pelanggan; atau (f) melindungi hak, harta atau keselamatan peribadi SeaMoney, pengguna dan / atau orang ramai.

 

10.3 Oleh sebab tujuan yang kami akan / mungkin kumpul, gunakan, dedahkan atau proses data peribadi anda bergantung pada keadaan yang ada, tujuan tersebut mungkin tidak tertera di atas. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan anda tentang tujuan lain semasa mendapatkan persetujuan anda, melainkan jika pemprosesan data tanpa persetujuan anda dibenarkan oleh Undang-undang Privasi.

 

 

11.    PERKONGSIAN MAKLUMAT DARIPADA PERKHIDMATAN

 

Perkhidmatan kami membolehkan pengguna untuk berkongsi maklumat peribadi antara satu sama lain, dalam hampir semua keadaan tanpa penglibatan SeaMoney, untuk menyelesaikan transaksi. Dalam urus niaga biasa, pengguna mungkin mempunyai akses kepada nama, ID pengguna, alamat e-mel dan maklumat hubungan dan pengeposan lain masing-masing. Pengguna yang memiliki data peribadi penggaun lain (“Pihak Penerima”) mesti (i) mematuhi semua Undang-Undang Privasi; (ii) membenarkan pengguna sebelah (“Pihak Mendedah”) untuk mengeluarkan dirinya daripada pangkalan data Pihak Penerima; dan (iii) membenarkan Pihak Mendedah untuk menyemak maklumat yang telah dikumpul tentang mereka oleh Pihak Penerima.

 

 

12.    BAGAIMANAKAH SEAMONEY MELINDUNGI DAN MENYIMPAN MAKLUMAT PELANGGAN?

 

12.1    Kami melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk memastikan keselamatan data peribadi anda dalam sistem kami. Data peribadi pengguna terkandung di belakang rangkaian yang dijamin dan hanya boleh diakses oleh bilangan pekerja yang terhad yang mempunyai hak akses khusus untuk sistem tersebut. Walau bagaimanapun, kami tidak dapat memberi jaminan keselamatan yang mutlak.

 

12.2    Kami akan menyimpan data peribadi mengikut Undang-undang Privasi dan/atau undang-undang lain yang berkenaan. Iaitu, kami akan memusnahkan atau menganonimkan data peribadi anda apabila kami dapat menentukan secara munasabah untuk mengandaikan bahawa (i) tujuan yang mana data peribadi itu dikumpulkan tidak lagi disampaikan oleh pengekalan data peribadi itu; dan (ii) penyimpanan tidak lagi diperlukan untuk sebarang tujuan undang-undang atau perniagaan. Jika anda berhenti menggunakan Platform ini, atau kebenaran anda untuk menggunakan Platform dan/atau Perkhidmatan ditamatkan atau ditarik balik, kami boleh terus menyimpan, menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda mengikut Dasar Privasi ini dan kewajipan kami di bawah Undang-undang Privasi. Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, kami boleh melupuskan data peribadi anda dengan selamat tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda.

 

 

13.    ADAKAH SEAMONEY AKAN MENDEDAHKAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL DARIPADA PELAWAT KEPADA PIHAK LUAR?

 

13.1    Dalam menjalankan perniagaan kami, kami akan/mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada pembekal perkhidmatan pihak ketiga kami, ejen dan/atau sekutu atau syarikat berkaitan kami, dan/atau pihak ketiga lain, untuk satu atau lebih daripada Tujuan yang dinyatakan di atas. Pembekal perkhidmatan pihak ketiga seperti ini, atau ejen dan/atau sekutu atau syarikat berkaitan dan/atau pihak ketiga yang lain akan memproses data peribadi anda sama ada bagi pihak kami atau sebaliknya, untuk satu atau lebih Tujuan yang dinyatakan di atas. Pihak ketiga tersebut termasuk, tanpa had:

 

(a)    syarikat subsidiari, syarikat gabungan dan syarikat berkaitan;

(b)    pengguna lain Platform kami untuk satu atau lebih Tujuan yang dinyatakan di atas;

(c)    kontraktor, ejen, penyedia perkhidmatan dan pihak ketiga lain yang kami gunakan untuk menyokong perniagaan kami. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada mereka yang menyediakan perkhidmatan pentadbiran atau perkhidmatan lain kepada kami seperti rumah mel, syarikat telekomunikasi, syarikat teknologi maklumat dan pusat data;

(d)    pembeli atau pengganti lain sekiranya berlaku penggabungan, penyahgaraman, penyusunan semula, pembubaran atau penjualan atau pemindahan lain atau sebahagian daripada aset SeaMoney, sama ada sebagai usaha berterusan atau sebagai sebahagian daripada kebankrapan, pembubaran atau prosiding yang serupa , di mana data peribadi yang dipegang oleh SeaMoney tentang Pengguna Perkhidmatan kami adalah antara aset yang dipindahkan; atau kepada rakan niaga dalam urusniaga aset perniagaan yang SeaMoney atau mana-mana sekutunya atau syarikat berkaitannya terlibat; dan

(e)    pihak ketiga di mana pendedahan oleh kami adalah untuk satu atau lebih Tujuan dan pihak ketiga sedemikian akan mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk satu atau lebih Tujuan.

 

13.2    Ini mungkin memerlukan, antara lain, pengkongsian maklumat statistik dan demografik mengenai Pengguna kami dan penggunaan Perkhidmatan oleh mereka dengan pembekal pengiklanan dan pengaturcaraan.

 

13.3    Untuk mengelakkan keraguaan, jika Undang-Undang Privasi atau mana-mana undang-undang yang berkaitan membenarkan organisasi seperti kami untuk mengumpul, menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda tanpa persetujuan anda, kebenaran yang diberi oleh undang-undang akan terus terpakai.

 

13.4    Pihak ketiga mungkin secara tidak sah memintas atau mengakses data peribadi yang dihantar atau terkandung di Platform, teknologi mungkin tidak berfungsi atau tidak berfungsi seperti yang dijangkakan, ataupun pihak ketiga mungkin mengakses dan menyalahgunakan maklumat yang tidak berpunca daripada kesilapan kami. Walau bagaimanapun kami akan mengamalkan peraturan keselamatan yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda seperti yang dikehendaki oleh Undang-undang Privasi; namun tidak ada jaminan keselamatan secara mutlak seperti dan tidak terhad kepada pendedahan yang tidak dibenarkan timbul akibat penggodaman yang berbahaya dan canggih oleh pengacau yang tidak berpunca daripada kesilapan kami.

 

 

14.    MAKLUMAT BERKAITAN KANAK-KANAK

 

Perkhidmatan ini tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Kami tidak secara sedar mengumpul atau menyimpan sebarang data peribadi atau maklumat yang tidak dapat dikenalpasti daripada sesiapa di bawah umur 13 tahun dan tidak ada mana-mana bahagian Platform kami atau Perkhidmatan lain yang ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 13. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila jangan membenarkan kanak-kanak di bawah jagaan anda menyerahkan data peribadi mereka kepada SeaMoney. Sekiranya data peribadi kanak-kanak di bawah umur 18 tahun dalam jagaan anda didedahkan kepada SeaMoney, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan data peribadi kanak-kanak tersebut serta menerima dan bersetuju untuk terikat di bawah Polisi ini bagi pihak kanak-kanak tersebut. Kami akan menutup mana-mana akaun yang digunakan secara eksklusif oleh kanak-kanak tersebut dan akan melupuskan dan/atau memadamkan mana-mana data peribadi yang kami percaya telah dikemukakan oleh kanak-kanak di bawah umur 18 tahun tanpa persetujuan ibu bapa.

 

 

15.    MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN OLEH PIHAK KETIGA

 

15.1    Platform kami menggunakan Google Analytics, sebuah perkhidmatan analisis laman sesawang yang disediakan oleh Google, Inc. ("Google"). Google Analytics menggunakan “cookies”, yang merupakan fail teks yang diletakkan pada peranti anda, untuk membantu Platform menganalisis bagaimana Pengguna menggunakan Platform. Maklumat yang dihasilkan oleh “cookies” tentang penggunaan anda di Platform (termasuk alamat IP anda) akan dihantar dan disimpan oleh Google di pelayan di Amerika Syarikat. Google akan menggunakan maklumat ini untuk tujuan menilai penggunaan anda di Platform, mengumpulkan laporan mengenai aktiviti laman sesawang untuk pengendali laman sesawang dan menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan aktiviti laman sesawamg dan penggunaan Internet. Google juga mungkin memindahkan maklumat ini kepada pihak ketiga jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau jika pihak ketiga tersebut memproses maklumat di pihak Google. Google tidak akan mengaitkan alamat IP anda dengan data lain yang dipegang oleh Google.

 

15.2    Kami, dan pihak ketiga, boleh dari semasa ke semasa menyediakan aplikasi perisian yang boleh dimuat turun untuk kegunaan anda di Platform atau melalui Perkhidmatan. Aplikasi ini boleh mengakses secara berasingan, dan membenarkan pihak ketiga melihat, maklumat yang boleh mengenalpasti anda, seperti nama anda, ID pengguna anda, alamat IP peranti anda atau maklumat lain seperti mana-mana “cookies” yang sebelum ini telah anda pasang atau yang dipasang oleh aplikasi perisian atau laman sesawang pihak ketiga. Di samping itu, aplikasi ini mungkin meminta anda untuk memberikan maklumat tambahan terus kepada pihak ketiga. Produk atau perkhidmatan pihak ketiga yang disediakan melalui aplikasi ini tidak dimiliki atau dikendalikan oleh SeaMoney. Anda digalakkan untuk membaca terma dan dasar lain yang diterbitkan oleh pihak ketiga tersebut di laman sesawang mereka atau sebaliknya.

 

 

16.    PENAFIAN BERKAITAN KESELAMATAN DAN LAMAN SESAWANG PIHAK KETIGA

 

16.1    KAMI TIDAK MENJAMIN KESELAMATAN DATA PERIBADI DAN / ATAU MAKLUMAT LAIN YANG ANDA BERIKAN KEPADA LAMAN SESAWANG PIHAK KETIGA. Kami melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk mengekalkan keselamatan data peribadi anda yang berada dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami. Data peribadi anda terkandung di rangkaian yang selamat dan hanya boleh diakses oleh beberapa orang yang mempunyai hak akses khusus untuk sistem tersebut, dan dikehendaki menyimpan data peribadi sulit. Apabila anda membuat pesanan atau mengakses data peribadi anda, kami menawarkan penggunaan server yang selamat. Semua data peribadi atau maklumat sensitif yang anda berikan dienkripsi ke pangkalan data kami untuk diakses hanya seperti yang dinyatakan di atas.

 

16.2    Dalam usaha untuk memberi anda nilai yang lebih tinggi, kami mungkin memilih pelbagai laman sesawang pihak ketiga untuk dipautkan, dan dibingkaikan dalam Platform ini. Kami juga mungkin mengambil bahagian dalam penjenamaan bersama dan hubungan lain untuk menawarkan e-dagang dan perkhidmatan dan ciri-ciri lain kepada pelawat kami. Laman sesawang yang terpaut ini mempunyai dasar privasi dan pengaturan keselamatan berasingan. Sekalipun pihak ketiga berafiliasi dengan kami, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman-laman yang dipaut ini, masing-masing mempunyai privasi dan cara pengumpulan data tersendiri dan yang berasingan dari kami. Data yang dikumpul oleh rakan kongsi bersama rakan kami atau laman sesawang pihak ketiga (walaupun ditawarkan pada atau melalui Platform kami) mungkin tidak diterima oleh kami.

 

16.3    Oleh itu, kami tidak mempunyai sebarang tanggungjawab atau liabiliti untuk kandungan, pengaturan keselamatan (atau kekurangannya) dan aktiviti-aktiviti laman-laman sesawang yang dipautkan. Laman-laman yang dipautkan ini hanya untuk kemudahan anda dan oleh itu anda mengaksesnya atas risiko anda sendiri. Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk melindungi integriti Platform kami dan pautan yang diberikan kepada setiap laman yang dipautkan dan oleh itu mengalu-alukan sebarang maklum balas mengenai laman-laman yang dipautkan (termasuk, tanpa batasan, jika pautan tertentu tidak berfungsi).

 

 

17.    ADAKAH SEAMONEY AKAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT ANDA KE LUAR NEGARA?

 

Data dan/atau maklumat peribadi anda mungkin akan dipindahkan, disimpan atau diproses di luar negara anda. Dalam kebanyakan kes, data peribadi anda akan diproses oleh kami di luar negara, di mana pelayan kami terletak. SeaMoney hanya akan memindahkan maklumat anda ke luar negara mengikut Undang-undang Privasi.

 

 

18.    BAGAIMANA ANDA BOLEH MENARIK BALIK KEBENARAN, MEMINTA AKSES KEPADA ATAU MEMBETULKAN MAKLUMAT YANG TELAH ANDA BERIKAN KEPADA KAMI?

 

18.1    Menarik balik Kebenaran

 

18.1.1    Untuk meminda langganan e-emel anda, sila memaklumkan kami dengan menghantar e-mel kepada kami di alamat yang dinyatakan di bawah. Sila ambil maklum disebabkan oleh jadual pengeluaran e-mel, anda mungkin masih menerima e-mel yang sudah berada dalam pengeluaran.

 

18.1.2    Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan data peribadi anda dalam simpanan kami atau di bawah kawalan kami dengan menghantar e-mel kepada alamat e-mel yang dinyatakan di bawah di Seksyen 19.2 dan kami akan proses permohonan sedemikian berasaskan Dasar Privasi ini dan kewajipan kami di bawah Undang-Undang Privasi dan undang-undang lain yang berkenaan.

 

18.1.3    Sebaik sahaja kami mempunyai arahan penarikan keluar anda yang jelas dan mengesahkan identiti anda, kami akan memproses permintaan anda untuk menarik balik kebenaran, dan selepas itu tidak akan mengumpul, menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda mengikut cara yang dinyatakan dalam perminataan anda. Jika kami tidak dapat mengesahkan identiti anda atau memahami arahan anda, kami akan berhubung dengan anda untuk memahami permohonan anda.

 

18.1.4    Walau bagaimanapun, penarikan balik kebenaran anda boleh mengakibatkan kesan undang-undang tertentu yang timbul daripada penarikan balik tersebut. Dalam hal ini, bergantung kepada tahap penarikan balik kebenaran anda untuk kami memproses data peribadi anda, ini mungkin bermakna bahawa kami tidak akan dapat meneruskan dengan pembekalan Perkhidmatan kepada anda, kami mungkin perlu menamatkan hubungan sedia ada dan/atau kontrak yang anda ada dengan kami dan sebagainya, meingkut mana-mana yang berkenaan, yang akan kami maklumkan kepada anda.

 

18.2    Meminta Akses kepada atau Membetulkan Data Peribadi

 

18.2.1    Jika anda mempunyai akaun dengan kami, anda boleh mengakses dan/atau membetulkan data peribadi anda yang kini ada dalam pemilikan atau kawalan kami melalui halaman Tetapan Akaun di Platform. Jika anda tidak mempunyai akaun dengan kami, anda boleh meminta untuk mengakses dan/atau membetulkan data peribadi anda yang pada masa ini dalam pemilikan atau kawalan kami dengan mengemukakan permintaan bertulis kepada kami. Kami akan memerlukan maklumat yang cukup dari anda untuk memastikan identiti anda serta butiran tentang permintaan anda untuk memproses permintaan anda. Oleh itu, sila hantarkan permintaan bertulis anda dengan menghantar e-mel kepada alamat e-mel yang dinyatakan di Seksyen 19.2.

 

18.2.2    Untuk permintaan untuk mengakses data peribadi, sebaik sahaja kami mempunyai maklumat yang mencukupi daripada anda untuk mengendali permintaan tersebut, kami akan berusaha untuk memberikan anda data peribadi yang berkaitan dalam masa 30 hari (atau, jika anda bermaustautin di Malaysia, 21 hari). Jika kami tidak dapat membalas anda dalam masa 30 hari tersebut (atau, jika anda bermaustautin di Malaysia, 21 hari), kami akan memaklumkan anda tentang masa yang secepat mungkin yang mana kami boleh memberikan anda maklumat yang diminta. Ambil perhatian bahawa Undang-Undang Privasi mungkin mengecualikan jenis data peribadi tertentu daripada tertakluk kepada permintaan akses anda.

 

18.2.3    Untuk permintaan untuk memperbetulkan data peribadi, sebaik sahaja kami mempunyai maklumat yang mencukupi daripada anda untuk mengendali permintaan tersebut, kami akan:

 

(a)    Memperbetulkan data peribadi anda dalam tempoh 30 hari (atau, jika anda bermaustautin di Malaysia, 21 hari). Di mana kami tidak boleh berbuat demikian dalam tempoh tersebut, kami akan memaklumkan anda dalam masa secepat mungkin yang boleh dilaksanakan untuk kami membuat pembetulan tersebut. Ambil perhatian bahawa Undang-Undang Privasi mungkin mengecualikan jenis data peribadi yang tertentu daripada tertakluk kepada permintaan pembetulan anda serta memperuntukkan situasi di mana pembetulan tidak perlu dilaksanakan oleh kami; dan

(b)    Menghantar data peribadi yang telah diperbetulkan kepada setiap organisasi lain yang mana data peribadi tersebut telah kami dedahkan dalam tempoh setahun sebelum tarikh pembetulan dibuat, melainkan organisasi lain itu tidak memerlukan data peribadi yang telah diperbetulkan untuk sebarang tujuan undang-undang atau perniagaan.

 

18.2.4    Tidak mengambil kira sub-perenggan (b) di atas, kami boleh, jika ada meminta sedemikian, menghantar data peribadi yang diperbetulkan hanya kepada organisasi yang tertentu yang mana data peribadi telah kami dedahkan dalam tempoh setahun sebelum tarikh pembetulan dibuat.

 

18.2.5    Kami juga akan/mungkin akan mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pengendalian dan pemprosesan permintaan anda untuk mengakses data peribadi anda. Sekiranya kami memilih untuk mengenakan bayaran, kami akan memberikan anggaran bertulis mengenai bayaran yang akan kami kenakan. Harap maklum bahawa kami tidak perlu membalas atau memproses permintaan akses anda melainkan anda telah bersetuju untuk membayar yuran membuat bayaran tersebut.

 

18.2.6    Kami merizabkan hak untuk menolak permintaan untuk membetulkan data peribadi anda berdasarkan peruntukan yang termaktub dalam Undang-undang Privasi, di mana mereka memerlukan dan/atau memberi hak kepada organisasi untuk menolak untuk membetulkan data peribadi dalam keadaan yang dinyatakan.

 

 

19.    SOALAN, KEBIMBANGAN ATAU ADUAN? HUBUNGI KAMI

 

19.1    Jika anda mempunyai soalan atau kerisauan berkenaan amalan privasi kami atau urusan anda dengan Perkhidmatan, sila hubungi kami.

 

19.2    Jika anda mempunyai sebarang aduan atau rungutan mengenai cara kami mengendalikan data peribadi anda atau tentang cara kami mematuhi Undang-undang Privasi, kami mengalu-alukan anda untuk menghubungi kami dengan aduan atau rungutan anda.

 

Sila hubungi kami berkenaan aduan atau rungutan anda di:

E-mel: dpo.my@seamoney.com atau

 

Sila hantar semua notis undang-undang ke Peguam Am di legal.my@shopee.com

 

19.3    Sekiranya ia adalah e-mel atau surat yang anda gunakan untuk menghantar aduan, petunjuk anda pada tajuk subjek bahawa ia adalah aduan Undang-undang Privasi akan membantu kami dalam mengendali aduan anda dengan cepat dengan menyampaikannya kepada kakitangan yang berkaitan dalam organisasi kami untuk mengendalikannya. Sebagai contoh, anda boleh memasukkan kepala subjek sebagai “Aduan Privasi”.

       

Kami pastinya akan berusaha untuk mengendali sebarang aduan atau rungutan yang mungkin anda alami dengan adil dan secepat mungkin.

 

 

20.    TERMA DAN SYARAT

 

Sila juga baca Syarat Perkhidmatan yang menetapkan penggunaan, pengecualian, dan had liability yang mengawal pengunaan Platform dan Perkhidmatan serta dasar lain yang berkaitan.

 

Tarikh dikemaskini: 10 Julai 2024

Was this article helpful?
Yes
No