English | Bahasa Malaysia
Pensijilan tersebut merujuk kepada pengesahan bahawa SPayLater mematuhi Syariah oleh Armanie's Advisory. Ini telah diberikan setelah pihak mereka menjalankan semakan menyeluruh terhadap SPayLater dan:
- Ciri-ciri
- Terma dan syarat (termasuk caj lewat)
- Model perniagaan
Pelanggan boleh menggunakan SPayLater dengan yakin kerana mereka telah memilih untuk menggunakan Pay Next Month yang mematuhi Syariah.
⚠️ Nota:
- Pengguna diingatkan untuk menggunakan perkhidmatan SPayLater semata-mata untuk tujuan yang patuh Syariah sahaja, termasuk, tetapi tidak terhad kepada pembelian barangan dan perkhidmatan yang patuh Syariah dan sebarang transaksi lain yang mungkin ditentukan oleh pihak kami dari semasa ke semasa.
- Pengguna diingatkan untuk tidak menggunakan Perkhidmatan SPayLater untuk sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, pembelian haram, pertaruhan dan/atau perjudian. Pengguna bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang penggunaan Perkhidmatan SPayLater yang tidak patuh Syariah.
SPayLater adalah perkhidmatan yang disediakan oleh SeaMoney Capital Malaysia Sdn Bhd.