Hi, how can we help?

[Pulangan Bayaran Balik] Bolehkah saya dapatkan bayaran balik jika pesanan saya tidak sampai?

English | Bahasa Malaysia

 

Untuk kes di mana status menunjukkan ‘Sudah Dihantar’ tetapi anda tidak menerima pesanan tersebut, anda boleh buat permohonan pulangan/bayaran balik.

 

Jika anda tidak menerima pesanan selepas tarikh anggaran penghantaran, anda boleh mohon bayaran balik.

 

Cara untuk mencari tarikh anggaran penghantaran pesanan anda

 

Langkah 1: Lancarkan aplikasi Shopee dan pergi ke tab ‘Saya’

Langkah 2: Tekan pada ‘Untuk Diterima’ dan tekan pada pesanan

Langkah 3: Anda boleh lihat tarikh anggaran penghantaran di bahagian atas pada halaman butiran pesanan

 

 

Apakah yang perlu saya lakukan setelah saya mohon bayaran balik?

 

Setelah anda mohon bayaran balik menggunakan alasan ‘Tidak menerima pesanan’, Shopee akan menyemak dan menjawab permohonan tersebut. Kami akan menerima permohonan bayaran balik secara terus atau menyerahkan kes itu kepada pasukan Dispute.

 

💡 Tip: Jika kes anda dibawa ke Pasukan Dispute, mereka akan menyelesaikan siasatan dalam tempoh masa 5 hari bekerja dari tarikh ia diserahkan. Pasukan Dispute kami mungkin akan meminta dokumen sokongan. Pastikan anda memberi maklum balas dalam tempoh masa yang ditetapkan untuk menerima bantuan yang sewajarnya dan mengelakkan pembatalan kes anda.

 

Apakah yang perlu saya lakukan jika saya tekan 'Pesanan Diterima' secara tidak sengaja?

 

Jika anda tekan pada ‘Pesanan Diterima’ secara tidak sengaja, tunggu sehingga tarikh anggaran penghantaran untuk menerima barang tersebut. Jika anda tidak menerima bungkusan selewat-lewatnya pada tarikh anggaran penghantaran, anda boleh buat permohonan Pulangan Bayaran Balik untuk bantuan selanjutnya.

 

💡 Tip: Anda boleh hubungi kurier yang ditetapkan untuk pesanan anda untuk mengetahui status bungkusan. Untuk maklumat lanjut, rujuk di sini.

Was this article helpful?
Yes
No