Hi, how can we help?

Returns & Refunds

Raising requests
Resolution
Disputes

[Pulangan Bayaran Balik] Apakah jenis produk yang tidak dibenarkan untuk Pulangan Fizikal?

English | Bahasa Malaysia

 

Barang yang diletakkan dalam kategori di bawah tidak boleh dipulangkan secara fizikal:

 

Jenis Barang

Produk

Barang Mudah Rosak

👉 Produk yang mempunyai jangka hayat yang lebih pendek dan akan rosak dengan cepat disebabkan faktor persekitaran (suhu, kelembapan).

Cth: hasil segar, kek, makanan bermasak, produk hidup, produk sejuk dan sejuk beku, tumbuhan hidup, dll.

• Makanan & Minuman > Makanan Segar & Beku

• Makanan & Minuman > Tenusu & Telur

• Makanan & Minuman > Bakeri

• Pengantaran Makanan

• Tumbuhan hidup

Kebersihan

👉 Barangan yang tidak sesuai untuk dipulangkan atas sebab perlindungan kesihatan atau kebersihan.

• Aksesori Fesyen > Aksesori Tambahan > Topeng

• Semua Pakaian Dalam > Pakaian Dalam

• Semua Pakaian Wanita > Pakaian Dalam 

• Pakaian Wanita > Pakaian Bersalin > Bra Kejururawatan

• Semua Pakaian Renang

• Sukan & Luaran > Pakaian  Sukan & Luaran > Bra Sukan

• Ibu & Bayi > Formula Susu & Makanan Bayi

Produk Digital

👉 Barangan maya yang tidak mempunyai produk fizikal untuk dihantar.

Cth. baucar perjalanan, tambah nilai mudah alih/permainan, perisian, waranti, pelan langganan dalam talian.

• Tiket, Baucar & Perkhidmatan

• 'Tawaran Berdekatan Saya'

 

Apakah proses bayaran balik untuk barang yang tidak boleh dipulangkan?

 

Shopee akan meminta bukti daripada pembeli dan penjual untuk barang yang tidak boleh dipulangkan. Kedua-dua pihak akan diberikan masa 1 hari kalender untuk memberi maklum balas.

 

  • Jika pembeli memberikan bukti dalam tempoh 1 hari kalender tetapi penjual terlepas tarikh tutup, Shopee akan membayar balik pembeli (jika bukti pembeli tersebut sah).
  • Penjual boleh membuat pertikaian dalam 3 hari kalendar dan memberikan bukti sahi untuk mendapatkan pampasan.
  • Jika bayaran balik adalah disebabkan oleh kesalahan penjual (item tidak dibungkus dengan baik/tidak menghantar kuantiti yang lengkap/menghantar barang yang salah), Shopee berhak untuk tidak memberi sebarang pampasan kepada penjual.

 

💡 Tip: Untuk barang yang tidak boleh dipulangkan, pembeli hanya akan melihat pilihan 'Bayaran Balik Sahaja' apabila mereka membuat permohonan Pulangan/Bayaran Balik.

 

Apakah perlu dibuat jika penjual masih inginkan barang yang tidak boleh dipulangkan kembali?

 

Pembeli tidak perlu menghantar barang yang tidak boleh dipulangkan kembali kepada penjual. Penjual boleh membuat rayuan kepada Khidmat Pelanggan atau pasukan Dispute kami untuk meminta pampasan dengan memberikan bukti yang sah.

 

Apakah tempoh masa tuntutan untuk pembeli membuat permohonan pulangan/bayaran balik untuk barang mudah rosak?

 

1. Shopee Supermarket

 

Shopee Supermarket membenarkan permohonan bayaran balik untuk barangan mudah rosak dalam tempoh 1 hari selepas penghantaran dan 2 hari dari tarikh status penjejakan pertama dikemas kini.

 

Sebarang permohonan yang dibuat selepas tempoh ini tidak akan dilayan kerana Shopee tidak akan dapat menilai keadaan barang tersebut. Rujuk di bawah untuk butiran lanjut:

 

Tempoh Masa Tuntutan

Barang Rosak/Salah

Dalam masa 1 hari dari tarikh penghantaran

Hilang/Salah Penghantaran

Dalam tempoh 2 hari dari tarikh penyerahan kepada rakan logistik

 

2. Produk mudah rosak yang lain (Bukan Shopee Supermarket)

 

Tempoh Masa Tuntutan

Barang Rosak/Salah/Tidak Berfungsi

Dalam masa 3 hari dari tarikh penghantaran

 

Was this article helpful?
Yes
No