Bahasa Malaysia | English
Resit Pesanan bertindak sebagai bukti pembayaran yang boleh anda muat turun menggunakan aplikasi Shopee atau laman web Shopee. Ikuti langkah-langkah di bawah untuk mengetahui cara memuat turun resit pesanan anda:
⚠️ Nota
- Butang 'Resit' hanya kelihatan apabila status pesanan ditandakan sebagai ‘Selesai.’
- Butang 'Resit' hanya kelihatan untuk pesanan yang dibuat mulai 2 Mei 2022.
- Pesanan yang telah Dipulangkan atau Dikembalikan tidak akan menghasilkan invois.
Laman Web Shopee

Langkah 1: Klik pada Nama Pengguna Profil anda
Langkah 2: Klik pada Pembelian Saya
Langkah 3: Pilih untuk melihat Butiran Pesanan
Langkah 4: Klik pada Lihat Resit
Langkah 5: Klik pada Resit Pesanan untuk memuat turun resit bagi pesanan anda
⚠️ Nota:
Resit akan dimuat turun dan disimpan ke peranti anda selepas mengikuti Langkah 5
Aplikasi Shopee

Langkah 1: Klik pada tab Saya
Langkah 2: Klik pada Lihat Sejarah Pembelian
Langkah 3: Pilih tab Diselesaikan dan pilih pesanan yang anda mahu semak resitnya
Langkah 4: Tatal ke bawah dan klik pada Lihat di tab Resit
Langkah 5: Klik pada "Send" untuk menerima resit pesanan anda melalui emel
⚠️ Nota:
- Pastikan Alamat Emel yang anda masukkan adalah sah untuk menerima Resit Pesanan melalui aplikasi.
- Butang Lihat Resit hanya akan kelihatan apabila status pesanan ditandakan sebagai Selesai.
- Pesanan yang telah Dipulangkan atau Dibayar Balik tidak akan menghasilkan Resit Pesanan.
Anda juga boleh belajar cara menjana e-invois untuk pesanan anda. Sila hubungi kami melalui saluran yang disediakan di bawah halaman ini jika anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut.