Hi, how can we help?

[Akaun Saya] Kenapa saya tidak dapat log masuk ke akaun Shopee saya?

Bahasa Malaysia | English
 
Alamak! Kami faham betapa mengecewakannya kehilangan akses ke akaun anda, tetapi jangan risau, kami akan pastikan akaun anda dipulihkan secepat mungkin supaya anda boleh kembali berbelanja di Shopee.

Berikut adalah beberapa sebab mengapa akaun anda disekat atau dibekukan:

Aktiviti Mencurigakan

Sistem kami secara automatik akan menyekat akaun anda jika terdapat sebarang aktiviti mencurigakan yang boleh membahayakan akaun dan keselamatan anda. Aktiviti mencurigakan termasuk:

  • Percubaan log masuk berulang kali ke akaun anda
  • Disyaki cubaan menggodam
  • Log masuk yang luar biasa atau menggunakan peranti baru
  • Perubahan kepada nama pengguna atau kata laluan anda
 
Pelanggaran Dasar Shopee

Pengguna yang melanggar satu atau lebih daripada dasar kami akan menghadapi sekatan akaun atau penggantungan tetap. Pelanggaran dasar Shopee termasuk:

  • Mengeksploitasi baucar dan/atau promosi
  • Menyertai penipuan
  • Menjana pesanan palsu
  • Aktiviti penipuan lain

Ketahui lebih lanjut mengenai Terma Perkhidmatan Shopee untuk lebih memahami cara mengelakkan pelanggaran dasar.

Bagaimana untuk memulihkan akaun anda? 🔓
 
Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Copy of Case Tracker 2  (8).gif
Jika anda mendapati akaun anda disekat kerana aktiviti mencurigakan atau tidak melanggar mana-mana dasar Shopee, ikuti langkah-langkah di bawah untuk memulihkan akaun anda.

Langkah 1: Pergi ke tab Saya
Langkah 2: Klik pada Chat bersama Shopee
Langkah 3: Taip Live Agent
Langkah 4: Klik pada Chat with agent
Langkah 5: Pilih topik sebagai Account and Security
Langkah 6: Anda akan diarahkan kepada ejen sembang langsung
Langkah 7: Bersedia untuk menghantar dokumen sokongan berikut jika diminta:

  • Gambar kad pengenalan anda
  • Selfie sambil memegang IC anda
  • Salinan penyata bank terkini
  • Tangkapan skrin mesej ralat log masuk

⚠️ Nota:

Sila ingat untuk memilih Account and Security sebagai jenis pertanyaan untuk diarahkan kepada ejen sembang langsung Shopee.
Was this article helpful?
Yes
No