Hi, how can we help?

General

Shopee Account
Shopee App (Android/iOS)
Shopee Desktop
Guidelines
Policies
Resources
Buying Safely
Additional Services

Dasar Privasi ShopeePay

English | Bahasa Malaysia


DASAR PRIVASI


1. PENGENALAN


1.1 Selamat datang ke ShopeePay yang diuruskan oleh ShopeePay Pte. Ltd. dan mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitan dengannya (secara individu dan secara kolektifnya dikenali sebagai “Shopee” atau “kami”). Shopee mengambil tanggungjawabnya di bawah undang-undang dan peraturan privasi yang sah (“Undang-undang Privasi”) secara serius dan kami komited untuk menghormati hak privasi semua Pelanggan laman web dan aplikasi mudah alih (“Laman”) (secara kolektifnya, Laman dan perkhidmatan kami seperti yang diterangkan di dalam Laman kami dirujuk sebagai "Perkhidmatan"). Pengguna merujuk kepada pengguna yang mendaftar akaun dengan kami untuk kegunaan Perkhidmatan termasuk penjual dan pembeli (secara individu kolektifnya, “Pengguna” atau “anda”). Kami mengakui kepentingan data peribadi anda dan kepercayaan yang telah diberikan oleh anda kepada kami untuk mengurus, melindungi dan memproses data peribadi anda. Dasar Privasi ini ("Dasar Privasi" atau "Dasar") direka untuk memaklumkan kepada anda bagaimana kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi yang anda berikan kepada kami dan/atau kami miliki pada masa sekarang atau masa depan, serta membantu anda dalam membuat keputusan yang tepat sebelum memberikan kami data peribadi anda.  1.2 "Data Peribadi" atau "data peribadi" bermaksud data, sama ada benar atau tidak, mengenai individu yang boleh dikenalpasti daripada data tersebut, atau daripada data dan maklumat lain di mana sesebuah organisasi mempunyai akses atau kemungkinan mempunyai akses. Contoh data peribadi tersebut adalah nama, nombor kad pengenalan serta maklumat perhubungan. 1.3 Dengan menggunakan Perkhidmatan, mendaftar akaun dengan kami, melawat Laman kami, atau mengakses Perkhidmatan, anda mengakui dan bersetuju  bahawa anda menerima amalan, keperluan dan/atau dasar yang dikemukakan dalam Dasar Privasi ini, dan dengan ini anda bersetuju untuk kami mengumpul , menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi anda seperti yang diterangkan di sini. JIKA ANDA TIDAK SETUJU DENGAN PEMPROSESAN DATA PERIBADI ANDA SEPERTI DIHURAIKAN DALAM DASAR PRIVASI INI, SILA JANGAN MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN KAMI ATAU MENGAKSES LAMAN KAMI. Kami akan memberitahu anda jika terdapat perubahan atau pemindaan pada Dasar Privasi kami, termasuk menyiarkan perubahan atau pemindaan tersebut di Laman kami. Kami berhak untuk meminda Dasar Privasi ini pada bila-bila masa. Sejauh mana yang dibenarkan di bawah undang-undang yang terpakai, penggunaan Perkhidmatan atau Laman anda secara berterusan termasuk membuat pesanan merupakan pengakuan dan penerimaan anda terhadap perubahan yang dibuat pada Dasar Privasi ini. 1.4 Dasar Privasi ini terpakai bersama notis-notis, klausa kontrak, klausa persetujuan lain yang berkaitan dengan pengumpulan, penyimpanan, penggunaan pendedahan dan/atau pemprosesan data peribadi anda oleh kami dan tidak bertujuan untuk menolak notis atau klausa tersebut melainkan kami menyatakan sebaliknya. 1.5 Dasar Privasi ini terpakai untuk pembeli dan penjual yang menggunakan Perkhidmatan kecuali yang dinyatakan sebaliknya.

2. BILAKAH SHOPEE AKAN MENGUMPULKAN DATA PERIBADI? 


2.1 Kami akan/mungkin mengumpul data peribadi anda:

  1. apabila anda mendaftar dan/atau menggunakan Perkhidmatan atau Laman kami atau membuka akaun dengan kami;
  2. apabila anda menghantar apa-apa borang, termasuk, tetapi tidak terhad kepada, borang permohonan atau borang lain yang berkaitan dengan produk dan perkhidmatan kami, sama ada secara talian atau melalui bentuk fizikal;
  3. apabila anda membuat perjanjian dengan kami atau memberikan dokumentasi atau maklumat lain berkenaan dengan interaksi anda dengan kami, atau apabila anda menggunakan produk dan perkhidmatan kami;
  4. Apabila anda berinteraksi dengan kami melalui panggilan telefon (yang mungkin dirakam), surat-menyurat, faks, pertemuan bersemuka, laman media sosial dan e-mel, termasuk apabila anda berinteraksi dengan ejen perkhidmatan pelanggan kami;
  5. apabila anda menggunakan perkhidmatan elektronik kami, atau berinteraksi dengan kami menerusi aplikasi atau perkhidmatan kami di Laman kami. Ini termasuk, tanpa had, melalui “cookies” yang boleh kami gunakan apabila anda berinteraksi dengan menggunakan aplikasi atau laman web kami;
  6. Apabila anda memberi keizinan pada peranti anda untuk berkongsi maklumat dengan aplikasi atau Laman kami.
  7. Apabila anda menghubungkan akaun Shopee anda dengan laman media sosial atau akaun luaran lain atau menggunakan ciri-ciri laman media sosial lain yang bersesuaian dengan dasar penyedia tersebut;
  8. apabila anda melakukan transaksi melalui Perkhidmatan kami; 
  9. apabila anda memberikan maklum balas atau aduan kepada kami;
  10. apabila anda mendaftar untuk pertandingan; atau
  11. apabila anda menyerahkan data peribadi anda kepada kami untuk apa-apa sebab.


Contoh-contoh di atas tidak merangkumi kesemua situasi dan merupakan contoh biasa bagaimana data peribadi anda boleh dikumpulkan.


3.  APAKAH DATA PERIBADI AKAN DIKUMPUL OLEH SHOPEE? 


3.1 Data peribadi yang boleh dikumpul oleh Shopee termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. nama;
  2. alamat emel;
  3. tarikh lahir;
  4. Alamat bil dan/atau alamat penghantaran;
  5. Akaun bank dan maklumat pembayaran;
  6. Nombor telefon;
  7. Jantina;
  8. maklumat yang dihantar oleh atau berkaitan dengan peranti-peranti yang digunakan untuk mengakses Perkhidmatan atau Laman kami;
  9. Maklumat berkaitan rangkaian, orang dan akaun yang anda berinteraksi;
  10. Gambar, audio atau rakaman video yang anda berkongsi dengan kami;
  11. Pengenalan diri yang dikeluarkan oleh kerajaan atau maklumat yang diperlukan bagi usaha wajar (‘due diligence’), mengenali pelanggan (‘know your customer’), verifikasi identiti atau bagi tujuan mengelakkan penipuan;
  12. Pemasaran dan komunikasi data seperti keutamaan dalam menerima pemasaran daripada kami dan pihak ketiga, keutamaan komunikasi dan sejarah komunikasi bersama kami, penyedia perkhidmatan kami dan pihak ketiga yang lain;
  13. Penggunaan dan data transaksi, termasuk butiran carian, pesanan, pengiklanan dan kandungan interaksi anda dengan Laman kami dan produk dan perkhidmatan lain berkaitan anda;
  14. data lokasi;
  15. apa-apa maklumat lain mengenai Pengguna apabila Pengguna menandatangani untuk menggunakan Perkhidmatan atau Laman kami dan apabila Pengguna menggunakan Perkhidmatan atau Laman serta maklumat yang berkaitan dengan cara Pengguna menggunakan Perkhidmatan atau Laman; dan
  16. data agregat pada kandungan yang digunakan oleh Pengguna.


3.2 Anda bersetuju tidak menghantar maklumat yang tidak tepat atau mengelirukan kepada kami dan anda juga bersetuju untuk memberitahu kami jika maklumat tersebut tidak tepat atau telah diubah. Kami menyimpan hak dalam budibicara kami untuk memohon maklumat selanjutnya untuk mengesahkan maklumat yang anda beri. 


3.3 Jika anda menandatangani untuk menjadi pengguna Platform kami dengan akaun media social anda (“Akaun Media Sosial”), menghubungkan akaun Shopee anda dengan Akaun Media Sosial anda atau menggunakan ciri-ciri sosial media Shopee, kami mungkin mengakses maklumat yang telah anda beri secara sukarela kepada penyedia Akaun Sosial Media selaras dengan dasar penyedia tersebut dan kami akan mengurus dan pada setiap masa menggunakan maklumat peribadi tersebut selaras dengan Dasar ini.


3.4 Sekiranya anda tidak mahu kami mengumpul data / data peribadi seperti yang dinyatakan di atas, anda boleh memilih keluar (‘opt out’) pada bila-bila masa dengan memberitahu Pegawai Perlindungan Data kami secara bertulis. Maklumat lanjut tentang memilih keluar boleh didapati di bahagian di bawah bertajuk "Bagaimanakah anda boleh menarikbalik kebenaran, meminta akses kepada atau membetulkan maklumat yang telah anda berikan kepada kami?". Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa pemilihan anda untuk keluar atau menarikbalik kebenaran anda untuk kami mengumpul, menggunakan atau memproses data peribadi anda mungkin menjejaskan penggunaan Perkhidmatan dan Laman anda. Sebagai contoh, memilih keluar daripada pengumpulan maklumat lokasi akan menyebabkan ciri berdasarkan lokasinya dimatikan.


4. PENGUMPULAN DATA LAIN


4.1 Seperti kebanyakan laman web dan aplikasi mudah alih, alat anda akan menghantar maklumat yang mungkin termasuk data tentang anda yang akan dilog oleh pelayan web apabila anda melayari Laman kami. Ini biasanya termasuk tanpa batasan alamat Internet Protocol (IP) komputer anda, sistem operasi dan jenis pelayar alat komputer / mudah alih, jenis peranti mudah alih, sifat peranti mudah alih, ‘unique device identifier’ (UDID) atau ‘mobile equipment identifier’ (‘MEID’) untuk peranti mudah alih anda,  halaman web yang merujuk (jika ada), halaman dan masa yang anda lawati laman dan aplikasi mudah alih kami dan kadang-kadang suatu "cookie" (yang boleh dilumpuhkan menggunakan pilihan pelayar anda) untuk membantu laman web ingat lawatan terakhir anda. Jika anda log masuk, maklumat ini dikaitkan dengan akaun peribadi anda. Maklumat ini juga termasuk dalam statistik tanpa nama untuk membolehkan kita memahami bagaimana pengunjung menggunakan laman web kami.


4.2 Aplikasi mudah alih kami mungkin mengumpul maklumat tepat mengenai lokasi peranti mudah alih anda menggunakan teknologi seperti GPS, Wi-Fi dan lain-lain. Kami mengumpul, mengguna, mendedahkan dan/atau memproses maklumat ini untuk satu atau lebih Tujuan termasuk tanpa had perkhidmatan lokasi-khusus yang anda pohon atau untuk menghantar kandungan yang berkaitan kepada anda berdasarkan lokasi anda atau membenarkan anda berkongsi lokasi anda dengan Pengguna lain bersama perkhidmatan aplikasi mudah alih kami. Untuk kebanyakan peranti mudah alih, anda boleh menarikbalik kebenaran yang anda beri kepada kami untuk mendapatkan maklumat berkenaan lokasi anda melalui fungsi tetapan peranti (‘mobile settings’). Jika anda mempunyai soalan mengenai cara melumpuhkan perkhidmatan lokasi peranti mudah alih anda, sila hubungi penyedia perkhidmatan peranti mudah alih atau pembuat peranti anda. 


4.3 Semasa anda melawat sesuatu halaman web pada laman atau aplikasi mudah alih kami, semasa anda melihat kandungan dan iklan dan mengakses perisian lain dalam Platform atau melalui Perkhidmatan, kebanyakan maklumat yang sama akan dihantar kepada kami (termasuk tanpa had, Alamat IP, sistem operasi dan sebagainya) tetapi sebagai ganti kunjungan halaman, peranti anda menghantar maklumat kepada kami mengenai kandungan, iklan yang dilihat dan/atau perisian yang dipasang oleh Perkhidmatan dan Platform dan masa.   


5. COOKIES


5.1 Kami atau penyedia perkhidmatan dan rakan pengiklanan kami yang sah dari semasa ke semasa melaksanakan "cookies" atau ciri lain untuk membolehkan kami atau pihak ketiga mengumpul atau berkongsi maklumat yang berkaitan dengan penggunaan anda atas Perkhidmatan atau Laman kami. Ciri-ciri ini membantu kami mempertingkatkan Laman dan Perkhidmatan kami yang desediakan, membantu kami menyediakan perkhidmatan dan ciri-ciri baru dan/atau membolehkan kami dan rakan pengiklanan kami untuk menyediakan kandungan yang berkaitan kepada anda, termasuk melalui pemasaran semula. “Cookies” adalah pengenal yang disimpan di dalam computer atau peranti mudah alih anda yang merekodkan data mengenai computer atau peranti, bagaimana dan bila Perkhidmatan atau Laman digunakan atau dilawati, oleh berapa orang dan aktiviti lain dalam Laman kami. Kami boleh menghubungkan maklumat “cookies” kepada data peribadi. “Cookies” juga menghubungkan ke maklumat mengenai item apa yang telah anda pilih untuk pembelian dan halaman web yang telah anda lihat. Maklumat ini digunakan untuk menjejaki troli beli-belah anda, untuk memberikan kandungan spesifik kepada minat anda, untuk membolehkan rakan pengiklanan pihak ketiga kami untuk mengiklankan di laman web di internet, dan untuk melakukan analisis data dan memantau penggunaan Perkhidmatan.


5.2 Anda boleh menolak penggunaan “cookies” dengan memilih tetapan yang sesuai pada pelayan web atau peranti anda. Walau bagaimanapun, sila ambil perhatian bahawa jika anda melakukan ini, anda mungkin tidak dapat menggunakan fungsi penuh Laman atau Perkhidmatan kami.


6. BAGAIMANA KAMI MENGGUNAKAN MAKLUMAT YANG ANDA BERIKAN?


6.1 Kami mungkin mengumpul, menggunakan, mendedahkan dan/atau memproses data peribadi anda untuk satu atau lebih tujuan berikut:

  1. untuk mempertimbangkan dan/atau memproses permohonan/transaksi anda dengan kami atau transaksi atau komunikasi anda dengan pihak ketiga melalui Perkhidmatan;
  2. untuk mengurus, mengendali, menyediakan dan/atau mentadbir penggunaan dan/atau akses anda kepada Perkhidmatan kami dan Laman kami (termasuk tanpa had mengingati pilihan anda), serta hubungan dan akaun pengguna anda dengan kami;
  3. untuk bertindak balas, memproses, mengurus atau menyelesaikan transaksi dan/atau memenuhi permintaan anda untuk produk dan perkhidmatan tertentu dan memaklumkan kepada anda tentang isu-isu perkhidmatan dan tindakan akaun yang luar biasa;
  4. untuk menguatkuasakan Syarat Perkhidmatan kami atau mana-mana perjanjian lesen pengguna akhir yang berkenaan;
  5. untuk melindungi keselamatan diri dan hak-hak, harta atau keselamatan orang lain;
  6. untuk mengenalpasti, mengesahkan, usaha wajar, atau mengenali tujuan pelanggan;
  7. untuk mengekalkan dan mentadbir sebarang kemas kini perisian dan/atau kemas kini dan sokongan lain yang mungkin diperlukan dari semasa ke semasa untuk memastikan kelancaran Perkhidmatan kami;
  8. untuk mengurus atau memudahkan perkhidmatan pelanggan, menjalankan arahan anda, berurusan dengan atau menjawab apa-apa pertanyaan yang diberikan oleh (atau kononnya diberikan oleh) anda atau bagi pihak anda;
  9. untuk menghubungi anda atau berkomunikasi dengan anda melalui panggilan suara, mesej teks dan/atau mesej faks, e-mel dan/atau mel pos atau sebaliknya untuk tujuan mentadbirkan dan/atau menguruskan hubungan anda dengan kami atau penggunaan Perkhidmatan kami, seperti tetapi tidak terhad kepada menyampaikan maklumat pentadbiran kepada anda yang berkaitan dengan Perkhidmatan kami. Anda mengakui dan bersetuju bahawa komunikasi sedemikian oleh kami boleh melalui surat-menyurat, dokumen atau notis kepada anda, yang mungkin melibatkan pendedahan data peribadi tertentu mengenai anda untuk menghasilkan penyampaian tersebut serta pada penutup luaran sampul/pakej mel;
  10. untuk membenarkan pengguna lain berinteraksi, berhubung dengan anda atau melihat aktiviti anda di Laman, termasuk memaklumkan kepada anda apabila Pengguna lain menghantar mesej peribadi, menyiarkan komen untuk anda di Laman; atau menghubungkan anda dengan menggunakan ciri-ciri sosial di Laman;
  11. untuk menjalankan aktiviti penyelidikan, analisis dan pembangunan (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, analitik data, tinjauan, pembangunan produk dan perkhidmatan dan/atau profil), untuk menganalisis bagaimana anda menggunakan Perkhidmatan kami, untuk mengesyorkan produk dan/atau perkhidmatan berkaitan dengan minat anda, untuk meningkatkan Perkhidmatan atau produk kami dan/atau untuk meningkatkan pengalaman pelanggan anda;
  12. untuk membolehkan audit dan kaji selidik untuk, antara lain, mengesahkan saiz dan komposisi penonton sasaran kami, dan memahami pengalaman mereka dengan Perkhidmatan Pembeli;
  13. untuk pemasaran dan pengiklanan, dan dalam hal ini menghantar kepada anda melalui pelbagai mod dan medium komunikasi maklumat dan bahan pemasaran dan promosi berkaitan dengan produk dan perkhidmatan (termasuk, tanpa batasan, produk dan/atau perkhidmatan pihak ketiga yang mungkin bekerjasama dengan Shopee) yang Shopee (dan/atau sekutunya atau syarikat yang berkaitan) boleh menjual, memasarkan atau mempromosikan, sama ada produk atau perkhidmatan yang wujud sekarang atau dicipta pada masa akan datang. Anda boleh berhenti melanggan kepada maklumat pemasaran pada bila-bila masa dengan menggunakan fungsi berhenti melanggan dalam bahan pengiklanan elektronik. Kami mungkin akan menggunakan maklumat hubungan anda untuk menghantar bulletin atau bahan pemasaran daripada kami dan syarikat kami yang berkaitan;
  14. untuk bertindak balas terhadap proses perundangan atau mematuhi atau sebagaimana yang dikehendaki oleh mana-mana undang-undang yang terpakai, kehendak kerajaan atau pengawalseliaan mana-mana bidangkuasa yang berkaitan, atau di mana kami percaya  bahawa sesuatu pendedahan diperlukan, termasuk tanpa batasan, memenuhi keperluan untuk membuat penzahiran di bawah kehendak mana-mana undang-undang yang mengikat pada Shopee atau mengenai syarikat atau mana-mana syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitan dengannya (termasuk, jika berkenaan, dengan memaparkan nama, maklumat hubungan dan maklumat syarikat anda);
  15. untuk menghasilkan statistik dan penyelidikan untuk laporan dalaman dan undang-undang dan/atau keperluan penyimpanan rekod;
  16. untuk menjalankan usaha wajar atau aktiviti pemeriksaan lain (termasuk, tanpa batasan, pemeriksaan latar belakang) mengikut kewajipan undang-undang atau kawal selia atau prosedur pengurusan risiko yang mungkin diperlukan oleh undang-undang atau yang mungkin telah disediakan oleh kami;
  17. untuk mengaudit Perkhidmatan atau perniagaan Shopee;
  18. untuk mencegah atau menyiasat sebarang aktiviti yang menyalahi undang-undang penipuan, peninggalan atau salah laku, meskipun sebenar atau disyaki, sama ada berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan kami atau apa-apa perkara lain yang timbul daripada hubungan anda dengan kami; 
  19. untuk bertindak balas kepada apa-apa ancaman atau tuntutan terhadap Shopee atau lain-lain tuntutan yang melanggar mana-mana Kandungan dan hak pihak ketiga;
  20. menyimpan, menganjurkan, menyandarkan (sama ada untuk pemulihan bencana atau sebaliknya) data peribadi anda, sama ada di dalam atau di luar bidang kuasa anda;
  21. untuk mengurus dan/atau memudahkan transaksi aset perniagaan atau transaksi aset perniagaan yang berpotensi, di mana transaksi tersebut melibatkan Shopee sebagai peserta atau hanya melibatkan perbadanan atau sekutu Shopee sebagai peserta atau melibatkan Shopee dan/atau mana-mana satu atau lebih syarikat pegangan, subsidiari atau berkaitan dengan Shopee sebagai peserta, dan mungkin terdapat organisasi pihak ketiga yang lain yang terlibat dalam transaksi tersebut. "Urus niaga perniagaan" merujuk kepada pembelian, penjualan, pajakan, penggabungan atau sebarang pengambilalihan, pelupusan atau pembiayaan lain organisasi atau sebahagian organisasi atau mana-mana perniagaan atau aset sesuatu organisasi; dan/atau
  22. apa-apa maksud lain yang kami memaklumkan kepada anda semasa mendapatkan persetujuan anda 


(secara kolektif, "Tujuan").


6.2 Anda mengakui, memberi kebenaran dan bersetuju bahawa Shopee boleh mengakses, memelihara dan mendedah maklumat dan Kandungan Akaun anda jika diperlukan di bawah undang-undang atau menurut perintah mahkamah atau dari pihak kerajaan atau penyelia yang mempunyai bidangkuasa atas Shopee atau dalam kepercayaan benar (‘good faith’) bahawa akses, pemeliharaan atau pendedahan tersebut merupakan keperluan munasabah untuk: (a) mematuhi proses undang-unang; (b) mematuhi permintaan mana-mana pihak kerajaan atau penyelia yang mempunyai bidangkuasa atas Shopee; (c) menguatkuasakan Terma dan Syarat Shopee atau Dasar Privasi ini; (d) menjawab kepada sesuatu tuntutan yang diancam atau sebenar yang dituntut atas Shopee atau tuntutan lain bahawa Kandungan melanggari hak pihak ketiga; (e) menjawab permintaan anda untuk perkhidmatan pelanggan; atau (f) melindungi hak, harta atau keselamatan persendirian Shopee, penggunanya dan/atau orang awam.


6.3 Oleh sebab tujuan yang akan/atau mungkin kami mengumpul, menggunakan, mendedahkan atau memproses data peribadi anda bergantung pada keadaan sedia ada, tujuan tersebut mungkin tidak dinyatakan di atas. Walau bagaimanapun, kami akan memaklumkan anda jika terdapat tujuan lain semasa mendapatkan persetujuan anda, melainkan jika pemprosesan data tanpa persetujuan anda adalah diperuntukkan oleh Undang-undang Privasi.


7. BAGAIMANAKAH SHOPEE MELINDUNGI DAN MENYIMPAN MAKLUMAT PENGGUNA?


7.1 Kami melaksanakan pelbagai langkah keselamatan dan berusaha memastikan keselamatan data peribadi anda dalam sistem kami. Data peribadi pengguna terkandung di belakang rangkaian yang terjamin dan hanya boleh diakses oleh sebilangan pekerja yang terhad yang mempunyai hak akses khusus untuk sistem tersebut. Namun, keselamatan mutlak tidak dapat dijamin.


7.2 Kami akan menyimpan data peribadi mengikut Undang-undang Privasi dan/atau undang-undang lain yang terpakai. Iaitu, kami akan memusnahkan atau menanggalkan-nama (“anonymize”) data peribadi anda setelah mengandaikan secara munasabah bahawa (i) tujuan yang mana data peribadi itu dikumpulkan tidak lagi dicapai oleh penyimpanan data peribadi itu; (ii) penyimpanan tidak lagi diperlukan untuk sebarang tujuan undang-undang atau perniagaan; dan (iii) tidak ada kepentingan sah yang mewajarkan penyimpanan lanjut data peribadi tersebut. Jika anda berhenti menggunakan Laman ini, atau kebenaran anda untuk menggunakan Laman dan/atau Perkhidmatan ditamatkan atau ditarikbalik, kami boleh terus menyimpan, menggunakan dan/atau mendedahkan data peribadi anda mengikut Dasar Privasi ini dan kewajipan kami di bawah Undang-undang Privasi. Tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, kami boleh melupuskan data peribadi anda dengan selamat tanpa memberi notis terlebih dahulu kepada anda.


8. ADAKAH SHOPEE AKAN MENDEDAHKAN MAKLUMAT YANG DIKUMPUL DARIPADA PELAWAT KEPADA PIHAK LUAR?


8.1 Dalam menjalankan perniagaan kami, kami akan/mungkin perlu mendedahkan data peribadi anda kepada penyedia perkhidmatan pihak ketiga kami, ejen dan/atau sekutu kami atau syarikat berkaitan, dan/atau pihak ketiga lain, sama ada bertempat di Malaysia atau di luar Malaysia, untuk satu atau lebih Tujuan yang dinyatakan di atas. Penyedia perkhidmatan pihak ketiga atau ejen dan/atau sekutu atau syarikat berkaitan dan/atau pihak ketiga lain akan memproses data peribadi anda sama ada bagi pihak kami atau sebaliknya, untuk satu atau lebih Tujuan seperti yang dinyatakan di atas. Pihak ketiga tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada:

  1. syarikat subsidiari, syarikat sekutu dan syarikat berkaitan kami;
  2. pembeli atau penjual yang anda lakukan transaksi atau berinteraksi melalui Laman atau berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan anda bagi Tujuan yang dinyatakan di atas;
  3. pengguna lain di Laman kami untuk satu atau lebih Tujuan yang dinyatakan di atas;
  4. kontraktor, ejen, penyedia perkhidmatan dan pihak ketiga yang lain yang yang kami gunakan untuk menyokong perniagaan kami. Ini termasuk tetapi tidak terhad kepada pihak yang menyediakan pentadbiran atau perkhidmatan lain kepada kami seperti rumah mel, perkhidmatan penyedia logistic, perkhidmatan penyedia kewangan, rakan pengiklanan dan pemasaran kami, syarikat telekomunikasi, syarikat teknologi maklumat dan pusat data;
  5. pihak kerajaan atau pihak berkuasa yang mempunyai bidang kuasa ke atas Shopee atau sebaliknya dibenarkan seperti yang dinyatakan di bawah Seksyen 6.2;
  6. pembeli atau pengganti lain sekiranya berlaku penggabungan, penyahgaraman, penyusunan semula, pembubaran atau penjualan atau pemindahan kesemua atau sebahagian daripada aset Shopee, sama ada sebagai usaha berterusan atau sebagai sebahagian daripada kebankrapan, pembubaran atau prosiding yang serupa, di mana data peribadi yang dipegang oleh Shopee tentang Pengguna Perkhidmatan kami adalah antara aset yang dipindahkan; atau kepada rakan niaga dalam urusniaga aset perniagaan yang Shopee atau mana-mana sekutunya atau syarikat berkaitan yang terlibat; dan
  7. pihak ketiga di mana pendedahan oleh kami adalah untuk satu atau lebih Tujuan dan pihak ketiga tersebut akan mengumpul dan memproses data peribadi anda untuk satu atau lebih Tujuan


8.2  Kami mungkin akan berkongsi maklumat pengguna, termasuk maklumat statistik dan demografik, mengenai Pengguna kami dan maklumat berkenaan penggunaan Perkhidmatan mereka dengan rakan pengiklanan dan pembekal iklan pihak ketiga, pemasaran semula dan/atau lain-lain pengaturcaraan.


8.3 Untuk mengelakkan keraguan, sekiranya Undang-undang Privasi atau undang-undang lain yang berkaitan membenarkan organisasi seperti kami mengumpul, menggunakan atau mendedahkan data peribadi anda tanpa persetujuan anda, kebenaran yang diberikan oleh undang-undang akan terus terpakai. Selaras dengan perkara di atas dan tertakluk kepada undang-undang yang terpakai, kami mungkin akan menggunakan data peribadi anda untuk alasan undang-undang yang diiktiraf, termasuk untuk mematuhi kewajipan undang-undang kami, melaksanakan kontrak kami bersama anda, untuk mencapai minat yang sah dan atas alasan penggunaan kami melebihi prasangka ke atas hak perlindungan data anda, atau berkaitan dengan tuntutan undang-undang jika perlu.


8.4 Pihak ketiga boleh secara salah memintas atau mengakses data peribadi yang dihantar atau maklumat yang terkandung di dalam laman web ini, teknologi mungkin tidak berfungsi atau tidak berfungsi seperti yang dijangkakan, ataupun pihak ketiga yang tidak mempunyai kebenaran mungkin mengakses dan menyalahgunakan maklumat yang tidak berpunca daripada kesilapan kami. Walau bagaimanapun kami akan mengamalkan peraturan keselamatan yang munasabah untuk melindungi data peribadi anda seperti yang dikehendaki oleh Undang-undang Privasi; namun kami tidak boleh menjamin keselamatan mutlak seperti dan tidak terhad kepada pendedahan yang tidak dibenarkan yang timbul akibat penggodaman yang canggih dan berniat jahat yang tidak berpunca daripada kesilapan kami.


8.5 Sebagai yang dinyatakan di dalam Syarat Perkhidmatan Shopee, pengguna yang mempunyai data peribadi Pengguna lain melalui penggunaan Perkhidmatan (“Pihak Penerima’) dengan ini bersetuju bahawa mereka (i) akan mematuhi semua undang-undang perlindungan data peribadi berkenaan dengan data tersebut; (ii) membenarkan Pengguna yang data peribadinya telah dikumpulkan oleh Pihak Penerima (“Pihak Pendedah”) untuk membuang data mereka yang telah dikumpulkan dari pengkalan data Pihak Penerima; dan (iii) membenarkan Pihak Pendedah untuk mengkaji semula maklumat yang telah dikumpulkan mengenai mereka oleh Pihak Penerima, dalam kes (ii) dan (iii) di atas, secara mematuhi dan seperti yang dikehendaki oleh undang-undang terpakai.


8.6 Walau apa pun yang dinyatakan di sini, Pengguna yang menerima data Pengguna lain berkaitan dengan penggunaan Perkhidmatan mereka hendaklah mematuhi Undang-undang Privasi yang berkenaan dan, berkenaan dengan mana-mana data peribadi Pihak Pendedah yang diterima daripada Shopee, (i) tidak dibenarkan untuk menggunakan data peribadi kecuali jika terdapat keperluan munasabah untuk bertindak balas untuk melaksankan proses tindak balas, memproses, berurusan atau melengkapkan transaksi, kecuali atas persetujuan bertulis Pihak Pendedah dan Shopee sebelumnya; (ii) haruslah mengelakkan daripada menghubungi Pengguna menggunakan maklumat di luar laman Shopee; (iii) tidak dibenarkan untuk mendedahkan data peribadi Pihak Pendedah tersebut kepada mana-mana pihak ketiga yang tidak dibenarkan tanpa kebenaran bertulis pihak Pendedah dan Shopee terlebih dahulu; (iv) hendaklah menggunakan langkah keselamatan yang mencukupi untuk melindungi setiap data peribadi Pengguna Shopee dalam kepunyaan mereka dan untuk memadam data tersebut secepat mungkin setelah selesai transaksi; dan (v) untuk memaklumkan Pegawai Perlindungan Data Peribadi Shopee di dpo.my@shopee.com sekiranya terdapat sebarang kemungkinan pelanggaran data atau kehilangan data Pengguna lain. 


9. MAKLUMAT KANAK-KANAK


9.1 Perkhidmatan ini tidak ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 13 tahun. Kami tidak secara sedar mengumpul atau menyimpan sebarang data peribadi atau maklumat yang tidak dapat dikenalpasti daripada sesiapa di bawah umur 13 tahun dan tidak ada mana-mana bahagian Platform kami atau Perkhidmatan lain yang ditujukan kepada kanak-kanak di bawah umur 13. Sebagai ibu bapa atau penjaga yang sah, sila jangan membenarkan kanak-kanak di bawah jagaan anda menyerahkan data peribadi kepada Shopee. Sekiranya data peribadi kanak-kanak di bawah umur 13 tahun dalam jagaan anda didedahkan kepada Shopee, anda dengan ini bersetuju kepada pemprosesan data peribadi kanak-kanak tersebut serta menerima dan bersetuju untuk terikat di bawah Polisi ini bagi pihak kanak-kanak tersebut. Kami akan menutup mana-mana akaun yang digunakan secara eksklusif oleh kanak-kanak tersebut dan akan melupuskan dan/atau memadamkan mana-mana data peribadi yang kami percaya telah dikemukakan oleh kanak-kanak di bawah umur 13 tahun tanpa persetujuan ibu bapa. 


10. MAKLUMAT YANG DIKUMPULKAN OLEH PIHAK KETIGA 


10.1 Laman kami menggunakan Google Analytics, iaitu perkhidmatan analisis web yang disediakan oleh Google, Inc. ("Google"). Google Analytics menggunakan “cookies”, yang merupakan fail teks yang diletakkan pada peranti anda, untuk membantu laman web menganalisis bagaimana Pengguna menggunakan Laman ini. Maklumat yang dihasilkan oleh cookie tentang penggunaan Laman anda (termasuk alamat IP anda) akan dihantar dan disimpan oleh Google di pelayan di Amerika Syarikat. Google akan menggunakan maklumat ini untuk tujuan menilai penggunaan laman web anda, menyusun laporan mengenai aktiviti laman web untuk pengendali laman web dan menyediakan perkhidmatan lain yang berkaitan dengan aktiviti laman web dan penggunaan Internet. Google juga boleh memindahkan maklumat ini kepada pihak ketiga jika dikehendaki berbuat demikian oleh undang-undang, atau jika pihak ketiga tersebut memproses maklumat bagi pihak Google. Google tidak akan mengaitkan alamat IP anda dengan data lain yang dipegang oleh Google.


10.2 Kami, dan pihak ketiga, boleh dari semasa ke semasa menyediakan pemuatturunan aplikasi perisian untuk kegunaan anda melalui Laman atau melalui Perkhidmatan. Aplikasi ini boleh diakses secara berasingan, dan membenarkan pihak ketiga melihat maklumat pengenalan anda, seperti nama anda, ID pengguna anda, alamat IP komputer anda atau maklumat lain seperti mana-mana “cookies” yang telah dipasang atau yang dipasang untuk anda oleh aplikasi perisian atau laman web pihak ketiga. Selain itu, aplikasi ini boleh meminta anda untuk memberikan maklumat tambahan kepada pihak ketiga. Produk atau perkhidmatan pihak ketiga yang disediakan melalui aplikasi ini tidak dimiliki atau dikawal oleh Shopee. Anda digalakkan untuk membaca terma-terma dan dasar-dasar lain yang diterbitkan oleh pihak ketiga tersebut di laman web mereka atau sebaliknya.


11. PENAFIAN BERKENAAN LAMAN KESELAMATAN DAN PIHAK KETIGA


11.1 KAMI TIDAK MENJAMIN KESELAMATAN DATA PERIBADI DAN/ATAU MAKLUMAT LAIN YANG ANDA SERAHKAN KEPADA PIHAK KETIGA. Kami melaksanakan pelbagai langkah keselamatan untuk mengekalkan keselamatan data peribadi anda yang berada dalam pemilikan atau kawalan kami. Data peribadi anda terkandung dalam rangkaian yang selamat dan hanya boleh diakses oleh beberapa orang yang mempunyai hak akses khusus untuk sistem tersebut, dan dikehendaki menyimpan data peribadi secara sulit. Apabila anda membuat pesanan atau mengakses data peribadi anda, kami menawarkan penggunaan pelayan yang selamat. Semua data peribadi atau maklumat sensitif yang anda berikan dienkripsi ke pangkalan data kami hanya untuk diakses seperti yang dinyatakan di atas.


11.2 Dalam usaha untuk memberi anda nilai perkhidmatan yang lebih tinggi, kami boleh memilih pelbagai laman web pihak ketiga untuk membuat pautan dan membingkaikan Platform ini. Kami juga boleh mengambil bahagian dalam penjenamaan bersama dan hubungan lain untuk menawarkan e-dagang serta perkhidmatan dan ciri-ciri lain kepada pelawat kami. Laman web yang dipautkan ini mempunyai dasar privasi berasingan dan tersendiri serta peraturan keselamatan. Sekalipun pihak ketiga berafiliasi dengan kami, kami tidak mempunyai kawalan ke atas laman-laman yang dipautkan ini, yang masing-masing mempunyai privasi dan amalan pengumpulan data yang berasingan dan tersendiri daripada kami. Data yang dikumpul oleh rakan kongsi kami atau laman web pihak ketiga (walaupun ditawarkan pada atau melalui Platform kami) mungkin tidak diterima oleh kami.


11.3 Oleh itu, kami tidak bertanggungjawab atau mempunyai liabiliti atas kandungan, peraturan keselamatan (atau kekurangannya) dan aktiviti-aktiviti laman-laman yang dipautkan ini. Laman-laman yang dipautkan ini hanya untuk kemudahan anda dan anda mengaksesnya atas risiko anda sendiri. Walau bagaimanapun, kami berusaha untuk melindungi integriti Platform kami dan pautan yang yang diberikan kepada pihak ketiga dan oleh itu kami mengalu-alukan sebarang maklumbalas mengenai laman web yang berkaitan ini (termasuk, tanpa batasan, jika pautan tertentu tidak berfungsi). 


12. ADAKAH SHOPEE AKAN MEMINDAHKAN MAKLUMAT ANDA KE LUAR NEGARA?


12.1 Data dan/atau maklumat peribadi anda boleh dipindahkan ke, disimpan atau diproses di luar negara anda. Dalam kebanyakan kes, data peribadi anda akan diproses di Malaysia, di mana pelayan kami terletak. Shopee hanya akan memindahkan maklumat anda ke luar negera mengikut Undang-undang Privasi.


13. BAGAIMANAKAH ANDA BOLEH MENARIKBALIK KEBENARAN, MEMINTA AKSES KEPADA ATAU MEMBETULKAN MAKLUMAT YANG TELAH ANDA BERIKAN KEPADA KAMI


13.1 Menarik Balik Persetujuan


13.1.1 Anda boleh menarik balik persetujuan anda untuk pengumpulan, penggunaan dan/atau pendedahan data peribadi anda dalam pemilikan atau kawalan kami dengan menghantar e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami di dpo.my@shopee.com, dan kami akan memproses permintaan tersebut mengikut Dasar Privasi ini dan tanggungjawab kami berdasarkan Undang-undang Privasi dan undang-undang lain yang berkenaan. Walau bagaimanapun, penarikan balik persetujuan anda mungkin bermaksud bahawa kami tidak akan dapat terus memberikan Perkhidmatan kepada anda, dan kami mungkin perlu menamatkan hubungan anda yang ada dan/atau kontrak yang anda ada bersama kami.


13.1.2 Di mana anda telah menghubungkan akaun Shopee anda dengan mana-mana media sosial pihak ketiga atau akaun luaran yang lain, selain menarik balik persetujuan anda dengan menghantar e-mel kepada kami menurut Seksyen 14.1, anda mungkin juga dapat mengubah dan/atau menarik balik akses Shopee kepada data peribadi melalui pihak ketiga. Anda mungkin ingin merujuk kepada dasar perlindungan data dan tetapan akaun pihak ketiga tersebut untuk mendapatkan maklumat tambahan.


13.2 Meminta Akses dan/atau Membetulkan Data Peribadi


13.2.1 Jika anda mempunyai akaun dengan kami, anda boleh mengakses dan/atau membetulkan data peribadi anda yang kini ada dalam pemilikan atau kawalan kami melalui halaman Tetapan Akaun di Laman. Jika anda tidak mempunyai akaun dengan kami, anda boleh meminta untuk mengakses dan/atau menbetulkan data peribadi anda yang kini ada dalam pemilikan atau kawalan kami dengan menghantarkan permintaan bertulis kepada kami. Kami akan memerlukan maklumat yang secukupi daripada anda untuk memastikan identiti anda serta butiran tentang permintaan anda untuk memproses permintaan anda. Oleh itu, sila hantarkan permintaan bertulis anda melalui e-mel kepada Pegawai Perlindungan Data Peribadi kami di dpo.my@shopee.com.


13.2.2 Kami mungkin mengenakan bayaran yang berpatutan untuk pengendalian dan pemprosesan permintaan anda bagi mengakseskan data peribadi anda. Sekiranya kami memilih untuk mengenakan bayaran, kami akan memberikan anggaran bertulis mengenai bayaran yang akan kami kenakan. Harap maklum bahawa kami tidak perlu membalas atau memproses permintaan akses anda melainkan anda telah bersetuju untuk membayar yuran tersebut.


13.2.3 Kami berhak menolak permintaan untuk membetulkan data peribadi anda berdasarkan peruntukan yang termaktub dalam Undang-undang Privasi, di mana mereka memerlukan dan/atau memberi hak kepada organisasi untuk menolak untuk membetulkan data peribadi dalam keadaan yang dinyatakan.


14. PERTANYAAN, KEBIMBANGAN ATAU ADUAN? HUBUNGI KAMI


14.1 Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kebimbangan berkenaan dengan amalan privasi kami, kami amat mengalu-alukan maklum balas/pertanyaan anda, hubungi kami melalui e-mel di dpo.my@shopee.com.


Tarikh kemaskini: 30 Jun 2021

Was this article helpful?
Yes
No