Kami memohon maaf atas sebarang kesulitan yang anda alami di platform ShopeeFood. Jika anda menghadapi mana-mana isu berkaitan penyelesaian berikut:
- Tidak menerima emel dengan laporan penyelesaian
- Menerima jumlah pembayaran yang berbeza daripada jangkaan
- Tidak menerima penyelesaian dalam tempoh yang ditetapkan (untuk maklumat lanjut mengenai tempoh penyelesaian, sila rujuk DI SINI)
Sila laporkan isu ini kepada kami segera melalui chat dan sertakan butiran berikut:
- Nama Peniaga
- Emel Berdaftar
- Bukti Laporan Penyelesaian dan bukti perbezaan jumlah yang diterima (jika berkenaan)
Nota: Dalam kes kelewatan kredit pembayaran atau isu berkaitan sistem, Shopee akan memaklumkan kepada anda sewajarnya.