English | Bahasa Malaysia
Baru-baru ini, ShopeePay telah menghubungi anda untuk memaklumkan bahawa bagi mematuhi keperluan kawal selia di Malaysia dan memastikan keselamatan akaun, anda perlu mengemas kini dan mengesahkan butiran yang dimiliki oleh ShopeePay. ShopeePay akan menghubungi anda melalui emel untuk meminta maklumat profil terkini anda melalui borang web terlindung yang disediakan.
Emel dihantar daripada: help@support.shopee.com.my
Subjek emel: ShopeePay Wallet Information Update
Latihan ini mungkin memerlukan anda untuk memuat naik salinan dokumen identiti terkini atau untuk memberikan maklumat tambahan tentang cara anda biaya dan guna ShopeePay anda.
1. Apakah maklumat yang diminta dalam borang web dan mengapa borang web ini diperlukan
Borang web ini adalah untuk ShopeePay mendapatkan maklumat profil terkini daripada pengguna kami sebagai sebahagian daripada keperluan kawal selia berserta usaha kami untuk memberikan anda perkhidmatan yang lebih baik.
2. Apakah yang perlu saya buat jika akaun Shopee saya tidak mempunyai alamat emel?
Sila isi borang web melalui pautan ini: Pengesahan Dompet ShopeePay. Selepas itu, kemaskini alamat emel dalam akaun Shopee anda. Anda boleh melakukannya dengan mengikuti langkah-langkah berikut pada aplikasi Shopee anda:
i. Pergi ke halaman “Saya” dan tekan pada “Tetapan Akaun”
ii. Tekan pada “Akaun & Keselamatan”
iii. Tekan pada “E-mel”
iv. Kemaskini alamat emel anda
3. Apakah impak latihan ini kepada dompet ShopeePay saya?
Anda masih boleh menggunakan dompet ShopeePay anda seperti biasa. Walaupun terdapat perubahan pada profil anda, tiada perubahan akan berlaku kepada ciri dompet anda yang sedia ada. Walau bagaimanapun, tertakluk kepada keperluan kawal selia, ShopeePay akan meminta maklumat selanjutnya daripada anda (jika diperlukan) dan mungkin akan mengambil tindakan yang sepatutnya kepada dompet anda (seperti menurunkan taraf dompet anda kepada Dompet Asas, penggantungan atau penamatan) sekiranya Shopeepay gagal mendapatkan maklumat yang diperlukan daripada anda dalam jangka masa yang dinyatakan.
4. Adakah ini pertanyaan yang sah daripada ShopeePay & Shopee?
Ya, ini adalah pertanyaan yang sah daripada ShopeePay dan/atau Shopee. Sila harap maklum bahawa pihak kami hanya akan menggunakan alamat emel yang sah untuk pertanyaan kami. Pastikan anda berhati-hati dengan permintaan lain daripada alamat emel yang mencurigakan. Sekiranya anda mempunyai sebarang kebimbangan atau memerlukan bantuan lanjut, hubungi perkhidmatan pelanggan kami atau berbual dengan kami melalui aplikasi mudah alih Shopee.
Dengan memberikan maklumat ini, anda mengakui anda telah membaca dan bersetuju dengan Terma dan Syarat dan Dasar Privasi ShopeePay Malaysia Sdn Bhd.
Kami menantikan emel balas anda dan terima kasih kerana menggunakan Shopee!
Untuk maklumat lanjut, kunjungi Pusat Bantuan: https://help.shopee.com.my/
Perlukan bantuan? Berbuat dengan kami dalam aplikasi (Isnin-Jumaat)